Kuasa Doa Umpama Magik

Semalam langsung tak sempat belek handphone. Berada di jalanan dari pagi sampai malam.
Destinasi yang dirancang ialah
Shaklee JB➡Pejabat pos➡Belon dinasour Komtar JBCC

Pagi-pagi tu pergi Shaklee, daftarkan ahli baru dengan pembelian Vivix 2 botol.

Lepas tu beli set pantang untuk anak beranak Cik Puan Es.
Vitalea
B Complex
Vitamin C
Ostematrix
Alfalfa
ESP
Herblax untuk Puan Es sendiri

Set slip disc untuk Puan Zek.
Vivix
Omega
Ostematrix
Beliau baru je lepas buat pembedahan. Harap-harapnya Shaklee dapat bantu beliau sembuh dengan cepat.

Vitamin E untuk Encik Zack. Ada kawan yang order katanya.

Vitamin E untuk Puan ZekSofia yang kena chicken pox 2 beranak.

Herblax untuk Cik Adik Em dan Cik Puan Enn.

Ostematrix dan B Complex untuk ahkak sendiri simpan stok.
Alhamdulillah

Sesampai je Shaklee tu nampak parking penuh sebab hari kerja kan? Saya dah zikir dari rumah, minta doa banyak-banyak moga senang dapat parking. Alhamdulillah Allah izinkan. Tetiba je ada orang keluar dan kami dapat parking betul-betul depan pintu Shaklee.
Syukur sangat.

Dah setel semua kat Shaklee, tercari-cari pejabat pos yang terdekat. Waze pula buat hal, tak mau bergerak langsung. Kenapa entah. Haru juga jadinya.

Fikir-fikir, takpelah, teruskan perjalanan ke JBCC, kat sana baru cari pejabat pos. Teringat Pejabat Pos Besar JB. Oklah, kita singgah situ. Terkial-kial juga sebab memang tak biasa dengan kesesakan bandar. Dengan bawa 3 orang anak ni kan. Kena lebih berhati-hati. Minta doa banyak-banyak, minta Allah mudahkan. Saya memang jarang bawa anak pergi JB sorang-sorang. Biasa bawa yang dekat-dekat dengan rumah je.

Alhamdulillah sampai sahaja ke Pejabat Pos JB, ada orang yang baru sahaja keluar dari parking. Ngam-ngam untuk kami parking. Syukur sangat. Memang rasa nak sujud syukur masa tu juga. Sebab faham-faham jelah kalau kawasan bandar ni, parking memang jadi satu masalah besar.

Dah siap poskan barang Shaklee untuk customer slip disc dan chicken pox, kami bergegas ke Komtar JBCC untuk tengok Dinasours 3D Balloon. Mulut dan hati memang tak lekang minta doa moga Allah mudahkan juga untuk meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, sekali lagi kami sampai je ke sana, pak guard cakap.

“Kak, pakcik yang pakai songkok tu nak keluar. Kak boleh parking kat situ.”

“Alhamdulillah”
“Alhamdulillah”
“Alhamdulillah”

Terima kasih Allah kerana sentiasa memperkenankan doa kami. Rasa macam magik namun itulah kenyataan apabila kita serahkan sepenuhnya kepada kuasa Allah. Rasa nak nangis pun ada.

Dah sampai Komtar JBCC tu, kami berempat pergi makan dan solat Zohor dulu. Kalau bawa anak-anak berjalan ni, memang kena pastikan perut mereka kenyang. InshaAllah takde rengekan atau amukan anak-anak kecil. Bila anak mengamuk, cik mama pun mulalah jadi ‘dinasour lapar’ tiba-tiba nanti kan. Hehe.

Dah siap makan dan solat, kami pun teruslah ke destinasi utama, di bahagian Ground Floor untuk melihat dinasour daripada belon tu kan.

Nanti saya kongsikan review penuh dari saya dan anak-anak tentang belon 3D dinasour ni. InshaAllah esok ya.

Walaupun agak mengecewakan, namun saya sanga bersyukur kerana dalam perjalanan pulang tu saya dapat berkongsi dengan anak-anak tentang kekuasaan Allah. Betapa perlunya kita mohon doa dan berharap kepada Allah semata-mata. Betapa kita ni terlalu kerdil. Tak mampu nak buat apa-apa pun tanpa keizinan dan ihsan daripada Allah.

Antara yang menjadi intipati taa’lim kami semalam ialah :-

Doa, kena sentiasa doa kepada Allah. Tengoklah hari ni, kita dapat parking pun senangggg je. Perjalanan kita pun smooth je. 

Sentiasa bergantung kepada Allah. Tiada apa yang kita boleh buat tanpa kuasa Allah.

Belon ni memang manusia yang buat. Tapi Allahlah yang beri otak, idea dan ilmu kepada manusia.

Kereta ni. Memanglah manusia yang buat. Tapi kalau Allah tak izinkan kereta ni bergerak, memang tak bergerak juga. Semuanya Allah punya kuasa. Kita ni memang tiada apa pun.

Balik tu kami singgah beli kopi kesukaan saya Costa Coffee, dapat pula offer beli pai Deli2go RM10, dapat kopi PERCUMA.

Ya Allah, sememangnya rezeki dan nikmat Allah tu terlalu banyak untuk kami semalam.

Dan semasa tengah menikmati kopi Costa panas kesukaan saya tu, dapat pula call dari prospek yang inginkan ESP. Katanya memang nak sangat. Sempatlah juga consult sedikit sebanyak tentang pengurusan berat badan.

Dapat juga whatsapp dari Kak Ayy UTM yang mahukan

Vitamin C
Omega
Herblax

Alhamdulillah, syukur sangat Allah mudahkan semua kerja semalam. Berkat gembirakan hati anak-anak musim cuti sekolah ni, Allah berikan nikmat terlalu banyak yang tidak terkira.

Banyak juga pengajaran yang saya dapat semalam. Moga anak-anak pun sama. Dapat sesuatu daripada ‘pengembaraan’ kami yang panjang semalam. InshaAllah.

Nanti saya ceritakan tentang 3D balloon tu ya. Tungguuuuuuuuu…

Salam Sayang,
Mama Laila
Mama anak 3

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge