[Clean Eating Challenge : Day 1] Demi Menurunkan Lemak Di Sekitar Organ Penting

Sebenarnya saya dah mulakan diet sendiri dari Nov tahun lepas. Apa sebabnya? Sebabnya ialah saya telah ke Health & Wellness Fair di Shaklee JB. Di sana, ada pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Pakar Nutrisi dengan menggunakan mesin KARADA. Melalui mesin ni kita dapat tahu berat, peratusan lemak, lemak yang terdapat di sekitar organ2 penting dan bermacam2 lagi yang kita boleh tahu tentang kesihatan badan kita. InshaAllah tahun ni saya akan dapatkan 1 mesin Karada untuk kegunaan sendiri dan keluarga serta pelanggan2 saya.

Kurus dengan shaklee

Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 'nombor' tentang dalam kita.
Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 ‘nombor’ tentang dalam kita.

Setelah diet sendiri, memang turun berat dalam 3.4 kg. Tapi mungkin diet yang saya buat sendiri agak strict, so menjejaskan penghasilan susu ibu dan membuatkan Baby Zara (anak saya yang ke 3 yang berusia 6-7 bulan pada waktu itu) marah-marah semasa menyusu. Mungkin pengeluaran susu sangat perlahan atau sedikit. Jadi saya stop sebentar diet cara saya dan mencari-cari diet yang sesuai untuk ibu menyusu.

Alhamdulillah, dipertemukan dengan kawan baik saya dan dia mengesyorkan saya Makan Cara Sihat atau lebih popular dipanggil Eat Clean.

Maka bermulalah journey Eat Clean saya pada 13.02.2016. Nama program ni ialah 21 Days Clean Eating Challenge bersama Cikgu Yun.

13.02.2016 (Sabtu) :

#1 Timbang berat sebelum mulakan program. Buat target berapa berat yang nak diturunkan sepanjang program dan denda apa yang kita nak buat jika tak capai target tersebut. Mesti update dalam group whatsapp. 🙂

#2 Belajar membeli makanan di luar tanpa merosakkan diet.

#3 Mengenal bahan-bahan yang lebih sesuai untuk proses diet.

#4 Keperluan minum air masak yang banyak setiap hari. Ada geng-geng dalam group boleh minum air sehingga 8 liter tau!!!

14.02.2016 (Ahad) :

Menu belum ditentukan lagi, jadi makan macam biasa. Atau nak makan makanan yang agak-agak mengidam pun boleh laaa, sehari sebelum mula. Tapi saya dah berjaga2 waktu ni. Kurangkan karbohidrat. Kebetulan Encik Suami ajak makan Kenny Rogers, so bolehlah layan tekak dan tidak mengganggu diet selagi tidak mengambil gravy yang berlebihan.

15.02.2016 (Isnin)

Dengan debaran dupdapdupdap, challenge bermula!!!! Mana tak berdebar sebab makan 6x sehari dan semuanya saya plan nak masak sendiri di rumah. Minggu pertama ni Cikgu Yun bagi kelonggaran untuk makan di luar dengan cara yang betul. Sebab realiti hari ini kadang-kadang kita tak sempat nak masak kan?

Jika masak di rumah, tidak dibenarkan ambil garam atau gula langsung dalam minggu pertama ni.

Jom tengok menu hari pertama :

Sarapan pagi : 2 keping telur, 3 biji telur putih dan 1 cawan kopi/teh (tanpa gula)

Day 1 (2)

Snek pagi : 1 biji epal hijau dan 1 gelas green tea (saya takde green tea masa hari pertama ni, minum chinese tea jee)

Day 1 (3)

Makan tengah hari : 1/2 cup nasi, kari ayam (tanpa kuah) dan sayur (rebus/grill)

Day 1 (5)

Snek petang : 1 biji karipap dan 1 gelas green tea

Masa ni dugaan hebat tak terkata sebab pergi membeli kat gerai pisang goreng favourite. Tapi sabar.. sabar jelah… Makan karipap sebiji je tau!

Day 1 (6)

Makan malam : 1 keping dada ayam bakar dan sayur (steam/grill)

Day 1 (7)

Supper : 1 cup yogurt (greek yogurt adalah pilihan terbaik) dan 1 gelas air masak

Day 1 (1)

Selesai hari pertama dengan makan 6x sehari! Pelik juga kan? Nak turunkan berat badan tapi makan sampai 6x tu! Tapi itulah cara yang sebenar supaya metabolisme kita meningkat dan senang untuk turun berat badan. Paling penting jaga ‘portion’ makanan.

Selamat mencuba makan sihat ni. Boleh hubungi saya di 019-722 8520 jika memerlukan bantuan atau nasihat tentang eat clean. 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge