Keburukan Air Kosong, Puting Tiruan dan Susu Formula Kepada Bayi 6 Bulan Ke Bawah

Kebanyakan ‘orang lama’ suka menasihatkan ibu-ibu baru untuk memberikan air masak, puting tiruan atau susu formula kepada bayi yang baru lahir. Termasuk juga saya semasa melahirkan anak pertama dahulu. Tapi kita harus ingat, bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif, tiada makanan atau minuman yang boleh diberikan kepada bayi dalam tempoh 6 bulan pertama.

Ini adalah kerana :-

Air kosong memberikan kesan buruk kepada penyusuan susu ibu
Air kosong memberikan kesan buruk kepada penyusuan susu ibu

1. Air kosong atau susu formula adalah sama sekali tidak boleh diberikan kepada bayi dalam tempoh ini kerana sistem pencernaanya masih belum matang.

2. Amalan memberikan air kosong jugak boleh mendedahkan bayi anda kepada pelbagai risiko termasuk

-merencatkan tumbesaran dan akal

-mengancam nyawa

-mengakibatkan sawan tarik.

Saiz perut bayi yang baru lahir sangat kecil.
Saiz perut bayi yang baru lahir sangat kecil.

3. Perut bayi yang baru lahir adalah sangat kecil. Sekiranya perut yang sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan khasiat dipenuhi air kosong yang tiada zat akan menyebabkan bayi kekurangan nutrien.

4. Air juga akan menyebabkan hakisan salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan akan mendedahkan bayi kepada jangkitan.

5. Bagi bayi yang menghidap jaundis, air yang banyak boleh merencatkan akal.

6. Kesan yang lebih teruk lagi adalah kerana ia boleh mencairkan garam dalam darah, menyebabkan suhu badan menjadi rendah dan kembung perut bagi bayi yang berusia 5 minggu ke bawah.

7. Puting tiruan pula adalah satu bentuk penipuan yang menyebabkan bayi terpedaya dan menyangka sedang menyusu.

Susu formula boleh mengganggu penyusuan susu ibu.
Susu formula boleh mengganggu penyusuan susu ibu.

8. Pemberian susu formula pula boleh mengakibatkan pelbagai masalah seperti cirit birit, ekzema dan masalah pernafasan kepada bayi (alahan kepada sesetengah susu lembu).

Slide12

9. Susu formula juga punca utama obesiti di kalangan bayi dan kanak-kanak.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

    1. Waalaikummussalam Tuan Abdul Khaq,

      Hati2 dengan pantang larang yaa… Boleh membahayakan baby kalau tak tahu…
      Ok.. InshaAllah akan jejak ke blog tuan.

      Tq yaa singgah sini…

    1. Good luck Maz!!
      InshaAllah…
      Dengan ilmu, semangat dan doa… Maz boleh berjaya… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge