[Clean Eating Challenge : Day 10] Rice Noodle Salad Yang Sangat Sedap Dan ‘Kena’ Dengan Selera

W2D10

Sarapan pagi (0800) :

Energy smoothie + 1 gelas air masak

1 biji pisang
2 sudu besar rolled oat
1 sd teh serbuk cinnamon (saya tak letak sbb memang kurang suka)
150 ml low fat milk/skim milk/almond milk
1 sd besar chia seed
3-4 ketul ais

Cara-cara

Blend kesemuanya dan MINUM! Kenyanggg! Burppp!! 🙂

Snek pagi (1030) :

1 cup Greek yogurt (plain)

Makan tengah hari (1300) :

Rice Noodle Salad (Salad Bihun Perang)

Bahan-bahan

100-150 gram bihun perang
300 gram dada ayam yang direbus
2 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
Sedikit hirisan serai/bunga kantan
Daun ketumbar
Air perahan limau nipis
1 sd kecil sos ikan

Cara-cara

1. Rendam bihun sehingga lembut.
2. Masukkan sos ikan, serai, air perahan limau, serai/bunga kantan.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Carikkan ayam dan masukkan ke dalam sos.
5. Gaul rata bersama-sama bihun yang telah lembut.
6. Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai perasa tambahan.
7. Bolehlah NGAP! Sedap!!! Ni menu favourite saya. 😀

Snek petang (1600) :

6-8 biji almond

Makan malam (1900 ) :

Sirloin steak + Salad

Bahan-bahan

200-250g daging lembu
1 sd teh black pepper
1 sd teh serbuk cayenne (cili)

Cara-cara

Perap semua bahan sekurang-kurangnya 30 minit. Bakar dalam oven/kuali non stick.

Supper  (2230) :

2 biji telur rebus + 6 biji almond

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge