Kenapa Berat Badan Tak Turun? Berat Statik Je?

Dilema berat badan tak turun dah lepas beberapa kilo penurunan yang sangat mengujakan memang membimbangkan! Tambah-tambah lagi dah dekat nak raya ni. 😛

Kenapa berat tak turun

Berat badan statik je kat angka yang sama! Benci tau!!!

Berat badan statik ini juga dikenali sebagai “Plateau”. (berbelit sikit lidah nak menyebutnya kan? hehe)

Jom kita tengok apa pendapat Pakar Pemakanan yang dikenali dengan gelaran Cip ni. FB beliau ialah Mohd Khairul Azuan.

Apa Itu Plateau Atau Berat Statik

berat statik kenapa

Ramai orang tak tahu bahawa plateau (berat statik) selepas turun berat yang banyak adalah petanda badan anda NORMAL. Mcamana kalau badan turun tanpa stop? tinggal tulang je awak tu..

Body kita macam termostat. Allah dah cipta bagus dan bijak badan kita ni… Bila berat turun mendadak, body akan kata stop! Anda akan menyebabkan fungsi dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Body akan kata ” mari saya sesuaikan dulu berat badan sekarang dan perubahan badan sekarang dengan sistem badan skrg. Tapi bagi saya masa untuk sesuaikan diri. Saya masih terkejut.”

Jadi, bagi masa sekejap badan. Teruskan aktiviti sihat seperti pemakanan sihat dan aktiviti aktif.

Masa plateau boleh dipendekkan kalau anda bantu badan dengan menaikkan muscle mass dan makan dengan lebih berhati2.

Sekian celoteh pendek untuk mereka yang terlalu kecewa dengan plateau.

Masalah banyak yang jadi bila kita tak bagi masa untuk badan sesuaikan sistem baru. Then kecewa, putus asa, kembali ke jalan hitam..

Nak belajar lagi cara break plateau, boleh join DietFit Xtreme di Petaling Jaya. Apa yang extreme sangat? Extremely healthy jer

Haaa.. kalau nak join DietFit tu boleh hubungi Facebook beliau yaa.

Sekarang kita dah faham dah kenapa berat dok statik je kat angka yang sama kan? Jadi banyakkan bersabar dan belajar cara untuk mengatasinya. Nak kena naikkan muscle mass dan makan dengan lebih berhati-hati seperti kata sifu MKA. 🙂

Nanti kita sambung pula macam mana nak naikkan muscle mass dan makan dengan lebih baik tu ya.

Jangan sedih-sedih okkayyy…

Ganbatte!!!

Love,

AkakSelim

019-722 8520

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge