Kenangan Zaman Sekolah Yang Tak Mungkin Dilupakan

Pelajar sekolah duduk atas tar

Baru-baru ni kecoh kan budak-budak sekolah kena duduk atas tar ni. Siap nak saman?
Macam-macam sekarang ni kan? Kesian cikgu-cikgu.

Kalau dulu, kena denda dengan cikgu pun tak berani nak bagitau mak ayah.
Sebab mak ayah akan TAMBAH lagi dendanya. Hehehe..
Kalau di sekolah tu, cikgu-cikgulah mak ayah kita, maka ikutlah peraturan dan terima jelah denda tu kalau memang kita dah buat salah kan?

Alah.. setakat duduk atas tar tu, apalah sangat.

Terimbas kembali denda yang akak selim pernah kena. Hehehe.
Nampak je macam innocent akak selim ni.

Tapi

Sokmo tidur masa prep. Kihkih.
Terutamanya prep petang.
Kenapalah agaknya mengantuk sungguh waktu sekolah dulu.
Terlebih makan agaknye.

Dan nak dijadikan cerita, suatu petang yang indah ada cikgu datang buat spot check.
Kantoi lerr akak selim tidur haa…

Dan kami beramai-ramai kena jemur panas. Hiihihi.
Akak selim dah tak ingat siapa lagi kawan-kawan seangkatan yang kena jemur.
Tapi cikgu yang menjemur akak selim tu akak selim masih ingat.
Hai Cikgu R.
Tiada marah dan dendam, sebab memang dah buat salah kan?
Terima ajelah.

Itulah kenangan zaman sekolah yang tak mungkin dilupakan. Bila teringat balik rasa nak tergelak dan malu juga seposen.

Geng2 ex-TJ, kalau korang ingat lagi kes ni, diam2 jelah ye.
Malu akak selim. kiki

===============================

Akak selim
Suka tidur waktu sekolah, JANGAN TIRU!

===============================

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge