Hadiah terbaik untuk hari ibu

Sejak bergelar ibu ni, saya lebih sensitif dengan hari-hari istimewa untuk ibu. Bukan dulu tidak menghargai atau tak mengucapkan selamat hari ibu, tetapi sejak mempunyai 2 orang cahaya mata ni, memang hari ibu atau hari lahir ibu saya tak pernah saya lupakan. Alhamdulillah, ibu saya kembali sihat selepas beberapa bulan menghadapi masalah kesihatan. Saya bersyukur sangat! Alhamdulillah. Sempena hari ibu esok, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu saya dan ibu mertua saya. Saya doakan semoga bonda saya umur panjang dan dilindungi Allah selalu, InshaAllah. Boleh dikatakan ibu saya adalah pendorong utama untuk saya terus maju dalam bisnes yang saya jalankan sekarang.

Hadiah terbaik untuk ibu adalah kesihatan yang baik.
Bonda saya bersama adik saya

Tentang bonda saya dan pengorbanan beliau

Bonda saya adalah seorang ibu tunggal sejak 27 tahun yang lepas. Arwah ayah saya meninggalkan dunia ini pada tahun 1987 semasa arwah berumur 50 tahun. Di kala itu saya baru berusia 9 tahun. Adik beradik saya seramai 12 orang dan saya anak ke-9. Cuba anda bayangkan. Waktu itu bonda saya terpaksa membesarkan kami 12 beradik tanpa sebarang pekerjaan. Sehingga saat ini, saya tidak tahu bagaimana beliau dapat membesarkan kami adik beradik sehinggalah kami semua berjaya seperti sekarang. Yang saya masih ingat, bonda saya hanya menerima wang pencen arwah ayah yang bekerja sebagai guru. Jika nak difikirkan dan dihitung, berapalah sangat wang pencen tersebut kalau dibandingkan dengan keperluan kami 12 beradik. Tapi ibu saya mampu melakukannya tanpa sebarang keluhan.

Hadiah Hari Ibu

Biasanya memang saya akan tanya bonda saya nak hadiah apa sebab bonda saya ni ada ‘taste’nya sendiri. Tak boleh main beli je. Tapi biasanya kalau tanya pun memang beliau akan cakap tak nak apa2. Saya lebih suka membawa beliau keluar dan beliau bebas membeli apa sahaja yang beliau inginkan. Itu lebih memuaskan hatinya dan saya juga gembira kerana beliau dapat apa yang beliau inginkan.

Anda tiada idea untuk berikan ibu anda hadiah apa? Jom kita hadiahkan kesihatan yang baik untuk ibu kita kerana kesihatanlah yang paling penting dari segala-galanya dalam hidup ini. Jom saya share dengan anda apa yang terbaik untuk diberikan kepada ibu anda.

set kesihatan wanita
Set Kesihatan Wanita khas untuk ibu

Apa kelebihan Set Kesihatan Wanita ni?

  1. Membantu melegakan simptom senggugut dan menopause.
  2. Menggalakkan kulit yang cantik.
  3. Menggalakkan tulang yang kuat.
  4. Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  5. Melegakan sakit2 sendi.

 Tahun lepas, saya pernah menghadiahkan Set Kesihatan Wanita ni dan beberapa vitamin asas yang lain kepada ibu mertua saya. Alhamdulillah. Beliau kini sihat walafiat dan ‘maintain’ dengan umur 60-an. Saya akan ceritakan lebih lanjut tentang ibu mertua saya pula nanti ya.

Anda juga ingin berikan hadiah ini kepada ibu anda? Boleh contact saya seperti di bawah :-

Laila
ID 854299
Email : lailaisma2207@gmail.com
SMS/Whatsapp : 019-722 8520

Laila 019-722 8520
Laila 019-722 8520

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge