Faedah-Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu Menyusu

Faedah penyusuan susu ibu kepada ibu menyusu
Menyusukan bayi kita banyak memberikan faedah untuk ibu, bayi dan bapa bayi. šŸ™‚

1. Mempercepatkan pengecutan rahim.

Ibu menyusu menghasilkan hormon bagi mengecutkan rahim dan tindakan bayi menghisap susu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada keadaan asal, seperti sebelum mengandung. Semasa menyusu, anda akan rasa kontraksi di bahagian rahim, maknanya rahim anda sedang mengecutlah tu.

2. Menurunkan berat badan.

Penyusuan membakar kalori dalam badan ibu danĀ membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Kalau nak cepat kurus,
susukan bayi anda!

3. Mengurangkan risiko penyakit-penyakit seperti kanser buah dada,Ā osteoporosis, artitis dan sebagainya.

Penyusuan juga menyempurnakan ā€˜kitarĀ hidupā€™ seorang ibu yang bermula dengan persenyawaan, kehamilan,Ā kelahiran dan penyusuan. Macam tak lengkap pula kalau melahirkan, tapi takĀ menyusukan. Seperti mengandung tapi tak bersalin, tak best kan.

4. Mengurangkan kerisauan pada ibu.

Dalam keadaan krisis, samada kemarau
ke, banjir ke, wabak taun ke, ibu tidak perlu bimbang tentang air yang tidakĀ bersih, kesukaran mendapat FM dan sebagainya.

Menyusu itu memudahkan ibu yang menyusu
Menyusu itu mudah bukan?

5. Memudahkan.

Bayi BF lebih mudah dibawa ke mana-mana. Tidak perluĀ menyediakan FM, botol, termos, dan sebagainya. BM juga tidak
meninggalkan kesan pada pakaian, dan najis bayi BF berbau wangi!

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge