Cukup-cukuplah Boroikan Suamimu Jika Ingin Terus Bahagia

Suami boroi selalu disinonimkan dengan SUAMI BAHAGIA. Kononnya isteri rajin, pandai jaga makan minum suami sehinggalah terbukti suami itu cukup makan sehingga menyebabkan B-O-R-O-I.

Kononnya lelaki boroi itu lebih penyayang, lebih berfikiran jauh dan SEKSI!!!! 😛

 

Boroi tanda bahagia

Wahai isteri-isteri manis dan cantik sekalian…

Jika benar ingin terus bahagia hingga ke syurga, cukuplah berpegang kepada prinsip boroi tanda bahagia tu yaa. Jika anda sayangkan suami, sayangkan anak-anak dan mahu lihat suami sentiasa sihat, berusahalah untuk mengurangkan tahap boroi suami. Makin boroi si suami, bukan petanda makin bahagia.

Tapi..

Boroi satu petanda yang suami anda dalam BAHAYA.

Sebab apa?

Boroi adalah petanda suami mungkin mengalami sindrom X atau sindrom metabolik.

Boroi adalah salah satu tanda sindrom X yang boleh diperolehi dari pemeriksaan kesihatan.

#1 Paras gula dalam darah semasa berpuasa adalah tinggi (masalah dengan insulin)

#2 Bacaan kolesterol HDL lebih rendah dari 35 mg/dl

#3 Bacaan trigeliserida sekurang-kurangnya 150 mg/dl

#4 Tekanan darah melebihi 140/90

Risiko-risiko ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik yang mengancam nyawa suami anda.

#1 Kerosakan pada lapisan dalam arteri –> risiko penyakit jantung dan strok.

#2 Perubahan kepada keupayaan ginjal untuk menyingkirkan garam –> risiko darah tinggi, sakit jantung dan strok.

#3 Peningkatan kadar trigeliserida –> risiko penyakit kardiovaskular.

#4 Risiko blood clot (pembentukan darah beku) yang boleh menyekat salur darah dan menyebabkannya pecah –> risiko serangan jantung dan strok.

#4 Mengganggu proses rembesan insulin –> risiko diabetes Jenis 1.

Jadi, isteri-isteri yang jelita, bantulah suami anda untuk kurangkan keboroian ya. Boroi sebenarnya tak membantu apa-apa pun. Malah lebih susah untuk suami anda melakukan kerja-kerja rumah seperti memanjat tangga untuk menukar lampu, ligat dan aktif dalam rumah untuk melayan keletah anak-anak kecil dan pergerakan akan jadi lebih terhad.

Apa Isteri Patut Buat Untuk Mengurangkan Tahap Boroi Si Suami?

1. Galakkan suami beriadah dan aktif. Kalau terlalu sibuk di hari kerja, ajak suami beriadah 2 kali seminggu di hujung minggu. Tak perlu terus buat aktiviti berat tetapi berjalan-jalan di taman bersama keluarga pun sudah memadai. Cuma pastikan ianya konsisten. Bukan sekali buat je. 🙂

2. Kurangkan memasak makanan yang berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi. Sebaliknya masaklah makanan sihat yang lebih membantu dalam mengurangkan tahap boroi beliau. Mungkin ada makanan kegemaran suami yang sangat tinggi kalorinya tapi mulai dari sekarang, masaklah masakan tersebut sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Demi nak tengok suami sihat dan terus bahagia selamanya.

3. Pujuk suami untuk pergi ‘medical check up’ sekurang-kurangnya setahun sekali. Sebab lelaki biasanya lebih percaya kepada FAKTA. Apabila B-O-R-O-I, pastinya kandungan lemak perut serta kolesterol adalah tinggi. Sebenarnya kalau tak buat medical check pun dah tahu dah tahap kesihatan tak baik tapi, ingat sekali lagi. Lelaki lebih percayakan FAKTA daripada kata-kata si isteri. 😛

4. Minimumkan pengambilan ubat-ubatan beliau. Ubat-ubat seperti ubat anti depresi, kortikosteroids, antihistamin; boleh menyebabkan kesan sampingan yang membawa kepada obesiti dan intoleransi glukos.

Kredit : Vitaminsemulajadi.com

Jika sayangkan suami dan bercita-cita untuk bahagia ke akhir hayat, jangan biarkan si dia terus boroi. Sebab boroi bukan penanda aras yang tepat kebahagiaan, malah sebaliknya. Tak apa kalau perut bukan 6 packs pun, cukuplah sekadar perutnya kurang ke depan. 🙂

Semoga berjaya untuk mengurangkan boroi suami ya. Demi kebahagiaan anda, anak2 dan rumah tangga yang ceria dan gembira yang berpanjangan. InshaAllah. 🙂

Peace!!

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge