Cegah Kanser Payudara Dan Kanser Ovari Dengan Menyusu

Penat. Lapar. Susah nak kawal saka makan. Macam-macam lagi laa kan kalau ibu menyusu ni. Nak diet pun kena fikir empat puluh empat kali.

Namun, kebaikan menyusu ni jauh lebih banyak berbanding apa yang kita rasa tu. Bukan hanya anak kita je yang dapat kebaikan ni. Ibu juga dapat banyak kebaikannya.

#1 Mengeratkan kasih sayang ibu dan anak.

#2 Mengelakkan risiko kemurungan selepas bersalin.

#3 Mengelakkan masalah bengkak payudara.

#4 Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

#5 Mengecutkan rahim dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

#6 Menjarakkan kehamilan dengan haid pertama yang lebih lambat selepas melahirkan.

#7 Membantu melangsingkan badan kerana lemak badan digunakan untuk menghasilkan susu.

Haaa… Banyak kan tu kebaikan untuk ibu kan. Paling kagum tu, cara paling mudah nak elak kanser. Hebat tu ciptaan Allah untuk wanita ni.

Marilah kita sebarkan kebaikan penyusuan susu ibu ni supaya lebih ramai ibu menyusukan anak mereka.

Jemput SHARE dengan rakan-rakan ya. Terutamanya untuk ibu hamil dan juga ibu yang baru melahirkan.

Semoga bermanfaat.

Salam Sayang,
Laila Ismail
Mak Anak Empat

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge