Cara cepat kurus

Konsep Eat Clean Yang Memang Terbukti Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar

Trending paling popular sekarang! Eat Clean! Nak kurus dengan eat clean pun boleh dan nak sihat dengan eat clean ni pun boleh.

Dan saya juga sama-sama terjebak!

Sejak November 2015 lagi saya memang bercita-cita nak diet. Sebab? Sebab bacaan Visceral Fat (Lemak di bahagian organ) sangat tinggi! Bacaannya 24 (kategori VERY HIGH!) Memang rasa sangat takut sebab boleh membawa MAUT! Mintak dijauhkanlah. Jadi saya berazam untuk turunkan berat badan. Saya mulakan dengan cara diet saya sendiri sambil berbasikal di sekeliling taman. Alhamdulillah turun juga dalam 3 kg macam tu. Dan alkisahnya terbaca di FB tentang eat clean ni. Memang terus berminat nak join. Memang ada group yang buat eat clean secara berkumpulan dan di coach oleh seorang cikgu. Saya join dengan Cikgu Fatin Ayuni yang glamour dengan panggilan Cikgu Yun/Ticer Yun. Boleh hubungi beliau untuk join kelas online dengan beliau yaa… 🙂

Ok, kembali kepada topik kita. Apa bendanya Eat Clean ni?

Konsep Eat Clean Yang Memudahkan Semua Orang Untuk Turunkan Berat Badan

#1 Makan pada waktu yang tepat dan tetap setiap hari.

Waktu Paling Baik Untuk Makan

 

#2 Makan dengan portion yang betul. Iaitu 1/2 pinggan sayur, 1/4 pinggan protein dan 1/4 pinggan karbohidrat.

portion pinggan eat clean
Sumber : Google

#3 Mesti makan 6X sehari dalam portion yang kecil.

#4 Minum air masak 2 – 3 liter sehari mengikut berat badan. Setiap 25 kg = 1 liter air.

Makanan perlu dielakkan untuk anemia

#5 Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.

Vibrant Produce

#6 Sediakan sendiri makanan di rumah kerana kita boleh pastikan bahan-bahan yang kita gunakan adalah ‘clean’ (tiada garam, gula dan perisa yang berlebihan)

masak sendiri di rumah

 

#7 Makan lemak sihat seperti kekacang, avocado dan telur.

mixed-nuts-kernels

#8 Pilihlah makanan organik.

organic-food

Secara ringkasnya, anda boleh gunakan gambar di bawah sebagai panduan untuk Eat Clean.

PhotoGrid_1458324938446

Apa Yang Perlu Dielakkan Untuk Eat Clean?

#1 Elakkan makanan yang diproses seperti nugget, ayam goreng frozen, burger dan yang seumpama dengannya.

#2 Elakkan gula putih, roti putih. Gantikan dengan madu dan roti gandum penuh.

#3 Elakkan fast food seperti KFC, Pizza dan yang seumpama dengannya.

#4 Elakkan makan di luar. Jika keadaan memaksa untuk makan di luar, makan secara ‘clean’ iaitu portion yang betul dan tanpa kuah kerana di dalam kuah terselindung pelbagai perisa dan garam.

#5 Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak.

#6 Elakkan menggunakan minyak yang banyak atau minyak tidak sihat. Seeloknya gunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang sedikit.

Ok, nanti kita sambung pula tentang cabaran yang saya lalui dengan Cikgu Yun selama 21 hari secara berjemaah.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge