Pentingnya Merancang Masa Depan Untuk Elak Hidup Terpinggir

Sedih sungguh apabila membaca berita sebegini. Hasil bancian 2009, 100 000 warga emas terbiar dan dipinggirkan atas pelbagai sebab. Takut pula menghadapi hari tua.

Apa yang perlu kita buat dari sekarang untuk pastikan hidup kita tidak terbiar dan dipinggirkan di masa akan datang?

Anak?
Sudah tentu kita nak anak-anak kita jaga kita elok-elok macam kita jaga diorang masa kecil kan? Namun, kita tak mampu nak kontrol semua tu. Jadi, buatlah persediaan yang kita sendiri boleh kontrol dan boleh kita lakukan dari sekarang,

Tuntut ilmu sebanyak mungkin. Sentiasa dahagakan ilmu sama ada dengan membaca atau pergi ke kelas-kelas ilmu. Ini akan menjadikan minda kita lebih aktif dan positif dalam membuat keputusan dan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Menyimpan wang secara konsisten untuk masa depan. Kita mungkin rasa nak bermanja dengan anak-anak. Mahu kan anak-anak tanggung kita. Namun, ekonomi yang makin meruncing sekarang ni mungkin akan lebih membebankan anak-anak kita di masa depan. Jadi, usahakanlah dari sekarang untuk menyimpan.

Jika pendapatan terlalu mendukacitakan untuk menyimpan, cuba mulakan bisnes yang tidak membebankan dan tidak memerlukan modal besar. Dapat menyimpan rm50-rm100 pun dah cukup tau. Jom kita kira.

RM100 sebulan.
Setahun RM1200

Andaikan umur kalian baru 30 sekarang. Pencen mungkin umur 55 kan.
Kalau tak sentuh duit rm100 sebulan tu selama 15 tahun, dah dapat RM18 000. Itu kalau kita simpan dalam tabung buluh kat rumah. Simpanlah kat tempat yang boleh beranak cara halal macam Tabung Haji ke kan. Haaa… ada lah juga duit kita lepas pencen nanti. InshaAllah.

Pengiraan dan jumlah tu contoh sahaja. Memang kita perlukan duit yang lebih banyak untuk kesihatan dan kehidupan di masa akan datang. Maksud saya, bersedialah untuk masa depan kita.

Pokok pangkalnya, kita mesti rancang kehidupan kita di masa akan datang. Bukan sekadar hidup tanpa apa-apa tujuan.

Tak pernah ada waktu terlambat kecuali umur dah 70 tahun. Dah jadi warga emas dah pun. Sekarang masih sempat untuk lakukan macam-macam perkara sementara kudrat masih ada, badan masih sihat. InshaAllah.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...