Boleh Ke Ibu Menyusu Nak Diet?

cara diet ibu menyusu
AkakSelim mulakan diet semasa masih menyusu Baby Zara berusia 8 bulan waktu tu dan sekarang pun masih berdiet sambil menyusu anak berusia 11 bulan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan cara diet yang betul.
Pastikan ibu-ibu tak buat diet ekstrim dan rajin-rajinkan diri minum air masak dalam kuantiti yang banyak ya.
AkakSelim kongsikan pendapat dari Encik Khairul Dietitian PPUM ni merangkap cikgu pemakanan dan diet akakSelim. πŸ™‚
cara diet ibu menyusu
Boleh. Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby.
1. Mulakan selepas baby berumur 2-3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelum mula berdiet.
2. Makan 1500kcal-1800kcal sehari (bergantung kepada berat badan ibu. Lagi berat, lagi tinggi kalori). Kurangkan makanan yang berminyak. Makan sikit-sikit tapi kerap untuk elakkan kelaparan. Berapa kerap? at least ada gap 2 jam.
3. Elakkan amalkan diet shortcut! – no atkins, no cabbage soup diet, no very low carbs diet. Ia boleh menjejaskan kualiti susu. Amalkan healthy diet yang lengkap semua kumpulan makanan (carbs, protein, fat) pada jumlah yang sederhana.
4. Turun berat perlahan-lahan. Paling bagus dalam 500g seminggu ataupun 2kg sebulan. Sikit tak pe asalkan anak cukup khasiat.
5. Menyusu sekerap mungkin. Anda burn 300-500kcal bila menyusukan bayi. Kalau tambah dengan aktiviti workout lain, akan lagi banyak kalori burn.
6. Kurangkan kalori secara berperingkat.. jangan dari 2500kcal terus ke 1500kcal. Mesti effect kualiti susu.Diet yang extreme semasa menyusu adalah sangat-sangat tidak digalakkan kerana menjejaskan ibu dan anak. Lain-lain bergantung kepada individu.
Selamat memulakan diet yaa ibu-ibu sekalian. πŸ™‚
Share Button

Tentang Lemak Yang Wajib Anda Ambil Tahu Jika Ingin Kekal Kurus

Sebelum memulakan program diet, seelok-eloknya kita perlu ambil tahu tentang apa yang badan kita perlukan dan fakta tentang lemak dalam proses menurunkan berat badan. Jadi kita tidaklah diet dengan cara yang salah kan?

Salah satunya perkara yang WAJIB kita ambil tahu ialah tentang LEMAK. Kita semua tahu bahawa lemak ni menyumbang kepada kegemukan seseorang.

kurus cepat dengan kecilkan lemak

Tapi tahukah anda yang

  • LEMAK ini umpama benda hidup?
  • LEMAK ini tidak mungkin akan keluar dari badan kita selamanya?
  • LEMAK ini hanya boleh mengembang dan mengecil sahaja? Umpama BELON!
  • LEMAK ini memang sangat membahayakan? Yang ini je kan biasanya kita ambl berat. Dan kita cuba sedaya upaya menyingkirkan lemak dari badan dengan pelbagai cara.

AkakSelim ni dah 38 tahun hidup kat dunia ni, inilah kali pertama Akak Selim tahu tentang lemak yang takkan pernah akan keluar dari badan. Sobsobsob πŸ™

AkakSelim bersyukur sangat dipertemukan dengan Encik KhairulDietitianΒ (IG : @khairuldietitian). Semua ni AkakSelim belajar dari beliau lah. Alhamdulillah.

Ok, kita teruskan tentang lemak ni. Cuba tengok gambarajah di bawah.

Turunkan berat badan cepat

Gambar : Fanpage Bahagia Jemali

1. Jumlah sel lemak adalah sama sahaja cuma sel lemak akan mengecil apabila kita menjaga pemakanan dan gaya hidup aktif.

2. Sel lemak akan mengembang jika kita tidak aktif, kesannya berat badan akan bertambah.

3. Sel lemak ini akan terus bertambah dari masa ke semasa jika kita makan makanan yang berlemak. Kesannya, kalau kita ada masalah berat badan, maka makin bertambahlah berat badan kita.

4. Sel lemak terbina sejak kita dalam kandungan lagi dan harus dikawal di awal usia kanak-kanak. Oleh kerana itulah ibu bapa dinasihatkan supaya menjaga pemakanan anak-anak agar tidak obes.

