Kenangan Terperangkap Banjir Besar Di Kelantan Bersama Nutriferon

 

Banjir besar kelantan 2014
Kesian kucing ni, tak dapat nak tolong dia.

Masih ingat tragedi banjir besar yang melanda Kelantan pada penghujung 2014? Akak selim pun sama-sama terperangkap dengan banjir besar di kampung Encik Suami di Sungai Pinang, Tumpat Kelantan. Masa tu akak selim (yang tak selim langsung.. haha) sedang mengandung 5 bulan, anak yang ke 3-Baby Zara.

Banjir besar kelantan 2014
Alhamdulillah kami anak beranak sihat walafiat.

Banjir besar ni memang benar-benar menguji minda kami anak beranak. Apa taknya, seminggu tu memang langsung tak boleh keluar dari kawasan rumah. Sebab perhubungan darat dah terputus. Jalan rosak. Kereta pun hampir tenggelam. Mujurlah rumah ibu mertua tu ada bahagian yang tinggi, dapatlah kami terus tinggal dalam rumah. Jika tidak, memang kena berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Haru juga jadinya.

Bekalan elektrik terputus! Bekalan air pun tiada. Alhamdulillah ada perigi di rumah ibu mertua, dapatlah kami mandi dengan air bersih.

Banjir besar kelantan 2014
Anak-anak nampak gembira, mak kusut sebab terpaksa tutup kedai. Huhuhu

Cuba bayangkan kusutnya akak selim waktu tu. Kan bisnes online. Tanpa handphone, maka ‘tutup kedailah’. Handphone ada, tapi tak boleh charge dah. Habis bateri, dan power bank pun dah mati. Huwarghhhhhhhhhhh!! Stres tapi akak selim cuba jadi cool lah. Semua tu kan dari Allah. Makanya bertabahlah akak selim dalam kegusaran. Huhuhu.

Banjir besar kelantan 2014

Perkara yang paling risau waktu tu ialah kesihatan anak-anak dan kesihatan akak selim. Sebab, kami yang dah tak boleh keluar ke mana-mana ni buntu juga asyik terperap dalam rumah je. Jadi setiap pagi atau petang, memang mengharung banjir sekeliling kampung untuk tengok kereta yang kami tinggalkan jauh sedikit dari rumah serta menghabiskan masa yang terlalu lapang!

banjir-nutriferon7

Disebabkan risau dengan kesihatan kami sekeluarga, akak selim sangat setia dengan Nutriferon! Selain tu akak selim memang ambik Set Hamil Lengkap. Semuanya akak selim telan LEBIH DOS! Risau punya pasal. Hehe.

Set Hamil lengkap
Semua akak selim angkut bawak balik kampung kecuali ESP je.

Anak-anak pula dah nak mulakan sekolah kan. Wajiblah jaga kesihatan.

Alhamdulillah, sekembalinya kami ke rumah, anak-anak dan akak selim sihat walafiat tanpa sebarang sakit demam. Kuat juga sistem imun kami ni. Mujurlah kami ni pengamal tegar vitamin Shaklee. Di saat-saat tak terduga, memang sangat berkesan vitamin Shaklee yang telah kita amalkan sekian lama. Anak-anak pun memang peminat tegar vitamin Shaklee juga. Alhamdulillah. Dapatlah mereka memulakan persekolahan pada tahun 2015 tu dengan baik dan masing-masing sihat.

Akak selim ingin berpesan kepada semua ibu supaya sentiasa sediakan vitamin Shaklee walau ke mana sahaja kita travel. Ianya banyak membantu anak-anak kekal sihat. Memang wajib cuba.

Boleh tanya akak selim mana yang paling sesuai untuk anak anda. SMS/Whatsapp akak selim di 019-722 8520 untuk bertanya ya.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...