Hobi? Sekarang Asah Bakat Memasak Bersama Anak-Anak

Dah lama juga saya tak kisah tentang hobi. Hobi masa sekolah rendah, KUMPUL SETEM. Haha. Siapa sezaman dengan saya, sure suka kumpul setem juga kan?

Kalau nak dikirakan hobi sebenar masa remaja, main bowling. Dulu masa bujang trang tang tang, membowling jelah kerjanya. Duit pun macam air keluarnya kan. Hehe. Tapi minat punya pasal, takpelah. Usaha jelah bagi ada duit.

Memang minat betul dengan bowling sehinggakan siap ada kasut dan bola sendiri tau. Kikiki. Kelakar juga ingatnya. Siap masuk bermacam-macam tournament tau. Wakil kampeni lagi tau. Hehe. Lepas dah kahwin dan ada anak tu, memang terus berkurang aktiviti bowling ni. Err.. takde langsung dah kot. Sekali je wakil kampeni pergi tournament kat Shah Alam. Lepas tu tak main dah.
Sebab asyik ada anak kecil je kan. Nak tunggu besar-besar dulu semuanya, tua dah mama diorang ni. Hahaha.

Pertama kali cuba buat ais krim
Sedap juga tau homemade ais krim ni.

Sekarang ni hobi kebanyakannya fokus kepada aktiviti untuk anak-anak jelah. Biasanya bawa anak jalan-jalan dan buat aktiviti bersama.

Aktiviti yang paling rajin kami buat bersama ialah memasak. Memasak ni bukan kategori hobi pun, tapi saya sangat suka buat sendiri apa yang saya dan anak-anak nak makan terutamanya biskut atau keklah. Kalau lauk pauk tu saya memang tak berapa rajin pun. Hihi.

Anak-anak pun rajin request nak masak itu, nak masak ini. Saya layankan ajelah. Seronok juga anak-anak dara ni rajin masak.

Walaupun baking ni agak leceh, tapi seronok buat bersama anak-anak. Banyak yang mereka boleh belajar. Selain sukat menyukat, banyak perkara yang kita boleh kongsi bersama semasa dok mengadap kek atau biskut tu. Borak-borak dan dengar cerita anak-anak ni boleh hilangkan stres tau. Tambah-tambah kalau ada anak yang boleh jadi penglipur lara dan loyar buruk. Hihihi.

Dah siap masak-masak, kita makan ler. Sambil tu bolehlah dengar review mereka. Ada yang kata sedap, ada yang kata kurang itu ini. Baguslah juga tu kan. Boleh keluarkan pendapat sendiri. Satu pelajaran berharga juga tu tau untuk anak-anak.

Anak-anak pun lebih konfiden nak buat sesuatu kalau kita serahkan kepada mereka tugasan-tugasan di dapur.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge