6 Sebab Kenapa Pentingnya Menyusukan Baby Dalam Masa 1/2 Jam Selepas Kelahiran

Tahniah kepada ibu kerana mengambil keputusan untuk menyusukan anakanda dengan susu ibu. Alhamdulillah.

Kebaikan Menyusu Badan Untuk Ibu

Perkara pertama yang ibu perlu ambil berat ialah bersalin di hospital RAKAN BAYI. Iaitu hospital yang mementingkan penyusuan susu ibu. Hospital kerajaan sememangnya hospital rakan bayi. Yang perlu kita cek ialah apabila kita merancang untuk bersalin di hospital swasta. Memang perlu cek betul-betul atau pesan betul-betul semasa kita dah berada di labour room tu. Beritahu pada jururawat/bidan yang bertugas yang kita nak susukan dengan susu ibu sepenuhnya. InshaAllah mereka akan hormati pendirian kita.

Kenapa mesti menyusu badan

6 Sebab Kenapa Pentingnya Menyusu 1/2 Jam Selepas Kelahiran

1. Menggalak pengeluaran susu dengan cepat

2. Memastikan bayi mendapat kebaikan kolostrum sepenuhnya.

Kolostrum ialah cecair emas, cecair berwarna kuning yang dihasilkan dalam 10 hari pertama selepas kelahiran. Kolostrum kaya dengan protein dan antibodi. Kuantiti kolostrum biasanya hanya sedikit sahaja. Namun kuantiti itulah yang diperlukan oleh bayi dalam 2-3 hari pertama dalam hidupnya.

3. Naluri semulajadi bayi yang kuat untuk menyusu dengan susu ibu.

4. Refleks Rooting dan daya hisapan bayi amat kuat dalam tempoh ini.

Refleks Rooting pada bayi ialah gerak balas semulajadi bayi 0-4 bulan di mana kepala bayi akan berpaling ke arah ransangan untuk mencari puting susu dengan mulut ternganga luas.
Sumber : Annursyuhadah

5. Elakkan masalah bengkak susu.

6. Mengelakkan jaundis susu ibu. (Walaupun namanya jaundis disebabkan susu ibu, ibu dinasihatkan untuk terus menyusukan bayi dan dengar cakap doktor dan pakar laktasi ya. Bukan dengar-dengan cakap orang sekeliling sahaja.)

Baca juga : Cara Atasi Masalah Bengkak Susu

Semoga ibu-ibu dapat menyusukan bayi yang baru dilahirkan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Jika ibu perlukan sokongan atau panduan, usahlah berdiam diri atau bermuram durja ya. InshaAllah ada bantuan dari jururawat yang pakar tentang susu ibu, pakar laktasi dan ibu-ibu berpengalaman. InshaAllah.

Untuk kawasan Johor, ibu boleh rujuk sini ya.

Kaunselor Laktasi Johor.

Happy Breastfeeding! 😀

Salam Sayang,
Mama Laila
Mak Anak 3

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge