Set Bersalin Terbaik dan Terlaris Di Pasaran 2018

Di zaman serba canggih, info di hujung jari ni, buntu juga nak cari Set Bersalin yang terbaik dan serasi dengan diri sendiri kan?

Set bersalin banyakkan susu

Bagi saya, Set Bersalin yang saya suka dan saya pilih ialah set berpantang yang terus boleh diambil sejurus selepas bersalin, tidak memudaratkan bayi yang masih kecil dan boleh beri tenaga untuk saya menyusukan bayi dengan lancar.

Masa anak pertama dan kedua dulu, saya ambil yang jenis herba dan anak pula kena jaundis. Memang lepas 14 hari baru ambil set berpantang tu. Dah laa masa anak kedua tu anak terpaksa masuk wad sebab jaundis. Makin bertambah renyahlah kehidupan seorang ibu berpantang kan?

Lepas bersalin anak kedua baru kenal Shaklee. Sempat ambil Set Menyusu je. Dan dari situlah mula jatuh cinta dengan produk Shaklee dan terus mengambilnya sehingga sekarang.

Sedar tak sedar dah hampir 7 tahun dah dengan Shaklee ni. Dan untuk berpantang kali ni, saya tetap memilih Set Bersalin Shaklee kerana ia memenuhi kriteria Set Berpantang yang saya cari.

Set Bersalin Terbaik Di Pasaran 2018

Saya terangkan kebaikan setiap satu suplemen yang terdapat di dalam Set Bersalin ni ya.

1. Vitalea

-Mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral yang merupakan pelengkap nutrisi untuk ibu berpantang.
-Membantu dalam pembentukan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses bersalin.
-Membekalkan tenaga dan meningkatkan stamina untuk ibu berpantang.
-Menampung lopong-lopong nutrisi yang diperlukan ibu sepanjang tempoh berpantang dan menyusukan.

2. B Complex

-Dikenali sebagai anti-stres, membantu mengelakkan ibu dari tertekan dan meroyan sekaligus dapat menghasilkan susu yang banyak kerana mood terkawal.
-Meningkatkan metabolisme ibu dan membantu ibu cepat kurus kembali.
-Memberikan tenaga yang berpanjangan untuk ibu yang sering berjaga dan bangun malam untuk menyusukan bayi.

3. Vitamin C

-Membantu pemulihan luka bersalin dengan cepat dan meningkatkan kesihatan keseluruhan.
-Meningkatkan sistem imun dan antibodi ibu berpantang dan bayi melalui penyusuan.
-Meningkatkan penyerapan zat besi dengan baik sekaligus mengekalkan bacaan Hb yang baik selepas bersalin.
-Meransang penghasilan kolagen yang membantu memulihkan luka dengan cepat dan menghasilkan kulit yang cantik.

4. Alfalfa

Continue reading Set Bersalin Terbaik dan Terlaris Di Pasaran 2018

Share Button

Set Bersalin Terbaik Untuk Banyakkan Susu Semasa Berpantang

Semasa kehamilan anak pertama dulu, memang pening juga nak cari set bersalin yang mana terbaik. Dari awal mengandung pun dah cari dah. Hehe. Sekarang ni nak masuk trimester ke-3 baru cari.

Set berslain banyakkan susu

Sudah pasti kita inginkan set bersalin yang terbaik untuk pulihkan luka dan kembalikan tenaga dengan lebih cepat. Tambah lagi jika perlu cepat sihat sebab berpantang sendiri dan perlu menjaga anak-anak yang lain juga.

Kita pun tak nak jadi macam ‘zombie’ kan? Mood pun perlu dijaga lepas bersalin ni, kalau tak jaga boleh jadi meroyan. Nauzubillah.

Kriteria Set Bersalin Terbaik

Shaklee menyediakan Set Bersalin Yang Terbaik untuk ibu berpantang lebih sihat, tidak meroyan, penyusuan susu ibu yang lancar dan luka jahitan cepat pulih.

Set pantang ibu bersalin

Beli set bersalin untuk cepat bertenaga

Hubungi saya di 019-722 8520 untuk pertanyaan dan konsultasi selepas pembelian.

Atau klik sahaja gambar di bawah untuk whatsapp direct.

Set bersalin banyakkan susu dan pulihkan luka

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button

Sembuhkan Luka Bersalin Dalam Masa 3 Hari

Apabila teringatkan luka selepas bersalin, memang rasa ngeri dan nyeri sangat. Saya sendiri 3 kali bersalin, 3 kali juga kena jahit. Memang untung sangat kalau ibu bersalin tak kena jahit langsung tu kan. Lepas bersalin pun dah boleh duduk bersila dah. Jeles tengok.

Ikut pengalaman sendiri, memang teruk. Duduk dengan berhati-hati pun sangat sakit. Apatah lagi nak duduk bersila kan. Memang tak mungkinlah. Masa anak pertama dulu belum kenal Shaklee, memang bertahan jelah sakitnya hinggalah sembuh sendiri.

Kini dah ada Shaklee. Bestlah ibu-ibu sekarang. Luka cepat baik.

Ini pengalaman Puan Ainul Fadzilah. Luka akibat jahitan selepas bersalin menyebabkan beliau sukar untuk duduk. Menangis setiap kali nak duduk sebab sakit sangat!

Alhamdulillah. Beliau konsisten ambil Vivix setiap hari.

Luka bersalin sembuh dalam masa 3 hari

Hari ke 3 tu dah boleh duduk macam biasa dah. Berkat amalkan Vivix, luka jahitan pun tak terasa sakit dah.

Alhamdulillah. Lebih mudah nak uruskan baby menyusu dan menjaga diri dalam pantang bila luka dah sembuh. Ibu pun tak stress kan.

Anda sedang menanti masa untuk melahirkan anak? Jangan lupa masukkan Vivix dalam senarai Set Bersalin kalian ya.

Vivix ni dah jadi item wajib untuk ibu lepas bersalin dah.

Boleh dapatkan Vivix dengan harga RM475 termasuk keahlian Shaklee PERCUMA dan penghantaran PERCUMA. Konsultasi juga adalah PERCUMA selepas pembelian.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila IsmailShare Button

Share Button

Elak Sembelit Dan Tambah Tenaga Semasa Berpantang

Dah tengok video di atas?

Nak tahu apa yang Puan Khadeejah Hasmad amalkan semasa berpantang untuk elakkan sembelit dan lebih bertenaga sepanjang berpantang?

Ini ialah senarai Set Lepas Bersalin yang beliau amalkan.

1. ESP-Beri tenaga segera supaya sentiasa cergas dan tak mudah letih walaupun terpaksa berjaga 1 jam sekali untuk menyusukan bayi.

2. Vitalea-Beri tenaga tambahan kepada ibu.

3. Ostematrix-Bekalkan kalsium dan melembutkan najis untuk elak sembelit semasa berpantang.

4. Zinc-disebabkan Zinc tiada di pasaran sekarang ni, saya gantikan dengan Vitamin C. Vitamin C ni juga mempunyai fungsi yang sama dengan Zinc, mempercepatkan penyembuhan luka jahitan selepas bersalin.

5. Alfalfa-Buang angin dalam badan dan memperbanyakkan susu.

Sebagai tambahan, saya cadangkan ambil B Complex untuk memastikan ibu lepas bersalin sentiasa berada dalam keadaan rasional dan tidak meroyan.

Harga untuk Set Bersalin ni ialah RM572.89. Boleh klik gambar di bawah untuk pembelian menggunakan kad debit atau kad kredit anda.

set bersalin elak sembelit tambah tenaga

Atau

Hubungi saya segera untuk mendapatkan Set Bersalin anda. Anda layak dapat diskaun sehingga 20% dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee. SMS/Whatsapp ke 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

Share Button

Rahsia Luka Pembedahan Lepas Bersalin Cepat Sembuh

Luka lepas bersalin?!

Perkara yang dilarang semasa berpantang

Memang NGERI kan? Mendengarnya pun dah rasa cukup ngeri dah. Terutamanya yang koyak banyak.

Tapi kali ni kita nak bincangkan tentang luka bersalin secara pembedahan. Bagaimana seorang ibu yang menghadapi masalah luka tak kering selepas bersalin anak ke 2 secara pembedahan.

Beliau mencuba 2 cara sahaja untuk sembuhkan luka tersebut dalam masa seminggu.

Apa Rahsia Beliau?

Rahsia Luka Bersalin Pembedahan Sembuh Dalam Masa Seminggu

Ini kisah Puan Nur Shuhaida yang bersalin secara pembedahan untuk anak ke 2 beliau. Beliau dapati luka pembedahan selepas bersalin tidak kering walaupun dah mencecah 40 hari berpantang. Beliau mendapatkan tips untuk cepatkan proses penyembuhan luka kerana beliau menjaga seorang lagi anak yang masih juga kecil dan masih nakal. Setelah mendapat tips tersebut luka pembedahan beliau cepat kering dan sembuh dalam 1 minggu. Dan beliau juga dapat menjaga kedua-dua anaknya sendiri walaupun bersalin secara pembedahan.

Apa Yang Beliau Lakukan Sehingga Luka Kering Dalam Masa Seminggu?

1. Ambil Zinc 2 biji 2 kali sehari.

Zinc bagus untuk proses penyembuhan luka yang cepat. Selain itu dapat memelihara kesihatan rambut dan kuku sepajang dalam pantang.

2. Ambil Vivix.

Membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.

Saya kongsikan beberapa lagi pengalaman mereka yang menggunakan Vivix dalam pantang. Semuanya dapat kesan yang sangat positif apabila mengamalkannya.

Pengalaman #1

luka pembedahan bersalin cepat sembuh
Hari kelima pun dah boleh berjalan laju walaupun bersalin secara pembedahan

Pengalaman #2

luka pembedahan bersalin cepat sembuh
Badan lebih bertenaga dan orang tegur nampak sihat walaupun masih dalam pantang. Boleh jadi milkbbooster pulak tu!

Pengalaman #3

luka pembedahan bersalin cepat sembuh
Bentan waktu berpantang hilang dengan Vivix

Selepas bersalin sememangnya waktu kritikal untuk ibu-ibu. Lebih2 lagi jika tiada pembantu, semuanya diuruskan sendiri bersama suami sahaja.

Memang perlu sihat dan bertenaga lebih cepat. Memang Vivixlah jawapannya.

Dapatkan Vivix hari ini untuk ibu lepas bersalin supaya lebih bertenaga menguruskan si kecil serta keluarga. Whatsapp Laila di 019-722 8520.

Jangan lepaskan peluang untuk dapat FREE MEMBERSHIP dengan pembelian 2 botol Vivix. Jimat sehingga RM241 tau.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

Badan Kembali Macam Anak Dara Walaupun Dah Anak 3!!

Seronok kan kalau badan cepat je kurus lepas mengandung. Untuk orang yang cepat kurus, memang senanglah kan. Tapi kalau yang jenis badan naik memang kena usaha lebih sikit. Nak kena rajin usaha.

Macam mana nak usaha tu? Ni salah sorang kawan saya yang berjaya turunkan 20 kg selepas bersalin. Sila klik link di bawah ni yaa…

Turun 20 kg lepas bersalin

4 Rahsia Turun 20 kg Selepas Bersalin

Ini pula kisah Puan Nor, mak anak 3 yang badannya kembali macam anak dara walaupun dah anak 3. :). Apa rahsia beliau?

Mak Anak 3 Tapi Badan Macam Anak Dara

Disebabkan beliau gagal menyusukan anak pertama sehingga 2 tahun, dapat menyusu 3 bulan je. Beliau berazam untuk menyusukan anak kedua dengan susu ibu lebih lama. Beliau ambil Energizing Soy Protein (ESP) semasa nak menyusukan anak ke 2. Susu memang banyak dan badan pun tak letih sangat.Alhamdulillah beliau berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun 3 bulan.

Dan masih boleh menyusu semasa mengandungkan anak ke 3. Setelah anak ke 3 lahir pun, anak ke 2 masih lagi menyusu bersama-sama dengan adiknya. Sejak konsisten dengan pengambilan ESP, beliau tiada masalah untuk menyusukan 2 anak sekaligus.

Alhamdulillah.

Selain daripada susu makin banyak dan badan bertenaga je walaupun semasa mengandung dan menyusukan anak, beliau juga dapat KESAN SAMPINGAN yang sangat BEST!

1. Susu banyak sehinggakan boleh menyusukan 2 anak sekaligus (tandem nursing).

2. Kulit pun makin cerah, parut makin pudar.

Turun berat lepas bersalin

Continue reading Badan Kembali Macam Anak Dara Walaupun Dah Anak 3!!

Share Button

Set Bersalin Yang Selamat Diambil Walaupun Anak Jaundis

baby_momKebanyakan ibu hamil sangat berhati-hati dalam memilih Set Berpantang atau jamu/vitamin yang ingin diambil sepanjang berpantang selepas melahirkan anak. Terutamanya apabila memikirkan bayi yang bakal dilahirkan itu mengalami jaundis atau pun tidak. Ibu-ibu takut Set Bersalin yang dibeli tu tidak dapat diambil gara-gara bayi jaundis. Lebih-lebih lagi jika anak-anak sebelum ni memang kena jaundis.

Kini….

Ibu-ibu tidak perlu risau lagi, kerana Set Bersalin ni tidak memudaratkan anak jaundis mahu pun ibu yang menyusukan itu sendiri.

Semasa bersalinkan anak kedua, saya juga menghadapi masalah anak jaundis. Pada masa tu saya hanya sediakan Set Bersalin yang berasaskan jamu. Jadi selama 14 hari saya tidak dapat ambil apa-apa pun kerana anak saya jaundis dan dimasukkan ke wad. Doktor memang sangat ‘strict’ bab pengambilan jamu ni. Sepanjang anak jaundis, jangan sesekali ambil jamu katanya. Maka, terpaksalah saya PUASA segala jamu tu. Masa tu belum kenal Shaklee lagi. Makanya berpantanglah saya tanpa sebarang vitamin atau jamu. 🙁

Badan memang agak lemau dan letih sebab saya berpantang sendiri, lebih-lebih lagi terpaksa bermalam di wad kerana anak jaundis. Masa tu sedih tak terkira!!! 🙁

Walhal anak jaundis je pun. Tapi emosi ibu berpantang ni kan lain macam!! Sikit-sikit je pun nak sentap, nak emosi kan? Hehehe. Bila ingat balik memang kelakar tapi emosi sedih semasa berpantang ni jangan main-main tau. Bahaya!! Boleh jadi meroyan jika tidak terkawal. Bahaya! Bahaya!

Sebab tu………….

Ibu-ibu perlu ambik Set Bersalin yang boleh terus diambil sejurus selepas bersalin. Tak perlu nak tunggu 14 hari atau selepas anak pulih dari jaundis.

Apa Kelebihan Yang Ada Pada Set Bersalin Ni?? Best Sangat Ke?

1. Boleh terus diambil sejurus selepas melahirkan bayi anda. Tidak perlu menunggu sehingga 1-2 minggu atau selepas baby tidak mengalami jaundis seperti pengambilan jamu.

2. Ia TIDAK menyebabkan jaundis kepada bayi anda, tidak perlu risau untuk mengambilnya bila-bila masa sahaja. Sama ada bayi anda ada jaundis atau pun tidak.

3. Luka bersalin cepat sembuh sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.

4. Mengelakkan ibu mengalami masalah sembelit. Sembeli semasa pantang ni memang ngeri!!! Takut jahitan terbuka, takut sakit, takut berdarah semula bahagian yang dijahit tu kan? Macam-macam kengerian kalau kena sembelit semasa berpantang ni. 🙁

5. Membantu ibu menguruskan stress dan mengelakkan bentan atau meroyan.

6. Membantu ibu tambah darah dan menambahkan tenaga walaupun kurang rehat dan kurang tidur.

7. Membantu ibu-ibu pulih dan kembali bertenaga dengan lebih cepat.

8. Bayi lebih sihat dan tenang.

9. Membantu penghasilan susu badan yang lebih lancar.

10. Mudah untuk diambil kerana tidak ada rasa pahit atau bau yang kurang menyenangkan.

11. Membantu ibu-ibu menurunkan berat badan dengan lebih cepat.

12. Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu kerana semua bahan yang terkandung di dalam set ini adalah daripada bahan semulajadi.

Apa Yang Ada Dalam Set Bersalin Ni?

Set bersalin terbaik di Malaysia
Set Bersalin Yang Selamat Diambil Walaupun Anak Jaundis

#1. 1 botol Vitalea (Multivitamin yang berusia 100 tahun) – Tahan sehingga 4 bulan.

#2. 1 botol B Complex – Tahan sehingga 4 bulan.

#3. 1 botol Vitamin C – Tahan sehingga 6 bulan.

#4. 1 botol Zinc – Tahan sehingga 4 bulan.

#5. 1 botol Alfalfa – Tahan sehingga 4 bulan.

#6. 1 tin ESP – Tahan sehingga 2 bulan.

#7. 2 botol Ostematrix (Kalsium)

#8. 1 botol Omega – Tahan sehingga 3 bulan.

#9. 2 botol Lecithin – Tahan sehingga 2 bulan.

JOM TENGOK PENGALAMAN MEREKA YANG TELAH MENCUBA SET BERSALIN NI

TESTIMONI 1 :

Puan Salwa
Berjaya menurunkan 20 kg selepas bersalin. Bukan hanya berat badan yang turun, tapi kulit pun cun melecun. Tiada halangan walaupun menyusukan dengan susu ibu sepenuhnya.

Tips beliau di sini, klik link –> Turun 20 kg Selepas Bersalin

TESTIMONI 2 :

Puan Khadeejah Hasmad
Seksa sepanjang berpantang anak pertama sehinggakan beliau serik nak bersalin lagi!!!!
Tapi bila dah jumpa dengan set pantang Shaklee, terutamanya Ostematrix, terus tambah anak. Dan sekarang sedang hamil anak ke-3. Tahniah untuk beliau!! 🙂

TESTIMONI 3 :

Set bersalin terbaik di pasaran

 

TESTIMONI 4 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (1)

TESTIMONI 5 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (2)

TESTIMONI 6 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (2)

TESTIMONI 7 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (3)

TESTIMONI 8 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (4)

TESTIMONI 9 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (3)

TESTIMONI 10 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (4)

TESTIMONI 11 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (5)

TESTIMONI 12 :

Testimoni Set Bersalin Terbaik (5)

TESTIMONI 13 :

 

Puan Farah
Berjaya mengumpul stok perahan yang banyak walaupun bekerja syif. Apa rahsia beliau?

Haaaa… Pasti teruja kan?

Bukan setakat susu je banyak dan cukup untuk baby, tapi badan pun kembali langsing macam sebelum kawen!

Sembelit pun tiada!!

Buasir pun langsung hilang!!

Luka jahitan/luka pembedahan pun cepat sembuh!

Badan cergas walaupun baru beberapa hari dalam pantang!!

Pasti PUAS HATI kan??!!

Dapatkan Set Bersalin anda hari ini. Klik gambar di bawah untuk pembelian menggunakan kad debit atau kad kredit.

Klik sini untuk beli

 Untuk lebih penjimatan, register keahlian Shaklee untuk pembelian Set Bersalin Terbaik ini. Boleh SMS/Whatsapp saya di sini untuk dapatkan set bersalin anda.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

14 Kelebihan Berbengkung Selepas Bersalin

Memakai bengkung adalah salah satu perkara WAJIB yang diamalkan oleh ibu-ibu selepas bersalin tanpa mengira bersalin secara normal atau secara pembedahan.

Bersalin secara pembedahan pun boleh pakai bengkung?

Ya.. Boleh!! Kerana sekarang ni sudah ada bengkung yang sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan.

Kelebihan memakai bengkung selepas bersalin

Kelebihan memakai bengkung selepas bersalinGambar : Bengkungmoden

Inilah dia bengkung tersebut, yang juga dikenali sebagai bengkung moden. Selain untuk ibu bersalin secara pembedahan, bengkung ini juga boleh dipakai oleh ibu yang bersalin secara normal. Lebih-lebih lagi ibu yang berpantang sendiri di rumah.

Saya pun ada satu bengkung ni. Masa berpantang anak kedua, saya berpantang sendiri di rumah. Dengan adanya bengkung ni, mudah saja untuk saya buka dan pakai tanpa perlukan bantuan.

Oppss.. Tujuan utama adalah saya nak share tentang kelebihan dan faedah memakai bengkung selepas bersalin. Mungkin ada juga yang tak suka berbengkung ni, tapi pendapat peribadi saya, pakailah bengkung sekurang-kurangnya 30 hari selepas bersalin. Paling bagus sehingga habis pantang iaitu 44 hari. 😀

Kelebihan dan Faedah Memakai Bengkung Selepas Bersalin

#1 Membuang angin di dalam badan.

#2 Mengempiskan perut dan memulihkan keadaan kulit perut seperti mengurangkan kesan regangan, melicinkan serta menghilangkan tompok-tompok hitam pada kulit perut.

#3 Mengembalikan kedudukan peranakan/mengelakkan rahim jatuh.

Amalan semasa berpantang

#4 Mempercepatkan pengeluaran darah kotor.

#5 Mengelakkan badan daripada ‘masuk angin’.

#6 Mengecutkan rahim selepas bersalin.

#7 Mengelakkan masalah perut buncit dan menggelebeh.

#8 Mengurangkan berat badan supaya badan kembali ke berat asal sebelum hamil.

#9 Mengurangkan rasa sakit pada perut selepas bersalin.

#10 Mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan.

#11 Melindungi organ dalaman dan membolehkannya mengecut dengan cepat serta kembali ke kedudukan asal.

#12 Memecahkan lemak dan selulit.

#13 Menggalakkan postur badan yang baik dan membantu proses penyusuan.

#14 Mencegah daripada makan yang berlebihan. 😛

Selain daripada berbengkung yang sangat penting ni, ibu-ibu boleh baca amalan-amalan lain sepanjang berpantang. Sila klik link di bawah ni ya..

Amalan Selepas Bersalin

Selain itu, boleh rujuk juga amalan yang dilarang semasa berpantang di link di bawah ni ya.

Amalan Yang Dilarang Semasa Berpantang

Selamat berpantang dan menyusu dengan gembira yaaa ibu-ibu. Ibu gembira dan ceria serta sihat tubuh badan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk cahaya mata kesayangan anda. 🙂

Share Button

Cara Paling Mudah Hilangkan Masalah Angin Semasa Berpantang

Hilangkan angin dalam badan

Masalah badan berangin semasa berpantang memang menyakitkan. Kalau badan atau perut masuk angin di luar waktu pantang pun rasa teramat tak selesa, inikan pula semasa berpantang. Biasanya badan akan rasa bisa-biasa dan sengal-sengal sana sini. Kadang-kadang boleh menyebabkan demam yang teruk. Ditambah lagi dengan luka jahitan yang belum pulih. Memang menyakitkan!! 🙁

Bagaimana Nak Hilangkan Angin Dalam Badan Semasa Berpantang?

Jemput klik link di bawah ni ya, ada 8 tip untuk hilangkan angin dalam badan selepas bersalin.

Hilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat

Hari ini saya nak kongsikan cara paling mudah untuk hilangkan masalah angin ni. Tak perlu susahkan diri nak tumbuk halia untuk buat air halia. Tambah-tambah lagi yang berpantang sendiri di rumah bersama anak-anak lain kan? Yang ni, hanya bukak botol dan telan. 🙂

Gabungkan Peppermint Ginger Plus dengan Garlic!! Memang sangat berkesan.

Masalah angin selepas bersalin
Gabungan yang mantap untuk buang angin dalam badan.

Garlic 

Selain mengeluarkan angin dari badan, ia juga memang terkenal sejak turun temurun sebagai antibiotik semulajadi.

Peppermint Ginger Plus

Boleh juga direndam di dalam air suam beberapa minit dan diminum. Rasa segar peppermint tu sangat sedap! Lepas tu, terus rasa lega sebab angin terus keluar tanpa segan-segan dah. 😛

Cara Pengambilan Set Buang Angin

2 biji Garlic
3 biji Peppermint Ginger Plus
*ambil selepas makan pagi

Order terus di sini. Boleh guna kad debit atau kad kredit ya.

beli-sekarang

Atau Whatsapp saya di 019-722 8520 untuk dapatkan konsultasi berpanjangan selepas pembelian.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

 

Share Button

Perkara-perkara Yang Perlu Dilakukan Semasa Berpantang

Amalan semasa berpantangSaya baru je balik dari melawat seorang teman baik yang baru bersalin. Alhamdulillah, beliau selamat melahirkan bayi perempuan yang sihat dan sangat comel! 🙂

?

Geram tengok!! Hehehe… Anak saya dah besar dah walaupun sama batch bila sekolah nanti. Hihihi. Balik tadi, terus teringat nak kongsikan tentang ibu berpantang ni.

Sebelum ni saya ada kongsikan (boleh klik link di bawah)

Perkara Yang Dilarang Semasa Berpantang

Kali ni saya nak kongsikan tentang

Perkara-perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Bersalin

#1 Berurut

Ini memang paling utama kalau dalam list saya. WAJIB gitu. 🙂 Badan rasa sedap sikit bila diurut dan pengeluaran susu ibu pun lancar kalau kita utamakan urutan seluruh badan selepas bersalin. Dari pengalaman saya sendiri, berurut seawal mungkin setelah pulang dari hospital  boleh mengelakkan payudara bengkak.

Untuk yang bersalin secara pembedahan, dari pengalaman kawan, ada yang berurut dan ada yang tak. Yang berurut mereka elakkan urut di bahagian perut dan urut lebih perlahan daripada ibu yang bersalin normal.

Untuk yang bersalin secara pembedahan, berurut adalah pilihan anda sendiri dan dengarlah pendapat dari orang terdekat dan tersayang supaya tidak mengundang sebarang mudarat di bahagian pembedahan.

#2 Memakai Stokin

Memakai stokin ni untuk mengelakkan badan kesejukan dan masuk angin. Saya memang patuh kepada petua ni, 44 hari pakai stokin dalam rumah. :). Cuma leceh sikit bila nak ke toilet laaa kan. Kena bukak dan pakai semula. Kadang-kadang anak-anak syurga saya yang tolong pakaikan. 🙂
Alhamdulillah, anak pertama dan kedua memang boleh diharap untuk tolong mama dah.

#3 Memakai Bengkung

Amalan semasa berpantangIbu yang lepas bersalin memang faham sangat laaa kan keadaan perut selepas bersalin ni. Menggelebeh jer kan?? Nak berjalan pun rasa tak syiok! Huhuhu :(. Jadi untuk kembalikan keanjalan perut dan membantu peranakan kembali ke saiz asal, kenalah rajin pakai bengkung. Sekarang dah ada macam-macam jenis bengkung dah. Awal-awal bersalin, saya memang pakai bengkung bertali tu. Rasa KEMAS sikit. Tapi memang nak kena ada orang tolonglah. Supaya ikatan tu kuat sikit.

Saya berpantang sendiri dan suami pula bekerja selepas mengambil cuti selama 2 minggu untuk menjaga kami, jadi semasa berdua dengan baby, saya hanya memakai bengkung moden yang lebih mudah dipakai. Zip zap kan aje… :). Pun rasa kemas!

#4 Mengambil Vitamin Supaya Badan Cepat Sihat

Selepas bersalin, hospital akan bekalkan beberapa vitamin untuk ibu seperti Iron, B Complex dan 1 lagi vitamin yang saya lupa namanya. Untuk vitamin, saya hanya teruskan pengambilan Set Hamil yang telah saya amalkan sepanjang hamil. Ia terdiri daripada Vitalea (multivitamin), B Complex, Vitamin C, Ostematrix (Kalsium) dan ESP. Saya hanya tambahkan Zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan. Alhamdulillah, badan lebih segar dan cepat sihat. Kalau berpantang sendiri ni, badan kena cepat sihat sebab suami tolong uruskan rumah tangga dan anak-anak yang dah besar. Ibu pula uruskan baby dan kena sentiasa pastikan pengeluaran susu ibu adalah mencukupi untuk baby. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun terpaksa ulang alik ke KK untuk cek kuning baby.

#5 Bertungku

bertungku penting semasa pantangAmalan bertungku ni sangat bagus untuk melancarkan pengeluaran darah beku di dalam rahim. Ia juga bagus untuk membantu proses pengecutan ‘batu merian’. Kalau kena batu merian ni, memang sangatlah sakit berhari-hari. Dalam 2-3 hari lepas bersalin pun kita masih dapat rasa seperti ‘contraction’ yang sangat sakit tu. Bukannya ‘mild contraction’. Sakit sangat! :(. Terpaksa ambil ‘pain killer’ jugak sebab tak tahan sakit.

Bertungku yang paling baik ialah bertungku menggunakan batu sungai yang dipanaskan seperti zaman mak-mak kita dulu. Alhamdulillah, kawan bagi saya pinjam tungku batu sungai kat saya. Memang bestlah!

Amalan semasa berpantangTapi sekarang ni dah ada pelbagai jenis tungku dah. Ada tungku yang dah siap dijual dan hanya perlu dipanaskan sahaja. Dan ada tungku moden yang hanya perlu panaskan menggunakan elektrik sahaja. Mudah sangat. Cuma saya agak khuatir untuk menggunakan tungku moden ni, takut tungkunya pecah sebab di dalam tungku moden tu ada air. Bahaya juga tu kalau terkena airnya kan.

#6 Mandi Air Rebusan Dedaun

Nak cari daun ni kat mana di zaman moden ni? Hehehe. Apa yang saya tahu, ada juga dedaun ni dijual dalam bentuk dedaun yang dikeringkan.

Masa saya berpantang baru-baru ni, kawan saya bawakan daun kunyit, serai wangi, daun limau purut dan ada beberapa jenis daun yang saya sendiri pun dah lupa namanya.

Rebus dedaun tersebut dan gunakan air rebusan untuk mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Saya hanya sempat mandi dengan air rebusan ni untuk 1-2 minggu sahaja. Tapi itu pun dah memadai. 🙂

Air rebusan daun ini dapat mengembalikan tubuh dan urat saraf. Memang terasa segar lepas mandi air rebusan ni. 🙂

#7 Tidur dan Rehat Secukupnya

amalan berpantangTidur dan rehat yang cukup semasa berpantang adalah penting untuk mengelakkan rasa pening dan penat melampau. Biarpun ibu tidak melakukan kerja-kerja berat, badan ibu dalam proses penyembuhan dan penyesuaian diri dengan rutin harian menjadi sangat penat dan letih. Jadi, ambillah peluang semasa baby tidur untuk rehat atau tidur seketika.

Kadangkala ibu terpaksa berjaga pada waktu malam kerana baby akan bangun menyusu bila-bila masa sahaja dan kadangkala baby meragam atau susah tidur.

Rehatlah secukupnya untuk memastikan ibu terus bertenaga, cepat sembuh dan membantu pengeluaran susu sentiasa lancar.

#8 Makan Makanan Yang Berkhasiat

This is a close-up of vegetables and fruits.

Dulu-dulu, zaman mak-mak kita, ramai yang menasihatkan untuk makan nasi dan ikan kering sahaja. Air pun tak boleh minum banyak katanya. Tapi itu hanya mitos semata-mata. Ambillah makanan yang berkhasiat seperti ikan-ikan segar, ayam, sayur-sayuran seperti lobah merah, lobak putih dan sawi. Minum air yang banyak untuk memastikan badan kita tidak mengalami dehidrasi dan akan mengganggu penghasilan susu ibu.

#9 Mandi Secara Duduk

Duduk di atas kerusi semasa mandi untuk menjaga kesihatan peranakan. Ibu juga tidak menggunakan banyak tenaga berbanding mandi berdiri.

#10 Pantang 100 Hari (44 hari adalah MINIMUM!)

Biasanya ibu-ibu berpantang 44 hari je. Sama juga dengan saya.. :).

Tapi saranan tukang urut, berpantanglah 100 hari dan elakkan bersama suami dalam tempoh itu untuk memulihkan peranakan dan kesihatan ibu.

Berpantang 100 hari ini juga untuk memastikan peranakan ibu kembali normal.

Di zaman moden ni, ada yang tak ikut dah amalan-amalan berpantang ni.

Tapi berlainan pula dengan saya. Pendapat saya, mana yang boleh ikut dan tidak melecehkan ibu serta keluarga, amat sesuailah diikuti. Untuk kesihatan jangka panjang ibu juga kan? Bila ibu sihat, lebih ceria dan bahagia untuk menguruskan anak-anak dan suami, InshaAllah.

Selamat berpantang dan menyusukan untuk ibu yang baru lepas bersalin. Semoga ibu-ibu sentiasa sihat dan ceria selalu kerana itulah antara kunci utama penghasilan susu yang baik. 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...