5. Jika kita mengalami masalah obesiti sejak kecil, adalah tidak mustahil kita akan terus obes sehingga dewasa jika tidak mengubah cara hidup dan pemakanan. Kenapa? Kembali kepada teori no 1, 2 dan 3 di atas.

Jadi,

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mencegah Sel Lemak Bertambah atau Mengembang?

kurus cepat dengan kecilkan lemak

Gambar : Google

Amalkan gaya hidup sihat dan aktif

Jika pernah mengalami obesiti, dan berjaya turunkan berat badan ke berat ideal, adalah tidak mustahil akan kembali obes jika tidak dijaga. Sebab? Sebab sel lemak kan tidak pernah berkurang. Ingat tak? IaΒ akan mengembang semula dan akan menyebabkan pertambahan berat badan.

Elakkan Makanan Berlemak

Dalam usaha mengelakkan sel lemak bertambah, kita harus menjaga pemakanan kita. Kerana dari pemakanan sel lemak akan bertambah dan semakin bertambah.

Kesimpulannya yang perlu kita ingat ialah SEL LEMAK INI TIDAK PERNAH BERKURANG, ia kekal dalam jumlah yang sama sejak kita kecil. Cuma yang membezakan kita gemuk atau kurus ini adalah sel lemak itu kecil atau sedang mengembang.

Selain info dari Encik Khairul Dietitian, saya juga merujuk kepada artikel Teori Lemak dan Fanpage Bahagia Jemali. πŸ™‚

Semoga info ini bermanfaat terutamanya untuk mereka yang sama tujuan macam AkakSelim yang dalam proses menurunkan berat badan.

Boleh whatsapp AkakSelim di 019-722 8520 jika ingin menurunkan berat badan secara berjemaah

Ganbatte kudasai !!! (good luck!!)

 

Love,

Pakar Detoks
Pakar Slim

akakselim

Share Button

Kenapa Berat Badan Tak Turun? Berat Statik Je?

Dilema berat badan tak turun dah lepas beberapa kilo penurunan yang sangat mengujakan memang membimbangkan! Tambah-tambah lagi dah dekat nak raya ni. πŸ˜›

Kenapa berat tak turun

Berat badan statik je kat angka yang sama! Benci tau!!!

Berat badan statik ini juga dikenali sebagai “Plateau”. (berbelit sikit lidah nak menyebutnya kan? hehe)

Jom kita tengok apa pendapat Pakar Pemakanan yang dikenali dengan gelaran Cip ni. FB beliau ialah Mohd Khairul Azuan.

Apa Itu Plateau Atau Berat Statik

berat statik kenapa

Ramai orang tak tahu bahawa plateau (berat statik) selepas turun berat yang banyak adalah petanda badan anda NORMAL. Mcamana kalau badan turun tanpa stop? tinggal tulang je awak tu..

Body kita macam termostat. Allah dah cipta bagus dan bijak badan kita ni… Bila berat turun mendadak, body akan kata stop! Anda akan menyebabkan fungsi dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Body akan kata ” mari saya sesuaikan dulu berat badan sekarang dan perubahan badan sekarang dengan sistem badan skrg. Tapi bagi saya masa untuk sesuaikan diri. Saya masih terkejut.”

Jadi, bagi masa sekejap badan. Teruskan aktiviti sihat seperti pemakanan sihat dan aktiviti aktif.

Masa plateau boleh dipendekkan kalau anda bantu badan dengan menaikkan muscle mass dan makan dengan lebih berhati2.

Sekian celoteh pendek untuk mereka yang terlalu kecewa dengan plateau.

Masalah banyak yang jadi bila kita tak bagi masa untuk badan sesuaikan sistem baru. Then kecewa, putus asa, kembali ke jalan hitam..

Nak belajar lagi cara break plateau, boleh join DietFit Xtreme di Petaling Jaya. Apa yang extreme sangat? Extremely healthy jer

Haaa.. kalau nak join DietFit tu boleh hubungi Facebook beliau yaa.

Sekarang kita dah faham dah kenapa berat dok statik je kat angka yang sama kan? Jadi banyakkan bersabar dan belajar cara untuk mengatasinya. Nak kena naikkan muscle mass dan makan dengan lebih berhati-hati seperti kata sifu MKA. πŸ™‚

Nanti kita sambung pula macam mana nak naikkan muscle mass dan makan dengan lebih baik tu ya.

Jangan sedih-sedih okkayyy…

Ganbatte!!!

Love,

AkakSelim

019-722 8520

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...