Resepi Sihat : Fettucine Aglio Olio

Fuh, nama bukan main lagi. Nak sebut pun berbelit lidah haaa.. hehe.
AkakSelim suka resepi ni sebab mudah dan cepat dimasak. Kalau perasan, ahkak memang suka yang plain-plain je. So, memang senang jugaklah nak follow masakan eat clean ni.

Masa zaman rajin nak tahu macam-macam dulu, akakSelim rajin timbang bahan-bahan masakan. Saja nak tahu banyak mana yang sebenarnya 100gram tu. Bila dah timbang macam ni, dah tahu 100gram tu setengah cawan ala-ala gini, senanglah untuk masak lain kali.
Senang juga nak buat kira-kira kalori.

Nak resepi? Haa.. senang je ni. Ni dia.

5-6 ekor udang (kalau size besar, size kecil 7-8 ekor pun ok je)
3-4 ulas bawang putih-cincang
1/4 bawang holland (resepi asal takde letak ni, AS tambah je sebab suka)
Mushroom
Tomato (masa ni takde stok tomato pulak, so tak letak)
100g Fettucine yang telah direbus
2 sudu besar minyak zaitun
Serbuk cili secukup rasa
Sedikit garam

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang holland.
2. Masukkan udang. Udang dah bertukar warna oren tu maksudnya dah masak le tu udangnya.
3. Masukkan mushroom dan tomato (jika ada)
4. Akhir sekali masukkan fettucine, serbuk cili dan garam.
5. Gaul-gaulkan sebentar dan angkat.

Siap!

Sebab tak cukup sayur, dah masak tu AS masukkan salad dan gaul sekali. Kalau masukkan masa memasak, nanti dah kurang nutrisi dan tak rangup dah salad tu.
Itu sebabnya AS masukkan bila dah masak.

Senang je kan resepi ni? Selamat mencuba.

Kalau ada soalan, boleh tanya kat komen kay.

AkakSelim,
Suka yang mudah dan cepat masak.

Share Button

Seronok Mencuba Resepi Baru-Makanan Barat Dan Roti

Baru-baru ini Akak selim pernah ditanya oleh seorang rakan,

β€œApa hobi akak?”

Akak selim termenung sekejap. Sudah lama rasanya akak selim tiada hobi. πŸ™ Mungkin terlalu sibuk agaknya sehinggakan lupa dengan hobi zaman dulu-dulu. Sekarang ni hobi akak selim berShaklee sahaja kot. Setiap masa yang terluang dan masa yang ada tu dimanfaatkan sepenuhnya untuk Shaklee. πŸ™‚

Zaman universiti, zaman bujang akak selim gila berbowling. Kat kilang dulu ratu bowling jugaklah dan rajin juga join pertandingan bowling yang dianjurkan oleh kawasan setempat.Β  Kalau pasal bowling memang berseri-seri rasa jiwa akak selim.

Sejak dah kahwin dan beranak pinak ni memang lama dah tak berbowling. Terasa minat nak cuba masak-memasak pulak. Seronok tengok orang makan bila kita memasak dengan penuh kasih sayang ni. Cuma akak selim ni kurang pandai masak makanan melayu. Sebab masakan melayu ni kan proses memasaknya agak lambat. Banyak bahan-bahannya kan.

Akak selim lebih suka mencuba masakan barat dan mencuba resepi-resepi roti. Lebih cepat proses memasaknya. Roti pulak sebab akak selim suka makan roti. πŸ™‚ Seronok meroti. Tambah-tambah bila ada breadmaker kan? Takdelah penat nak menguli roti ni. Kalau nak uli dengan tangan memang boleh jadi ‘sado’ haaa tangan korang.

Akak selim ingat nak ulang semula hobi meroti dan mencuba resepi-resepi baru. Pizza dalam bekas muffin ni pun dah lama tak buat. Nanti bolehlah nak buat lagi, anak-anak pun dah besar, dah pandai makan pizza.

Sebelum dibakar, letak cheese banyak2 atasnya. Sedap!!!
Inovasi pizza yang digulung dan dipotong, dimasukkan di dalam bekas muffin. πŸ™‚

Ni pula percubaan pertama meroti beberapa tahun dulu. Oppss… beberapa tahun tu. Lepas tu akak selim banyak projek diet. Itu yang breadmaker cuti tu. Nanti tak jadi diet akak selim kalau asyik dengan hobi meroti ni. Sekarang ni bolehlah buat semula sebab anak-anak dah rajin makan. Dulu anak-anak kecil lagi, akak selim ler yang kena makan kan?

Calzone
Calzone yang dipotong

Resepi Calzone tu akak selim dah tak ingat ambil dari mana. Lupa nak save. Kalau korang nak cuba, boleh tengok sini.

Resepi Calzone Mat Gebu

Nanti korang cubalah ya. Sekarang ni akak selim nak cuba resepi roti yang ada di dapur Farha-IbuCergas. InshaAllah akak selim akan share di Album Roti akak selim di Facebook ya. Nantikan update dari akak selim yaa… Jemput ke sini yaa…

Album Roti Akak Selim di FB

=========================

Akak selim
Rajinkan diri meroti 2017!

=========================

 

 

Share Button

Buat Sendiri Jus Detox

Saya nak share resepi Jus Detox yang sangat senang untuk kita buat sendiri di rumah. Bagus buat detox ni, badan lebih mudah menyerap nutrien dan lebih mudah serta cepat kalau kita berhajat nak kurus atau pun nak dapatkan kulit yang cantik.

Detox cepat kurus

 

Bahan-bahan :

Buat sendiri jus detox

1 batang saderi
1 batang lobak merah
1/2 cawan nenas
1/2 biji air perahan lemon
1/2 inci halia

**Blend kesemua bahan dan sedia untuk diminum. Boleh dijadikan sebagai sarapan pagi. Banyak serat terkandung di dalamnya.

Buat jus detox sendiri di rumah

Rasanya? Sedap!! Cuma terasa laa halia tu kan. Nak detox mesti kena telan semua ni. Kan nak cantik2 nanti. Wajib telan. πŸ™‚

Selamat Mencuba ya.

 

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 19] Ayam Percik Sihat Tapi Sedap!

Ayam Percik Sihat

Ayam percik

Ayam (bakar kosong atau perap dengan sedikit garam dan kunyit)

Resepi Kuah Percik Sihat

Bahan-bahan :

1 cawan low fat milk
2-3 sudu besar plain yogurt
3-5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cii kering (boleh juga gunakan cili merah segar)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1/4 asam keping/sedikit asam jawa

Cara-cara Membuatnya :

1. Kisar semua bahan kuah dan masakkan dengan api perlahan.
2. Kacau sehingga kuah pekat.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap!
Mudah je kan??

**Boleh juga diletakkan separuh daripada kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.**

Selamat mencuba!

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 10] Rice Noodle Salad Yang Sangat Sedap Dan ‘Kena’ Dengan Selera

W2D10

Sarapan pagi (0800) :

Energy smoothie +Β 1 gelas air masak

1 biji pisang
2 sudu besar rolled oat
1 sd teh serbuk cinnamon (saya tak letak sbb memang kurang suka)
150 ml low fat milk/skim milk/almond milk
1 sd besar chia seed
3-4 ketul ais

Cara-cara

Blend kesemuanya dan MINUM! Kenyanggg! Burppp!! πŸ™‚

Snek pagi (1030) :

1 cup Greek yogurt (plain)

Makan tengah hari (1300) :

Rice Noodle Salad (Salad Bihun Perang)

Bahan-bahan

100-150 gram bihun perang
300 gram dada ayam yang direbus
2 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
Sedikit hirisan serai/bunga kantan
Daun ketumbar
Air perahan limau nipis
1 sd kecil sos ikan

Cara-cara

1. Rendam bihun sehingga lembut.
2. Masukkan sos ikan, serai, air perahan limau, serai/bunga kantan.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Carikkan ayam dan masukkan ke dalam sos.
5. Gaul rata bersama-sama bihun yang telah lembut.
6. Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai perasa tambahan.
7. Bolehlah NGAP! Sedap!!! Ni menu favourite saya. πŸ˜€

Snek petang (1600) :

6-8 biji almond

Makan malam (1900 ) :

Sirloin steak + Salad

Bahan-bahan

200-250g daging lembu
1 sd teh black pepper
1 sd teh serbuk cayenne (cili)

Cara-cara

Perap semua bahan sekurang-kurangnya 30 minit. Bakar dalam oven/kuali non stick.

Supper Β (2230) :

2 biji telur rebus + 6 biji almond

Share Button

Resepi Lobak Putih Yang Paling Simple!

Lobak putih ni memang terkenal dengan makanan penambah susu badan kan? Dan memang ianya menjadi sahabat karib ibu-ibu yang sedang berpantang atau pun yang sedang hadapi masalah susu merudum. Saya ni sebenarnya tak berapa gemar dengan masakan lobak putih sebab dia ada sedikit bau yang kurang menyenangkan bagi saya. Tapi, saya telan jugalah…. demi tambah susu ibu ni kan.. πŸ™‚ Demi anak-anak, kurela telan apa sajaa… πŸ˜›

Disebabkan saya kurang suka yang masak-masak, minggu lepas saya cuba makan mentah, buat macam salad tu. Hmmm…. sedap rupanya. Memang kena sangat dengan tekak saya ni. πŸ™‚

Lobak putih untuk ibu menyusu
Salad lobak putih

Bahan-bahan :

1/4 lobak putih
3 batang sate kebab (taknak letak pun takpe)

20150623_111856

Cara-cara membuatnya :

1. Sagat lobak putih.

2. Bakar dan potong sate kebab.

3. Campurkan kedua-duanya dan tuang salad dressing. Saya gunakan salad dressing Kewpie yang sedap tu.. hehehe.. Sebab nak cepat dan mudah! hehehe.

Atau untuk lebih sihat, boleh buat sendiri dressing ni ya. Masukkan olive oil + sedikit garam + perahan lemon.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa… siap!

Kan mudah tu.. πŸ™‚

 

Selamat mencuba..

Share Button

Resepi makanan ketika berpantang

pegaga

Kerabu Ulam pegaga

6-10 cekak daun pegaga (bersama akarnya)-di hiris kasar
5 cm halia muda-dihiris halus
5 cm kunyit-dihiris halus
6 ulas bawang merah-dihiris nipis
1 sudu besar lada hitam
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :-

1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar bersama air asam jawa, gula dan garam.
2. Gaul hingga sebati dan hidangkan.

Jom kita tengok khasiat daun pegaga ye.

Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan.

Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut,Β  menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, Β merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.Β  Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda.

(a)Β Β  Serikan Wajah Anda.

Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih berseri.

(b) Kecutkan Peranakan

Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka

Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amatΒ  mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

Kredit

Haaaa.. banyak tu tau khasiatnyaa. Di samping tu boleh memperbanyakkan susu jugak. Rajin2lah makan ye. Resepi ni pun simple je.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...