Pakar motivasi di pasar tani Bandar Putra Kulai

Haaa, jangan tak percaya tau. Ada pakar motivasi di pasar tani Bandar Putra Kulai. Hehehe. Nak tau siapa? Kak Shima yang jual masakan pantai timur tu haaa…

Hari Selasa memang jadi rutin saya pergi beli sayur-sayuran segar atau makan malam di pasar tani berhampiran rumah saya. Semalam pergi dah agak lewat dan hari macam nak hujan, jadi tak bawak anak2. Dan jadi rutin juga saya akan singgah di gerai Kak Shima yang tersohor dengan masakan pantai timurnya yang sedap dan sangat-sangat LAKU! Semalam beliau start buka gerai pukul 5 dan sebelum pukul 7, semua nasi dan lauk pauk dah licin! Maka, saya lepaklah sekejap di gerainya untuk borak-borak. (Memang jadi habit, suka borak dengan peniaga2, hehehehe)

Borak punya borak bukan borak kosong tau.

Kejar dan buat, mulakannya hari ini.
Kejar dan buat, mulakannya hari ini.

Nak tau apa yang kami borakkan? Ouh, boleh dikatakan bukan borak, tapi saya banyak mendengar je. Ala2 mendengar PAKAR MOTIVASI berceramah gitu. J

Sebelum tu saya ceritakan sedikit tentang Kak Shima ni. Beliau dan suami pernah kerja kilang di sekitar Senai. Beliau mengambil langkah untuk berhenti bekerja dan memulakan perniagaan masakan pantai timur. Setelah 3 tahun berniaga, beliau mencadangkan agar suaminya sama2 berhenti kerja dan membantu beliau sama2 berniaga. Alhamdulillah, perniagaan beliau makin maju dan maju. Yang bestnya, beliau berniaga di pasar tani HANYA 3x SEMINGGU!! Dan dengan berniaga 3x seminggu itu, beliau mampu mendapatkan gaji lebih dari seorang ENGINEER yang telah berkhidmat selama 12 tahun di sebuah syarikat Jepun (sayalah tu… hahahaha… :P)

Ok, apa kata Kak Shima tentang bisnes?
1. Kalau bisnes, pastikan kita ni kena sentiasa bersihkan hati, ikhlaskan diri.
2. Sentiasalah bersedekah. Cara beliau ialah semasa beliau menjual pun beliau tak berkira sangat dengan harga. Ini memang betul. Beliau sentiasa bagi diskaun. Dan suka bagi FREE. J
Bagi beliau itu adalah sedekahnya untuk hari2 beliau berniaga. Dan satu lagi yang sentiasa dipraktikkan ialah berikan duit kat suami setiap hari Jumaat untuk dimasukkan ke tabung masjid.
3. Jangan tamak. Beliau sentiasa ingat pesanan bonda beliau. Kalau hari ni habis jual ayam 10 ekor, minggu depan tak perlu nak tambah sehingga 13 ekor. Maintain je sebegitu untuk beberapa ketika kecuali pasaran makin besar dan pelanggan selalu tak dapat beli. Kesian juga kalau awal2 pund ah habis kan?
4. Pergi ceramah motivasi. Idola beliau adalah DAO.:)
5. Jaga kebajikan anak2. Dengan berniaga sendiri, beliau tidak ada halangan untuk membawa anak2 berjalan ke sana sini di musim cuti sekolah. Kalau cuti sekolah tu, memang takdelah gerai akan ni.. J
6. Kalau dulu kerja kilang dan overtime bagai nak rak, dapatlah gaji RM2500, tapi sering rasa tak cukup. Sebab apa? Sebab kilang bagi rehat 10 minit, kita dah rehat 20 minit. So, duit yang kita dapat tu hilang keberkatannya. Bisnes ni lain. Banyak kita kerjakan, banyaklah kita dapat. J
Beliau kini boleh tersenyum lega dengan pendapatan RM1K ke atas untuk dirinya sendiri tanpa sebarang komitmen! Kalau dulu dalam RM2500 + gaji suami, yang tulah kena bayar kereta, rumah dan pelbagai lagi. Dan sering rasa tak cukup2.
7. Sentiasa buka peluang untuk bantu orang lain. Melalui bisnes beliau ni, beliau subkan kerja2 pembersihan kepada jiran beliau yang yang memerlukan. Beliau cakap, “buat apa kita nak ambil orang gaji dari luar kalau orang2 kita masih ramai yang perlukan bantuan.
8. Dalam apa jua keadaan, dahulukan ibu bapa. Pastikan kita berikan mereka hasil pendapatan kita walaupun mereka kata mereka tak perlukan wang dah. Itulah dia SENJATA untuk kita berjaya dalam bisnes.
9. Jangan lupa bayar zakat. Yang ni mesti! mesti! mesti.

Kagum saya dengan semangat Kak Shima ni. Saya cakap kat beliau dan mengakhiri perbualan dengan :-

“KAK, KAK BOLEH JADI PAKAR MOTIVASI UNTUK PENIAGA2 PASAR TANI SEPERTI AKAK NI. SUPAYA MEREKA PUN SAMA2 BERJAYA MACAM AKAK.”

Saya doakan akak terus berjaya dan menjadi contoh kepada peniaga2 lain. InshaAllah.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...