[Clean Eating Challenge : Day 1] Demi Menurunkan Lemak Di Sekitar Organ Penting

Sebenarnya saya dah mulakan diet sendiri dari Nov tahun lepas. Apa sebabnya? Sebabnya ialah saya telah ke Health & Wellness Fair di Shaklee JB. Di sana, ada pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Pakar Nutrisi dengan menggunakan mesin KARADA. Melalui mesin ni kita dapat tahu berat, peratusan lemak, lemak yang terdapat di sekitar organ2 penting dan bermacam2 lagi yang kita boleh tahu tentang kesihatan badan kita. InshaAllah tahun ni saya akan dapatkan 1 mesin Karada untuk kegunaan sendiri dan keluarga serta pelanggan2 saya.

Kurus dengan shaklee

Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 'nombor' tentang dalam kita.
Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 ‘nombor’ tentang dalam kita.

Setelah diet sendiri, memang turun berat dalam 3.4 kg. Tapi mungkin diet yang saya buat sendiri agak strict, so menjejaskan penghasilan susu ibu dan membuatkan Baby Zara (anak saya yang ke 3 yang berusia 6-7 bulan pada waktu itu) marah-marah semasa menyusu. Mungkin pengeluaran susu sangat perlahan atau sedikit. Jadi saya stop sebentar diet cara saya dan mencari-cari diet yang sesuai untuk ibu menyusu.

Alhamdulillah, dipertemukan dengan kawan baik saya dan dia mengesyorkan saya Makan Cara Sihat atau lebih popular dipanggil Eat Clean.

Maka bermulalah journey Eat Clean saya pada 13.02.2016. Nama program ni ialah 21 Days Clean Eating Challenge bersama Cikgu Yun.

13.02.2016 (Sabtu) :

#1 Timbang berat sebelum mulakan program. Buat target berapa berat yang nak diturunkan sepanjang program dan denda apa yang kita nak buat jika tak capai target tersebut. Mesti update dalam group whatsapp. 🙂

#2 Belajar membeli makanan di luar tanpa merosakkan diet.

#3 Mengenal bahan-bahan yang lebih sesuai untuk proses diet.

#4 Keperluan minum air masak yang banyak setiap hari. Ada geng-geng dalam group boleh minum air sehingga 8 liter tau!!!

14.02.2016 (Ahad) :

Menu belum ditentukan lagi, jadi makan macam biasa. Atau nak makan makanan yang agak-agak mengidam pun boleh laaa, sehari sebelum mula. Tapi saya dah berjaga2 waktu ni. Kurangkan karbohidrat. Kebetulan Encik Suami ajak makan Kenny Rogers, so bolehlah layan tekak dan tidak mengganggu diet selagi tidak mengambil gravy yang berlebihan.

15.02.2016 (Isnin)

Dengan debaran dupdapdupdap, challenge bermula!!!! Mana tak berdebar sebab makan 6x sehari dan semuanya saya plan nak masak sendiri di rumah. Minggu pertama ni Cikgu Yun bagi kelonggaran untuk makan di luar dengan cara yang betul. Sebab realiti hari ini kadang-kadang kita tak sempat nak masak kan?

Jika masak di rumah, tidak dibenarkan ambil garam atau gula langsung dalam minggu pertama ni.

Jom tengok menu hari pertama :

Sarapan pagi : 2 keping telur, 3 biji telur putih dan 1 cawan kopi/teh (tanpa gula)

Day 1 (2)

Snek pagi : 1 biji epal hijau dan 1 gelas green tea (saya takde green tea masa hari pertama ni, minum chinese tea jee)

Day 1 (3)

Makan tengah hari : 1/2 cup nasi, kari ayam (tanpa kuah) dan sayur (rebus/grill)

Day 1 (5)

Snek petang : 1 biji karipap dan 1 gelas green tea

Masa ni dugaan hebat tak terkata sebab pergi membeli kat gerai pisang goreng favourite. Tapi sabar.. sabar jelah… Makan karipap sebiji je tau!

Day 1 (6)

Makan malam : 1 keping dada ayam bakar dan sayur (steam/grill)

Day 1 (7)

Supper : 1 cup yogurt (greek yogurt adalah pilihan terbaik) dan 1 gelas air masak

Day 1 (1)

Selesai hari pertama dengan makan 6x sehari! Pelik juga kan? Nak turunkan berat badan tapi makan sampai 6x tu! Tapi itulah cara yang sebenar supaya metabolisme kita meningkat dan senang untuk turun berat badan. Paling penting jaga ‘portion’ makanan.

Selamat mencuba makan sihat ni. Boleh hubungi saya di 019-722 8520 jika memerlukan bantuan atau nasihat tentang eat clean. 🙂

Share Button

Promosi Vitamin C Sepanjang November

Sejak saya konsisten ambil Vitamin C ni setiap hari, biji-biji kecil di muka memang tiada langsung.

Dulu-dulu suka pergi facial, orang buat facial selalu cakap. Muka akak ni nampak macam takde masalah tapi bila pegang, ada biji-biji kecil rupanya.
(“Grrrrrrr”… dalam hati saya sambil mengakui hakikat tersebut dengan penuh rasa kecewa… 🙁 )
Alhamdulillah, sekarang tiada lagi. Mak happy!

Selain dari tu, setiap kali saya berus gigi memang gusi akan berdarah. Setiap kali tau! Tapi sejak setahun lebih ni konsisten mengambil Vitamin C, B Complex dan Vitalea, memang tiada lagi gusi berdarah setiap pagi dan malam ketika saya memberus gigi.

Vitamin C bagus untuk kulit dan kesihatanHati sangat seronok apabila mendengar promosi bulan ni adalah Vitamin C. Bolehlah saya buat stok sehingga penghujung tahun depan, 2016! Jimat banyak tu. 🙂

Vitamin C ni ada 180 biji. Harga RM98.05. Bertahan selama 6 bulan. Kalau ikut kira-kira, sebulan baru rm16++ je untuk Vitamin C ni. Dengan pengambilan 1 biji sehari. Murah je kan?

Anda boleh buat 2 pilihan :-

#1 Beli 6 botol PERCUMA 1 botol
Harga runcit : RM588.30
Anda layak mendapat harga ahli yang lebih murah sebanyak 15-20% dengan mendaftar sebagai ahli. Yuran pendaftaran ahli adalah seumur hidup, jadi anda tak perlu risau terpaksa ‘renew’ setiap tahun.

#2 Beli 2 botol dan dapat DISKAUN sebanyak 5%.

Vitamin C untuk kulit2 botol dengan harga RM186.30. Nak jimat? Register ahli untuk kegunaan sendiri. Anda boleh dapat penjimatan sehingga 20% tau.

Hubungi saya untuk membeli Vitamin C anda dengan penjimatan terbaik hari ini.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

Share Button

Set Bersalin Yang Ibu Berpantang Wajib Pilih Untuk Banyakkan Susu

set menyusu shakleeBiasanya lepas bersalin, ibu-ibu terutamanya ibu-ibu baru selalu risau dan ada masalah penyusuan kan? Selalu tertanya-tanya,

“Susu saya ada ke?”

“Susu saya ni cukup ke untuk baby saya?”

“Susu saya macam sikitttttt je.”

“Baby selalu menangis, susu saya tak cukup ke?”

Bagaimana Nak Atasi Masalah-masalah Penyusuan Ni?

  1. Lengkapkan Ilmu Penyusuan Sepanjang Hamil

    Sediakan ilmu penyusuan yang cukup sebelum bersalin. Silah baca buku atau google ilmu-ilmu penyusuan yang makin mudah didapati sekarang ni.
    Contoh ilmu yang paling penting ialah susu yang baru keluar tu berwarna kuning, beberapa titis pulak tu. Ada yang ingat susu basilah, susu kena buanglah. Macam-macam!! Kalau taknak tertanya-tanya, lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan secukupnya ya.

  2. Kongsi Ilmu Penyusuan Dengan Encik Suami

    Kongsikan ilmu penyusuan yang kita baca tu dengan suami, orang yang paling dekat dan memahami kita. Kadang-kadang kita akan hadapi masalah jika suami kita tidak tahu tentang penyusuan ni dan mudah terikut-ikut dengan orang sekeliling.

  3. Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Mitos Penyusuan Orang Sekeliling

    Setelah kita sudah khatam ilmu-ilmu penyusuan ni, jangan mudah terpengaruh dengan orang-orang sekeliling kita semasa berpantang yang negatif terhadap penyusuan susu ibu. Cuba pekakkan telinga dan teruskan berusaha untuk menyusu dengan segala ilmu yang kita ada.

  4. Ambil Set Bersalin Yang Boleh Banyakkan Susu

    Set bersalin yang boleh di ambil sejurus selepas bersalin dan banyakkan susu.
    Set bersalin yang boleh di ambil sejurus selepas bersalin dan banyakkan susu.

    Ambil Set Bersalin yang boleh membanyakkan susu ibu dan boleh diambil sejurus selepas bersalin. Kebiasaannya Set Bersalin yang ada di pasaran tidak boleh diambil selagi baby tidak bebas jaundis atau kuning. Jadi, ibu-ibu terpaksa tunggu lebih lama sekiranya baby mengalami jaundis. Badan kita semasa berpantang yang agak lemah akan makin lemah jika tidak dibantu oleh sebarang suplemen atau jamu. Tetapi berlainan dengan Set Bersalin Shaklee ni, ia boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

Apa Yang Membuatkan Set Bersalin Ni Boleh Banyakkan Susu?

  1. Ibu Kurang Stress dan Hilang Penat

    set bersalin shaklee
    Ibu yang lepas bersalin sebenarnya sangat penat dan sentiasa letih kerana kehilangan darah yang banyak semasa bersalin. Stress dan letih menahan sakit lagi kan? Haaa, semua tu akan memberi efek semasa kita dalam pantang. Jadi pengambilan Vitalea yang merupakan multivitamin, B Complex, Vitamin C dan ESP ni dapat membantu ibu-ibu kembali bertenaga dan lebih segar semasa berpantang. Bila badan sihat dan segar, susu ibu pun mudah nak keluar.
    Ibu-ibu tahu tak? Hormon stress tu boleh menghalang pengeluaran susu ibu. Jadi dengan badan sihat dan adanya B Complex ni, susu senang nak keluar.

  2. Luka Cepat Sembuh

    Luka lepas bersalin memang menyakitkan. Kalau diingat2 kembali, memang sakit dan stress!! Kalau boleh tak nak duduk, nak meniarap je. Atau nak mengiring je masa tidur. Tapi macam mana nak susukan baby kita kan? Jadi dalam Set Bersalin ni ada Zinc Complex yang membantu mempercepatkan luka sembuh. Dan bila luka cepat sembuh, senang dan mudahlah kita dalam menyusukan baby kita kan? Stress pun hilang bila luka dah sembuh dengan cepat.

  3. Alfalfa Milk Booster Terbaik

    Alfalfa memang dikenali dari dulu lagi sebagai ‘milk booster’ terbaik.

    It has been consumed by nursing mothers for many years to help with the production of breast milk. When taken in moderation, alfalfa is considered safe and nutritious.


    It is used by breastfeeding mothers to make more breast milk.


    Boleh refer ke website Breastfeeding ni ya.

    Taken after birth, it increases milk supply and is reported to increase the fat content of breastmilk.


    Sumber info dari Mobimotherhood ni bagitau, boleh tambah lemak dalam susu ibu lagi tau…
    Dengan pengambilan alfalfa ni, susu sentiasa cepat penuh kembali jika diambil selepas mengepam atau lepas menyusu.
    Pengambilan alfalfa semasa berpantang adalah selamat untuk ibu dan baby.
    Dan selamat juga untuk baby yang jaundis atau kuning. Ini dari pengalaman saya sendiri semasa melahirkan anak ketiga. Kuningnya agak tinggi selepas hari ketiga, jadi saya cepat-cepat ambil alfalfa 2 biji setiap hari. Alhamdulillah. Kuningnya turun sedikit demi sedikit dan tak perlu dimasukkan ke wad.
  4. Tiada Lagi Sakit Sendi dan Pinggang

    Lepas bersalin memang sakit-sakit badan sana sini kan? Saya kena sakit pinggang yang agak teruk lepas bersalin 3 bulan lepas. Memang rasa macam nak patah dan kalau boleh macam nak baring je sepanjang hari. Tapi disebabkan saya berpantang sendiri, maka nak baring-baring je tu memang mustahillah. 🙁
    Mestilah kena bangun untuk jaga baby, susukan baby, mandikan dan jaga 2 orang lagi puteri kesayangan saya. Memang mencabar tapi dengan pengambilan Ostematrix Shaklee yang terkandung di dalam Set Bersalin ni, memang sangat membantu. Alhamdulillah, hilang rasa sakit pinggang dan sakit-sakit sendi yang melampau.
    Bila sakit-sakit ni dah kurang, kita kurang stress menahan sakit dan pengeluaran susu juga tidak terjejas.

Alhamdulillah, sehingga hari ini pengeluaran susu tidak terjejas dan baby saya dapat menyusu dengan baik. Berat badan baby saya juga naik dengan baik.

Anda juga boleh banyakkan susu dengan menyediakan Set Bersalin ni untuk tempoh berpantang anda. Ia bukan sahaja dapat banyakkan susu, tetapi boleh bagi tenaga dan hilangkan stress serta elakkan meroyan.

Banyak lagi kelebihan Set Bersalin ni, boleh baca dengan lebih lanjut di sini ya. Klik link di bawah.

11 Kelebihan Set Bersalin Shaklee

Ibu-ibu yang sedang hamil boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan Set Bersalin anda ni ya.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

 

 

 

Share Button

3 Teknik Mengenal Pasti Jaundis Pada Bayi

langkah kesan jaundis

Kebanyakan bayi yang dilahirkan mengalami jaundis atau lebih dikenali sebagai demam kuning. Ia sebenarnya tidak melibatkan demam tapi lebih kepada seluruh badan bayi berwarna kuning. Anak-anak saya pun begitu juga. Dalam 3 orang anak, anak ke 2 paling teruk dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan fototerapi.

Sebagai ibu bapa, kita haruslah peka dengan jaundis ni. Saya kongsikan 3 langkah mudah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa di rumah untuk mengenal pasti sama ada bayi kita kena jaundis atau tidak.

  1. Tekan hidung hingga empat saat menggunakan jari telunjuk. Kemudian lepaskan. Jika bayi mengalami jaundis, bahagian berkenaan akan kelihatan kuning.
  2. Cara yang sama boleh digunakan dengan menekan gusi bayi.
  3. Cara yang paling mudah untuk mengesan jaundis ialah menerusi mata putih bayi yang biasanya akan bertukar kekuningan jika mengalami jaundis.

Bagi bayi yang berkulit cerah, memang senang untuk mengesannya. Namun, sedikit sukar jika anak berkulit sawo matang. Namun begitu, caranya tetap sama seperti yang saya kongsikan di atas.

Jaundis adalah lebih berisiko tinggi bagi bayi pramatang atau ada faktor lain iaitu G6PD.

Share Button

Cara-cara Melakukan Senaman Otot Pelvik (Kegel Exercise) Untuk Elak Rahim Jatuh

Senaman otot pelvik atau dikenali juga dengan senaman Kegel ni sangat penting bagi kaum ibu terutamanya ibu yang hamil dan ibu yang sedang berpantang. Sebab apa? Untuk mengelakkan rahim daripada jatuh dan untuk memudahkan proses kelahiran bagi ibu hamil.

Bukan itu saja, ianya juga bagus untuk perhubungan suami isteri tau!

Elak rahim jatuh
Senaman Kegel boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

Bagaimana Nak Buat Senaman ni?

1. Lakukan kemutan pada otot pelvik iaitu dengan mengemutkan otot yang anda gunakan untuk memberhentikan air kencing. Dengan kata lain, kemut seperti kita ingin menahan daripada terkencing. 😀

2. Kemut selama 5 saat dan rehat 5 saat.

3. Tambahkan kemutan selama 10 saat sekiranya boleh. Makin lama anda dapat tahan, makin bagus. 🙂

4. Lakukan sebanyak 3x sehari dan setiap kali sebanya 10 kemutan.

5. Anda boleh lakukan senaman ini di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, sama ada sambil memandu, menonton TV atau sambil berehat.

Apa Lagi Faedah Senaman Kegel Ni?

Senaman otot pelvik elak rahim jatuh
Senaman Kegel yang memberikan pelbagai faedah untuk wanita, senang pulak tu kan..

Haaa… banyak kan faedahnya. Rajin-rajinkanlah buat yaa… Senang je pun kan. 🙂

 

Share Button

4 Rahsia Turun 20 kg Dan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin

Kurus 20 kg lepas bersalin
Sure ramai nak kurus lepas bersalin macam Fasha Sandha ni kan?!! Hehehe

Masalah berat badan dan kulit kusam selepas bersalin adalah normal di kalangan ibu yang baru lepas bersalin walaupun ada juga ibu-ibu yang cun melecun, ramping macam kerengga lepas bersalin. 😀

Teknik kurus cepat lepas bersalin
Sedih kan kalau jadi macam ni lepas bersalin.. 🙁

Saya memang sangat jeles kalau orang yang tak perlu bersusah payah lepas bersalin ni. Macam saya, 4 kali mengandung, 4 kali jugalah saya menghadapi masalah berat badan ni. 🙁
Kulit tu Alhamdulillah, tiada masalah sangat.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…………..

Berat badan memang sentiasa menjadi masalah saya dan mungkin anda juga?? Jom kita sama2 tengok 4 teknik kurus dan cantik lepas bersalin ni. 🙂

Beliau berjaya KURUS LEPAS BERSALIN SAMPAI TURUN 20 KG TAU!!!

Bagaimana Nak Cepat Kurus dan Dapatkan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin?

1. Menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.

Kuruskan badan dengan menyusukan anak sepenuhnya
Menyusu terbukti boleh menurunkan berat badan.

2. Minum air yang banyak setiap hari. Air masak yaaa, bukan air teh, kopi atau air oren.. 😛

Continue reading 4 Rahsia Turun 20 kg Dan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin

Share Button

Nama-nama Kaunselor Penyusuan dan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di Johor

Ini adalah khas untuk mereka yang berada di Johor atau luar Johor jika inginkan nasihat melalui telefon atau ‘message’. Jika ada ada sebarang kemusykilan tentang susu ibu, bolehlah hubungi mereka dan buat temujanji. InshaAllah, mereka boleh membantu anda.

Bila teringat 6 tahun yang lepas, di mana saya memang menghadapi masalah penyusuan, terasa sangat2 memerlukan seseorang yang menyokong penyusuan susu ibu ini. Memang kita boleh dapatkan ilmu dari pembacaan. Tapi bila kita gagal setelah kita praktikkan, kita memang perlukan mereka yang lebih arif.

kaunselor laktasi di Johor
Dapatkan pertolongan secepat mungkin sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan

Moga perkongsian ini membantu. InshaAllah.

Senarai Nama Kaunselor Penyusuan di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

1. Puan Norhayati A. Rahman : 010-828 6552

2. Puan Aminah Ahmad Unni : 012-757 7565

3. Puan Faridah Ahmad Dawek : 013-725 9792

4. Puan Masura Ahmad : 012-759 8552

5. Cik Zahida Yahya : 013-397 1429

6. Puan Chan Siew Fong : 013-777 4551

 

kaunselor laktasi di Johor
Dapatkan nasihat daripada orang yang lebih pakar atau lebih berpengalaman dalam penyusuan sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan.

Senarai Nama Ibu Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

1. Puan Alya Abd Rahman, Pontian : 013-727 5236

Continue reading Nama-nama Kaunselor Penyusuan dan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di Johor

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...