Inspirasi 2018

Misi 2017 agak ‘tak tercapai’ bab nak turunkan berat badan dan ajak kawan-kawan turunkan berat badan cara sihat. Berat naik melantun-lantun dengan rezeki #babyH hujung tahun. Alhamdulillah.
Allah tak tunaikan hajat nak kurus tapi Allah beri yang lebih besar dan lebih bermakna dalam hidup kami sekeluarga. Syukur sangat.

Ni pencapaian terbesar 2016 yang lalu. Nak kena ulangi lagi tahun 2018 ni. InshaAllah.

Cara Turunkan Berat 20 Kg Dengan Cepat Tanpa Perlu Berlapar
Berjaya kurangkan 20 kg dalam masa 7 bulan.

Jadi tahun 2018 ni, saya ingin ajak kawan-kawan dan bersama-sama kita lakukannya.

1. Target turunkan berat badan cara yang betul dan sihat. Tak kisahlah nak target berapa kg sekali pun, yang paling penting ada progress dan usaha yang tinggi.

Terutamanya golongan ibu-ibu yang terlebih berat dan obes.
InshaAllah.

2. Saya nak bantu ibu-ibu dapatkan info yang betul untuk menyusukan anak-anak.

3. Saya nak kongsikan perjalanan kehamilan, menyusu dan berpantang cara yang sihat walaupun usia hampir mencecah 40 an.

Kalau anda lebih muda, pasti anda lebih hebat dan boleh jaga kesihatan dengan baik.
InshaAllah

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge