Kenapa Kita Perlu Menabung Dan Jana Pendapatan Sampingan?

Zaman kian berubah. Makin hari kita makin rasa pendapatan kita tidak cukup untuk menabung demi masa depan. Bukan sahaja tidak dapat menabung untuk masa depan anak-anak, tetapi masa depan kita sendiri pun belum tentu lagi kita dapat menyimpan secukupnya. Mungkin kita ada duit KWSP, tapi pernahkah kita buat pengiraan berapa banyak duit kita perlukan jika kita diberikan umur yang panjang sehingga 70-80 tahun?

Kita tidak dapat menabung bukan sebab kita boros dan berbelanja berlebih-lebihan. Tetapi keadaan ekonomi masa kini benar-benar membuatkan kita tersepit dan terpaksa berfikir untuk menambah pendapatan sampingan demi kelangsungan hidup di masa akan datang. Takkan selepas kita pencen kita nak mengemis?

Ingin menumpang anak-anak? Anak-anak pun belum tentu lagi dapat ‘survive’ dengan kehidupan yang serba mencabar ni. Cuba kita lihat diri kita hari ini pun cukuplah, adakah kita dapat berikan RM1000 untuk ibu bapa kita setiap bulan? Kalaulah ada sekali pun, jika dibuat kajian berapa persen sangatlah kan?

Sebab apa?

Sebab ni.

…hanya 18% rakyat Malaysia yang mampu bertahan hingga TIGA bulan jika mereka hilang sumber pendapatan utama. Dan hanya 6% yang boleh bertahan hingga ENAM bulan…

Dengan kata lain, 82% rakyat Malaysia tiada simpanan untuk TIGA bulan sekalipun!

Kita di dalam peratusan yang mana?

Jika kita sendiri pun tiada simpanan sehingga 3-6 bulan. Macam mana kita nak berikan kepada ibu bapa kita sehingga RM1000 sebulan? Bagaimana?

Jadi, kenapa kita perlu menabung dan menambah pendapatan?

#1 Ekonomi Semakin Tidak Menyebelahi Kita (Rakyat)

Harga minyak naik!

Harga barang naik!

jana-pendapatan-dari-rumah-dengan-shaklee

Harga susu anak pun naik! Harga lampin pakai buang anak kita pun naik!

Kalau susu formula tu, kadar kenaikannya bukan setakat 20 sen atau 50 sen tau. Kenaikannya sehingga RM5-RM6! Cuba kira sendiri kalau anak kecil kita minum susu 1 tin seminggu dengan harga RM50 1 tin. Untuk susu anak kecil sahaja dah RM200! Belum masuk harga lampin pakai buang.

Bersyukurlah kalau kita boleh menyusukan dengan susu ibu. Tapi tidak bermakna kita tidak perlukan duit untuk support ibu menyusu ni. Kadang-kadang bila penat melampau atau stress, susu merudum. Sebagai suami yang baik hati dan bertanggungjawab, si suami perlulah belikan suplemen untuk ibu sentiasa cergas dan kurang stres demi menyusukan anak kecil kita kan? Kenapa perlu suplemen untuk beri tenaga kepada ibu? Kerana ibu yang cergas dan kurang stres mampu membuatkan susu ibu makin bertambah, setidak-tidaknya pun kekal dengan kuantiti yang sama, yang cukup sebagai bekalan untuk anak sepanjang ibu bekerja.

Semuanya perlukan duit kan?

jana-pendapatan-dari-rumah-harga-barang-naik

Apabila gaji kita hanya cukup-cukup makan, pakai setiap bulan, mana mungkin kita nak menyimpan sehingga 3 bulan gaji. Apatah lagi 6-12 bulan gaji?

…hanya 18% rakyat Malaysia yang mampu bertahan hingga TIGA bulan jika mereka hilang sumber pendapatan utama. Dan hanya 6% yang boleh bertahan hingga ENAM bulan…

#2 Orang Lain Takkan Pernah Pedulikan Nasib Kita

Manusia memang takkan pernah berhenti bercakap. Apa kita buat pun semua orang nak ambil peduli.

Jika kita berniaga untuk tambah pendapatan sampingan pun, mereka mengata. Kononnya kita ni TAK CUKUP-CUKUP nak kumpul harta. Dah jadi ‘engineer’ pun masih nak berniaga. Dah jadi ‘lecturer’ dengan gelaran doktor pun masih nak buat kerja sampingan dengan berniaga.

Tapi cuba kita ditimpa musibah atau ujian yang teruk dari Yang Maha Esa, adakah mereka yang berkata-kata ini datang nak tolong kita. Sanggup berikan kita pertolongan tanpa mengira masa dan tempat?

Ada? Jawapannya hampir TIADA!

Jana pendapatan dengan bisnes shaklee

Majikan nak tolong? Hmmm…

Saya ada satu cerita. Tentang seorang bekas pesakit kanser di sebuah syarikat besar dan agak terkenal. Sekarang beliau sudah meninggal meninggalkan isteri dan seorang anak. Innalillah.

Saya masih ingat lagi bagaimana syarikat telah memberhentikan beliau setelah beberapa lama mendapat separuh gaji. Dan pada masa itu arwah masih lagi dalam ‘treatment’ penyakit kanser yang arwah hidapi. Kami yang melihat ni, rasa tak tertahan air mata mengalir mengenangkan nasib serta ketabahan arwah dan isteri arwah. Bagaimana dengan arwah sendiri? Dan bagaimana agaknya perasaan isteri arwah pada masa itu. Isteri arwah juga sudah berhenti kerja untuk menjaga arwah di hospital sepenuh masa.

Cuba bayangkan?!!

Ya, syarikat yang kita bekerja hari ini takkan pernah simpati sehingga sanggup menampung keperluan kita seumur hidup. Katanya kita tidak membantu menambahkan prestasi syarikat? Ok, boleh berhenti sekarang!

Sedih! Tapi itulah hakikat kehidupan. Bukan saya nak persalahkan mana-mana syarikat. Memang polisi mereka sebegitu. Dan kita sebagai pekerja, terpaksalah patuh dengan apa yang syarikat tentukan.

Apa lagi kita nak buat melainkan kita tolong diri kita sendiri kan? Syarikat yang kita junjung dan kita sayang pun tak mampu tolong kita, apatah lagi orang lain yang tidak pernah pedulikan nasib kita?

#3 Keadaan Masa Depan Yang Kabur Dan Tidak Menentu

Kita tidak dapat meneka apa akan berlaku di masa depan. Zaman kita ni pun dah macam-macam cabaran yang terpaksa kita tempuhi. Bagaimana pula dengan zaman anak-anak kita?

Adakah kita rasa kita boleh bergantung sepenuhnya kepada anak-anak kita? Kita ibu bapa JANGAN EGO. Mentang-mentanglah sekarang kita yang lahirkan, kita yang besarkan kita bagi syarat pula kat anak kita supaya kenang jasa kita. Sememangnya betullah anak-anak wajib kenang jasa ibu ayah tapi kita sendiri boleh ramal keadaan masa depan yang tidak menentu.

Entahkan mereka nak belajar pun sudah tiada tajaan kerajaan atau biasiswa dari mana-mana institusi walaupun keputusan peperiksaan mereka sangat bagus dan cemerlang. Mungkin terpaksa buat loan PTPTN yang menjerut jiwa atau terpaksa berniaga sambilan demi meneruskan pelajaran hingga ke peringkat universiti.

Sekarang pun sudah ramai anak muda yang berniaga. Ramai!

Zaman anak-anak kita nanti tak tahulah macam mana kan? Adakah kita masih sampai hati nak mengharapkan duit anak-anak demi kehidupan kita selepas umur persaraan?

Sudah tentu tidak terjamin masa depan kita, masa depan anak-anak kita. Sebab itulah kita kena menabung dari sekarang. Dan jika kita rasa kita tak mampu menabung kerana duit gaji hanya cukup-cukup makan satu keluarga, apa kata kita mula menjalankan perniagaan dari rumah secara separuh masa?

Zaman Ini Zaman Wajib Berniaga, Bukan Lagi Satu Kehendak Untuk Hidup Mewah Tapi Keperluan!

Tak percaya?

Kebanyakan orang sekeliling saya memang berniaga. Dalam 5 orang kawan baru yang saya jumpa, 3 orang daripadanya berniaga. Sama ada berniaga secara besar-besaran atau berniaga sambilan. Tapi pokok pangkalnya memang sudah ramai yang berniaga demi menampung kehidupan seharian serta menyimpan untuk anak-anak di masa depan.

Jika anda tidak tahu apa dan bagaimana nak memulakan perniagaan sendiri, cubalah berniaga produk Shaklee. Saya telah memulakan perniagaan ini semasa saya masih bekerja lagi. Dan pada masa itu, saya bisnes Shaklee bukan sebab gaji yang tidak cukup tapi saya suka dan minat dengan bisnes. Kalau dulu pelbagai produk saya jual di tempat saya bekerja, tapi kita saya setia kepada yang satu. Berniaga Shaklee sepenuh masa , dan dan berhenti kerja dah pun untuk bisnes Shaklee sahaja sambil menjaga dan mendidik 3 puteri kesayangan saya.

Cadangan saya untuk anda semua,

Berniagalah Walaupun  Sayangkan Kerjaya Anda

kerana

  1. Berniaga buat kita terus mencabar minda
  2. Berniaga buat kita bekerja dengan sepenuh hati
  3. Berniaga buat kita ada back-up plan awal-awal lagi

Alhamdulillah, walaupun agak terlambat berhenti kerja iaitu setelah anak sulung berumur 7 tahun, tapi saya bersyukur diberikan peluang untuk mendidik anak-anak dengan tangan sendiri. Dan dengan kelebihan bisnes Shaklee, saya dapat jana pendapatan dari rumah tanpa perlu keluar bekerja pagi dan balik malam. Alhamdulillah!!!

Saya amat bersyukur kepada Allah atas rezeki ini dan berterima kasih atas peluang yang diberikan oleh Encik Suami. 🙂

Hubungi saya di 019-722 8520 untuk memulakan bisnes anda sendiri dari rumah. Banyak kelebihan yang anda akan perolehi jika bersama-sama kumpulan kami.

Pemilihan kumpulan yang tepat mempengaruhi kejayaan anda dalam bisnes Shaklee. Hubungi saya sekarang dan jangan bertangguh lagi.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Kenapa Kita Perlu Menabung Dan Jana Pendapatan Sampingan?”

  1. Sebab kita tak leh predict masa depan…so kena la siap sedia apa2 yang patut..mcm2 keje online bole buat sekarang ni…jawab survey ke, buat video youtube ke dan macam2 lagik. Bukan la nak cari wang banyak tapi sekadar safety net la orang ckp…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge