Teknik Urus Masa Untuk Ibu Bekerja Dari Rumah

Eh, awak bekerja dari rumah sure banyak masa kan?

Eh, mesti sempat baring-baring tengok TV kan?

Jadi WAHM ni mesti banyak masa kan???

Pernah dengar orang berkata-kata sedemikian? Kalau akak selim yang kena, telan sajalah.

Kalau anda belum cuba, jangan hanya berkata-kata. Cubalah dulu barang seminggu dua. Dan anda akan tahulah bagaimana BANYAKnya MASA seorang isteri-ibu yang bekerja dari rumah.

teknik urus masa bagi ibu bekerja dari rumah

Setiap orang ada masa yang sama je kan? 24 jam.

Jadi, memang kena pandai urus masa supaya 24 jam yang kita ada tu tidak habis begitu sahaja.

Untuk ibu yang bekerja dari rumah atau WAHM, memang kena pandai betul uruskan masa. Sebab kalau tiada ilmu urus masa dengan baik,

Tiba-tiba

Eh! dah petang
Eh! dah malam!!

Haaa.. macam tulah jadinya. Kelam kabut dibuatnya!!

Akak selim kongsikan apa yang telah akak selim praktikkan sepanjang 2 tahun menjadi WAHM ni. Pengalaman yang masih muda, moga bermanfaat untuk semua.

teknik urus masa bagi ibu bekerja dari rumah

1. Buat jadual.

Terutamanya ibu-ibu macam akak selim ni. Jadi mak supir, jadi chef, jadi bibik, jadi tukang sapu dan pelbagai tugasan lagi kan.

2. Ikut jadual, patuh pada jadual.

Mesti patuh pada jadual yang telah kita sediakan. WAJIB!

3. Adjust jadual jika tak bersesuaian.

Jangan HAPUSKAN jadual pulak kalau rasa susah nak follow tu. Adjust sana-sini untuk

4. Follow semula jadual baru tu.

Jangan buat je jadual, tapi langsung tak ikut pulak. Memang semua ke laut jadinya.

Akak selim biasa buat jadual untuk hari anak-anak2 sekolah. Untuk hari cuti, lebih longgar sikit jadual akak selim. Sebab kena ikut big bos punya masa jugak kan.

Tapi lepas anak-anak tidur, memang bermulalah rutin untuk perancangan bisnes yang lebih serius, macam sharing untuk anak2 #gengfreedom ke, perancangan bisnes sendiri ke, atau belajar teknik2 baru dari internet dan dari mentor2 shaklee akak selim.

Untuk mereka yang bekerja pula, susun masa dengan betul untuk waktu rehat di pejabat.
Masa akak selim bekerja dulu, waktu rehat tulah akak selim ambil peluang reply msg customer, bungkus parcel kalau tak sempat bungkus dari rumah dan macam-macam lagilah boleh buat.
Yang penting.

Rancang masa anda. InshaAllah boleh je bisnes sepenuh masa di rumah mahu pun part time sahaja.

Inginkan pendapatan sampingan atau pendapatan utama bagi surirumah? Jom sertai kami Geng Freedom. Whatsapp ke 019-722 8520

Kita mula bisnes di penghujung 2016, 2017 kita akan nampak perkembangannya nanti . InshaAllah.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Tips Bisnes Online Dari Rumah Tanpa Mengabaikan Anak-Anak

2 Januari 2017 tahun depan, genaplah saya menjalankan bisnes Shaklee secara online dari rumah sepenuh masa. Alhamdulillah. Rezeki yang Allah berikan ini sangat saya hargai. Alhamdulillah.

bisnes-online-dari-rumah-580x434

Biarpun hanya hampir 2 tahun, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk bisnes secara onlien dari rumah tanpa mengabaikan keperluan anak-anak. Dan semestinya KPI bisnes kita tercapai.

Tips Bisnes Online Dari Rumah Sambil Jaga Anak-anak Dengan Penuh Kasih Sayang

1. Buat Jadual

Tips bisnes online dari rumah

Ini sangat penting!! Hatta waktu untuk mandi, untuk solat, untuk mengaji Al-Quran, untuk membaca buku pun perlu diperincikan dalam jadual. Kalau tak, memang merasalah mandi tengah hari atau mandi petang sebelum suami pulang ke rumah. 😛

Jadinya WAJIB buat jadual dan patuhi jadual tersebut. Awal-awal tu memang ada juga yang perlu di’adjust’ sana sini. Dan bergantung kepada mood anak kecil juga jika ada anak dalam usia 1-3 tahun. Mungkin juga sukar untuk berada di hadapan laptop jika baby meragam kan, jadi gunakan segala kemudahan yang ada untuk terus melayan customer dan anak-anak bisnes.

2. Buat To Do List

Tips kerja dari rumah

 

To Do List ni kategori WAJIB ada juga ni. Biasanya saya akan senaraikan malam sebelumnya. Atau pagi-pagi Subuh supaya kita tahu perkara apa yang perlu kita lakukan pada hari tersebut.

Kriteria perkara di dalam To Do List  ni adalah perkara yang lebih detail berbanding dari rutin yang sudah ada dalam jadual (rujuk no 1). Contohnya senaraikan semua order customer, barang2 sekolah yang anak2 perlukan, jadual untuk update FB atau blog dan sebagainya.

3. Jangan Cerewet

Tips kerja dari rumah

Jika diikutkan hati, saya ingin pastikan rumah sentiasa berkilat dan sentiasa kemas. Tapi kalau fokus kepada kerja2 rumah semata-mata, memang terkuburlah segala jadual bisnes saya. Jadinya, jangan terlalu cerewet dengan keadaan rumah. Kadang-kadang pinggan penuh sinki, kadang-kadang lantai penuh biskut. Memang mata rasa ‘sakit’ apabila tengok semua ni tapi untuk jadi usahawan yang berjaya, anda kena lalui dengan penuh rela. 🙂 Letakkan ‘priority’ dalam setiap kerja rumah/kerja2 bisnes.

4. Gunakan Masa Emas Semasa Anak Kecil Tidur

Kalau anak-anak yang dah besar dan sudah bersekolah, memang tak jadi masalah sebab anak-anak biasanya ada aktiviti sendiri. Saya mempunyai anak kecil yang berusia setahun lebih, jadinya MASA agak kritikal terutamanya waktu menyusu dan waktu tidur. kadang-kadang, waktu kita di depan laptop itulah dia merengek, masa kita tengah basuh pinggan tu lah dia nak dukung. Kan? Laluinya dengan hati yang penuh rela dan ikhlas. Layani anak-anak sebaik mungkin.

Jika anak tidur, gunakan masa emas semasa baby tidur tu untuk buat perkara yang paling kritikal dan memerlukan fokus yang tinggi. Contohnya menulis blog dan membaca buku-buku ilmiah. Jika mahu baca majalah atau bahan bacaan ringan, boleh juga ajak anak-anak sama-sama membaca.

5. Ajak Anak2 Sama-sama Terlibat Dalam Bisnes

images-1

Biasanya anak-anak saya adalah peneman setia untuk menghantar barang Shaklee atau mengepos barang di pejabat pos.
Kita juga boleh libatkan mereka semasa dalam proses menghantar barang kepada pelanggan. Sebagai contoh, kita boleh libatkan mereka semasa packing barang pelanggan. Saya ada 2 orang anak dara yang berusia 8 dan 6 tahun. Biasanya sorang tukang bungkus dengan bubble wrap, sorang lagi tukang masukkan dalam plastik Poslaju.
Itu kalau yang perlu dipos dengan poslajulah.

Kebanyakan masa saya akan gunakan perkhidmatan Shaklee je. Order secara online melalui Shaklee dan Shaklee yang akan poskan kepada customer. Jadi, tiada masalah langsung jika saya berada di mana-mana pun untuk hantar barang pelanggan yang telah dipesan. Jika tiada kenderaan untuk keluar pun, memang tiada masalah untuk bisnes Shaklee ni.

6. Enjoy Kehidupan

Awal-awal tahun 2015, semasa memulakan bisnes online sepenuh masa, memang agak stress dan mencabar!!! Saya pasti ramai yang melaluinya. Maklumlah, awal-awal tu  memang belum pandai menguruskan masa dengan baik. 🙁

Tiba-tiba je dah petang.
Tiba-tiba je dah petang…. memang rasa tak sempat nak buat apa-apa dah.


Bila dah lama sikit, makin pandailah kita uruskan masa dan adjust sana sini. Paling penting, dahulukan Allah dalam setiap perkara. InshaAllah segalanya akan jadi smooth.. 🙂

Nak masa yang berkat? Mengaji di awal pagi. 🙂


Itulah serba sedikit tips bisnes secara online bersama Shaklee. Segala-galanya boleh dilakukan di hujung jari dan amalkan hidup berjadual. InshaAllah hidup kita lebih teratur, anak-anak gembira dan ceria, suami pun bahagia. 🙂

Untuk jadi WAHM (Work At Home Mom), perlu sesuaikan dengan keadaan diri sendiri dan keluarga. Paling penting ialah SUAMI RESTU dan ada keinginan yang tinggi untuk berjaya dan menggapai impian. Itu yang UTAMA.

Jika anda juga mahu bersama-sama saya membina rangkaian perniagaan Shaklee, InshaAllah saya akan berikan tunjuk ajar sehingga berjaya memperoleh pendapatan sendiri yang diidamkan.

Hubungi saya untuk sama-sama berbisnes dalam kumpulan. Anda boleh tentukan pendapatan anda sendiri. Sila SMS/whatsapp ke 019-722 8520 ya.

Mentor Bisnes Shaklee Anda

Laila @ AkakSelim

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Kekalkan Berat Badan Atau Kurangkan Berat Badan, Yang Mana Lebih Mencabar?

Ini adalah perkongsian dari Dietitian Mohd Khairul Azuan yang saya petik dari FB beliau. Sejak saya mulakan Eat Clean, saya memang follow update dari beliau kerana dengan kepakaran beliau sebagai Dietitian, pasti beliau arif tentang pemakanan yang perlu diambil dan ditinggalkan sepanjang menurunkan berat badan.

Beliau adalah Dietitian dan terlibat dalam JomKurus1Malaysia bersama Kevin Zahri.
Weightloss Coach & Fitness.

Ini adalah pesanan beliau untuk pastikan yang berat badan yang dah turun tu terus kekal TURUN, bukannya naik lagi teruk dari sebelumnya.

Selamat menelaah. 🙂

Weight maintance lagi mencabar dari weight loss

Turun berat dengan cepat
Weight anda boleh dikatakan maintain jika anda dapat kekalkan penurunan tersebut selama 12 bulan !!

Bila kita turun berat, secaral umumnya metabolisme kita pun akan turut turun. Bila dah banyak berat yang turun, lagi banyak metabolism kita turun. Sampai satu tahap penurunan semakin perlahan dan metabolism dah sampai ke paras minimum.

Apa yang boleh saya buat selain berdoa dan bertawakal ?

1. Mula check balik kalori intake dan makronutrient pemakanan kita. Adakah complete atau main suka suki diet sahaja.

2. Belajar berkenaan pemakanan secara lebih advance seperti pre workout meal, post workout meal, penggunaan supplement seperti whey sebagai snek (bukan fatburner atau pil kurus ye) dan meal timing dengan lebih detail.

3. Ubah cara anda makan dan makanan yg anda makan. Elakkan makan benda sama setiap hari pada setiap meal. Bukan apa.. badan kita ni bijak dan cepat bosan. Pelbagaikan.

4. Mulakan weight training untuk naikkan muscle mass. Muscle meningkatkan metabolisma badan. Bayar sikit msuk gym main besi.

5. Selang selikan cardio biasa dengan HIIT atau circuit training berintensiti lebih tinggi. Kalau dah biasa dengan bodyweight, boleh tambah dumbell dalam senaman anda.

6. TIDUR mesti CUKUP !! 6-8 jam mesti ada. Tidur tutup lampu. Kalau takut gelap minta kucing teman.

7. Kurangkan stress dengan banyak mendekatkan diri pada Allah, pergi karaoke atau bersosial bersama kawan2 yg lebih obese dari anda.

8. Sentiasa aktif join running event atau apa2 event yg melibatkan ramai orang. Nanti u pun akan semangat untuk aktif dan persiapkan diri untuk event tu.

9. Kalau lost focus, cepat2 cari jalan kembali. Jangan sampai dah naik kembali semua berat yang hilang tu baru nk insaf meratapi baju yang dah ketat.

Lastly no 10. Join DietFit Xtreme. Kehkehkeh

Ingat, weightloss journey adalah MARATON.. Bukan SPRINT.

Biar slow tapi jangan kembali.

**Kredit : Mohd Khairul Azuan-Dietitian**

Share Button

7 Cara Mudah Hilangkan Stres Supaya Umur Lebih Panjang

Hidup ini memang memberi tekanan, stres!

Tetapi tidak semua stres itu adalah memberi kesan negatif. Ada stres yang memberikan kesan positif kepada kita seperti menyiapkan kerja yang sudah hampir ‘deadlines’, mendidik anak dengan baik dan sebagainya. Dengan stres ini, kita akan berusaha dengan lebih gigih untuk menyiapkan kerja dan lakukan yang terbaik.

Berlainan pula dengan kesan negatif dari stres. Ia boleh membawa MAUT! Kerana berpunca dari stres, pelbagai masalah akan timbul dan pelbagai penyakit akan hinggap seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta penyakit-penyakit kronik lain yang boleh mengancam nyawa.

Jangan pandang enteng dengan STRES ya!

Pernah dengar ada tiba-tiba meninggal dalam kereta? Tiada penyakit tiada simptom apa-apa tetapi tiba-tiba terkena strok, darah tinggi dan terus meninggal ‘on the spot’!!

Nauzubillahiminzalik.

7 Cara Mudah dan Terbaik Untuk Mengatasi Stres

1. Lakukan Aktiviti Kegemaran

Cara terbaik hilangkan stres

Cuba luangkan masa seminggu sekali untuk melakukan aktiviti kegemaran anda seperti bersukan, mendaki bukit, membeli belah, menonton wayang bersama keluarga atau apa sahaja yang anda suka.

Biasanya saya akan membawa anak-anak ke taman atau ke tempat membeli belah hanya untuk mereka berlari-lari. :). Shopping mall kan lebih selamat. 🙂

Cara terbaik hilangkan stres

2. Belajar Untuk Berehat

Luangkan masa untuk berehat sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Mungkin kita rasa rugi masa jika kita seorang yang sibuk, tetapi hakikatnya kesan daripada rehat 30 minit sehari ini akan mendatangkan kesan yang sangat positif dalam diri kita.

Sebagai seorang yang bekerja dari rumah, saya memang terlalu sibuk dalam menguruskan rumah tangga dan bisnes. Tetapi saya akan pastikan untuk berehat semasa anak tidur atau selepas anak tidur di waktu malam. Berehat bagi saya adalah ruang untuk saya berfikir dengan lebih tenang. 🙂

3. Ambil Cuti/Pergi Bercuti

Cara terbaik hilangkan stres

Tinggalkan sementara kerja-kerja yang bertimbun di pejabat. Ambil cuti untuk berehat atau pergi bercuti untuk menenangkan fikiran. Lebih baik jika anda mematikan telefon bimbit anda dan hanya membukanya ketika perlu sahaja.

4. Membaca Al-Quran

teknik kurangkan stres dan tekanan10

Sebaik-baiknya bacalah Al-Quran di permulaan hari iaitu sebelum waktu Subuh atau selepas solat Subuh. InshaAllah kita lebih tenang dan teratur sepanjang hari tersebut.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.

(Surah al-A’raaf, ayat 204)

Renung dan fahamkan ayat-ayat Al-Quran juga boleh menenangkan jiwa serta memberikan kesan-kesan positif dalam diri kita.

Saya mendapat 1 tips dari seorang ustazah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa. Beliau memberitahu, jika kita sedang bersedih atau stres, cuba buka AL-Quran dengan niat.

Ya Allah, tunjukkanlah aku jawapan dan penyelesaian terhadap masalah yang aku hadapi ini.

Buat dengan penuh keyakinan dan apabila kita membuka Al-Quran pada mana-mana mukasurat, psti tertulis jawapannya di situ.

InshaAllah. Yakin Allah sentiasa membantu kita .

5. Membaca Buku

Cara terbaik hilangkan stres

Membaca buku boleh menenangkan fikiran. Pilih buku-buku yang menepati dengan citarasa kita.

Pada tahun ini saya berazam untuk menghabiskan 1 buku untuk setiap 1 bulan. #1buku1bulan. 🙂

Alhamdulillah, untuk 3 bulan pertama ni memang berjaya menghabiskan 1 buku untuk 1 bulan. Malah sudah 4 buah buku saya baca untk 3 bulan. 🙂

6. Tidur Sebentar

Kurangkan stres dengan tidur sebentar di siang hari. Di dalam Islam, tidur sebentar di siang hari sebelum masuk waktu Zuhur dipanggil ‘Qailullah’.

Boleh klik link ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Qailullah : Apa itu Qailullah

Tubuh kita akan dapat berehat dan lebih segar setelah bangun dari tidur yang sekejap di waktu tengah hari. Tidur ini juga dapat mengelakkan stres dan memberikan kesan yang lebih produktif sepanjang hari.

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Menurut kajian dari Universiti Harvad, tidur sebentar di siang hari adalah sangat bagus untuk kesihatan jantung.

7. Luangkan Masa Bersama Keluarga

Cara terbaik hilangkan stres

Ambil masa untk berinteraksi dengan keluarga. Lupakan sebentar segala gajet yang ada. Berbual-bual dengan ahli keluarga dapat mengurangkan tahap tekanan dan memberikan ketenangan kepada kita.

Sentiasa lawati ibu bapa jika mereka masih ada. Jika ada kekangan, selalulah menelefon mereka untuk bertanyakan khabar. Dengan cara ini, boleh memberikan ketenangan dalam diri kita. Percayalah!!!

Kredit : AkuIslam

Share Button

9 Panduan Mudah Untuk Cegah Strok Haba

Sekarang cuaca kat Malaysia memang sangat panas sehingga boleh menyebabkan strok haba. Ramai juga yang meninggal kerana strok haba ni. Terutamanya mereka yang bekerja di luar di bawah panas matahari. Terkini seorang ayah yang maish muda 29 tahun, meninggal kerana strok haba. Tak dapat bayangkan mereka yang warga emas dan masih bekerja di bawah mentari terik. Semoga mereka semua dilindungi.

Untuk elak strok haba, ada beberapa tips mudah yang saya nak kongsikan. Moga menjadi panduan terbaik buat semua.

9 Panduan Mudah Untuk Elak Strok Haba

1. Banyak Minum Air Masak/Air Putih

minum air untuk elak kulit kering dan kusam

Tidak perlu tunggu sehingga dahaga baru minum air. Sentiasa pastikan minum air sehingga 2-3 liter sehari.

2. Minum Air Isotonik Tanpa Karbonat

Jika terasa tubuh dehidrasi, minum air isotonik tanpa karbonat kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang akibat berpeluh.

3. Kurangkan Aktiviti Luar

Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar rumah.

4. Gunakan Kipas Atau Pendingin Hawa

Sentiasa gunakan kipas atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan.

5. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Pakai pakaian yang berwarna terang, ringan dan longgar untuk mengelakkan badan terlalu panas dan tidak menyerap haba panas. Lebih elok jika memakai pakaian daripada kain kapas supaya peluh boleh menyerap dengan mudah.

6. Pakai Topi Atau Gunakan Payung

Pakai topi atau gunakan payung untuk melindungi diri dari pancaran haba terus ke badan.

7. Pakai Losyen

Untuk melembabkan kulit. Pilih losyen dari bahan semulajadi yang bebas dari bahan kimia berbahaya kepada kulit untuk jangka masa panjang.

8. Tidak Duduk Di Dalam Kenderaan

Tidak duduk di dalam kenderaan yang tertutup tanpa pendingin hawa. Jangan tinggalkan anak-anak anda di dalam kereta yang tertutup dan tiada pendingin hawa. Adalah tidak selamat untuk meninggalkan mereka tanpa pengawasan orang dewasa.

9. Kurangkan Minum Minuman Berkafein Atau Beralkohol Atau Bergula

Kurangkan minuman-minuman ini untuk mengelakkan badan mudah kehilangan air dan dehidrasi.

Secara ringkasnya, boleh lihat gambar ini ya. Simpan di dalam telefon masing-masing dan kongsikan kepada mereka yang tersayang.

Panduan elak strok haba

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari terkena strok haba yang sangat berbahaya ini.

Jaga diri dan keluarga yaa. Dapatkan First Aid Kit untuk melawan strok haba hari ini.

 

Share Button

Cara-cara Melakukan Senaman Otot Pelvik (Kegel Exercise) Untuk Elak Rahim Jatuh

Senaman otot pelvik atau dikenali juga dengan senaman Kegel ni sangat penting bagi kaum ibu terutamanya ibu yang hamil dan ibu yang sedang berpantang. Sebab apa? Untuk mengelakkan rahim daripada jatuh dan untuk memudahkan proses kelahiran bagi ibu hamil.

Bukan itu saja, ianya juga bagus untuk perhubungan suami isteri tau!

Elak rahim jatuh
Senaman Kegel boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

Bagaimana Nak Buat Senaman ni?

1. Lakukan kemutan pada otot pelvik iaitu dengan mengemutkan otot yang anda gunakan untuk memberhentikan air kencing. Dengan kata lain, kemut seperti kita ingin menahan daripada terkencing. 😀

2. Kemut selama 5 saat dan rehat 5 saat.

3. Tambahkan kemutan selama 10 saat sekiranya boleh. Makin lama anda dapat tahan, makin bagus. 🙂

4. Lakukan sebanyak 3x sehari dan setiap kali sebanya 10 kemutan.

5. Anda boleh lakukan senaman ini di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, sama ada sambil memandu, menonton TV atau sambil berehat.

Apa Lagi Faedah Senaman Kegel Ni?

Senaman otot pelvik elak rahim jatuh
Senaman Kegel yang memberikan pelbagai faedah untuk wanita, senang pulak tu kan..

Haaa… banyak kan faedahnya. Rajin-rajinkanlah buat yaa… Senang je pun kan. 🙂

 

Share Button

5 Tips Mendidik Anak Cara Ustaz Don Daniyal

Ustaz Doniyal bin Don Biyajid, seorang ustaz kacak yang terkenal di negara kita. Dengan tutur bicaranya yang sangat lembut dan sedap didengar, beliau berjaya menarik perhatian kita untuk mendengar tazkirah dan nasihatnya. Alhamdulillah.

Gambar Don Mustofa, anak Ustaz Don di UK7

Saya nak share sedikit tips daripada beliau dalam mendapatkan anak yang soleh dan solehah serta tips mendidik anak di zaman serba mencabar ini. Apa kata beliau?

1. Doa Harian

Doa harian yang beliau jadikan amalan ialah Doa Nabi Ibrahim AS.

Ya Tuhan kami,
berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa

2. Doa Harian Selepas Solat

Toha-1-5

Membaca Surah Toha ayat 1-5 setiap hari selepas solat kerana ia sangat bagus dalam membina keluarga.

3. Ajar Anak Untuk Menyayangi

Ajar anak menyayangi Nabi, ahli keluarga Nabi dan membaca Al-Quran. Nabi SAW bersabda, “Siapa yang tidak menyayangi, dia juga tidak akan disayangi”.

Gambar Don Mustofa, anak Ustaz Don di UK2

Continue reading 5 Tips Mendidik Anak Cara Ustaz Don Daniyal

Share Button

8 Cara Merawat Bengkak Susu Semasa Berpantang

masalah bengkak susu

Ramai ibu yang mengalami masalah bengkak susu lepas bersalin, tambah-tambah lagi kalau lambat berurut. Kalau dah mula berurut tu agak lega sikitlah. Itu pun kalau tukang urut tu ada skill urut payudara yang bengkak. 🙂

Atasi masalah bengkak susu semasa berpantang
Masalah bengkak susu memang menyakitkan… 🙁

Begitu juga dengan saya, 2 kali bersalin 2 kali saya hadapi masalah ni. Bengkak susu yang tak mampu saya selesaikan sendiri kecuali dengan berurut dengan tukang urut. Huhuhu… Alhamdulillah bersalin yang ke 3 ni saya berjaya menyelesaikannya sendiri. 🙂 Nanti saya share apa yang telah saya lakukan yaaa…

Cara Merawat Bengkak Susu

1. Menyusu Bayi Dengan Lebih Kerap

cara atasi payudara bengkak
Kerapkan penyusuan untuk atasi masalah bengkak susu

Berikan bayi anda menyusu dengan lebih kerap. Biarkan bayi mengosongkan payudara anda. Tetapi..
Jika alami masalah untuk menyusu sebab payudara terlalu bengkak, boleh perah dengan menggunakan pam atau dengan tangan.

2. Perah Susu Dengan Menggunakan Pam atau Tangan

Perah susu dengan menggunakan pam atau tangan. Dengan cara ini, susu dapat dikeluarkan dan dapat mengurangkan bengkak susu tersebut. Cuma kadang-kadang, bila terlalu bengkak, nak pam pun sakit…. !!

Tak tahu nak perah susu dengan tangan? Boleh klik link di bawah ni ya.

Memerah susu dengan tangan

3. Tekap Payudara Dengan Menggunakan Kobis

Tekap dengan kobis untuk kurangkan bengkak susu.
Tekap dengan kobis untuk kurangkan bengkak susu.

Walaupun tiada kajian saintifik yang mengatakan kobis boleh mengatasi masalah payudara bengkak, ramai ibu yang telah mempraktikkannya mengatakan ianya berkesan. Tapi saya tidak pernah pula mencuba cara ni.. 🙂

4. Tuam Dengan Tuala Panas

Tuam menggunakan tuala panas ni adalah salah satu cara paling berkesan untuk saya sendiri. Pastikan tuala yang dicelup dengan air panas, bukan air suam yaa… Kerana selepas dicelup dengan air suam, haba panas akan makin menyejuk semasa kita menuam payudara dan membuatkan bengkak tidak surut. Sebaliknya celup hujung tuala dengan air panas, perah (balut bahagian yang dicelup dengan air panas tu dengan hujung tuala yang kering supaya tangan tak sakit terkena air panas) dan cepat2 tuam payudara yang bengkak. Ulang beberapa kali dan bengkak akan berkurang sedikit demi sedikit.

5. Berurut

berurut untuk atasi payudara bengkak

Ada tukang urut yang memang pandai urut untuk mengurangkan

Continue reading 8 Cara Merawat Bengkak Susu Semasa Berpantang

Share Button

4 Rahsia Turun 20 kg Dan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin

Kurus 20 kg lepas bersalin
Sure ramai nak kurus lepas bersalin macam Fasha Sandha ni kan?!! Hehehe

Masalah berat badan dan kulit kusam selepas bersalin adalah normal di kalangan ibu yang baru lepas bersalin walaupun ada juga ibu-ibu yang cun melecun, ramping macam kerengga lepas bersalin. 😀

Teknik kurus cepat lepas bersalin
Sedih kan kalau jadi macam ni lepas bersalin.. 🙁

Saya memang sangat jeles kalau orang yang tak perlu bersusah payah lepas bersalin ni. Macam saya, 4 kali mengandung, 4 kali jugalah saya menghadapi masalah berat badan ni. 🙁
Kulit tu Alhamdulillah, tiada masalah sangat.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…………..

Berat badan memang sentiasa menjadi masalah saya dan mungkin anda juga?? Jom kita sama2 tengok 4 teknik kurus dan cantik lepas bersalin ni. 🙂

Beliau berjaya KURUS LEPAS BERSALIN SAMPAI TURUN 20 KG TAU!!!

Bagaimana Nak Cepat Kurus dan Dapatkan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin?

1. Menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.

Kuruskan badan dengan menyusukan anak sepenuhnya
Menyusu terbukti boleh menurunkan berat badan.

2. Minum air yang banyak setiap hari. Air masak yaaa, bukan air teh, kopi atau air oren.. 😛

Continue reading 4 Rahsia Turun 20 kg Dan Kulit Cun Melecun Selepas Bersalin

Share Button

Nama-nama Kaunselor Penyusuan dan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di Johor

Ini adalah khas untuk mereka yang berada di Johor atau luar Johor jika inginkan nasihat melalui telefon atau ‘message’. Jika ada ada sebarang kemusykilan tentang susu ibu, bolehlah hubungi mereka dan buat temujanji. InshaAllah, mereka boleh membantu anda.

Bila teringat 6 tahun yang lepas, di mana saya memang menghadapi masalah penyusuan, terasa sangat2 memerlukan seseorang yang menyokong penyusuan susu ibu ini. Memang kita boleh dapatkan ilmu dari pembacaan. Tapi bila kita gagal setelah kita praktikkan, kita memang perlukan mereka yang lebih arif.

kaunselor laktasi di Johor
Dapatkan pertolongan secepat mungkin sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan

Moga perkongsian ini membantu. InshaAllah.

Senarai Nama Kaunselor Penyusuan di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

1. Puan Norhayati A. Rahman : 010-828 6552

2. Puan Aminah Ahmad Unni : 012-757 7565

3. Puan Faridah Ahmad Dawek : 013-725 9792

4. Puan Masura Ahmad : 012-759 8552

5. Cik Zahida Yahya : 013-397 1429

6. Puan Chan Siew Fong : 013-777 4551

 

kaunselor laktasi di Johor
Dapatkan nasihat daripada orang yang lebih pakar atau lebih berpengalaman dalam penyusuan sekiranya anda menghadapi masalah penyusuan.

Senarai Nama Ibu Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

1. Puan Alya Abd Rahman, Pontian : 013-727 5236

Continue reading Nama-nama Kaunselor Penyusuan dan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu di Johor

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...