Tempat Makan Menarik Di Johor Bahru : Hotel Berjaya Waterfront

Baru-baru ni kami berkunjung ke sebuah Restoran Cina di Hotel Berjaya Waterfront Johor Bahru (Dulu dikenali sebagai Hotel The Zon).

Gendang gendut tali kecapi Kenyang perut suka hati.

Sebenarnya encik suami dapat voucher untuk 2 orang dewasa di Restoran Salt & Pepper, tetapi pakej buffet ni telah ditamatkan. Jadi kami dapatlah merasa makanan ala buffet juga tapi makanan ni kena order dulu. Sebenarnya lebih bestlah sebab kita boleh order je apa kita nak makan. Hehe. Lupa sekejap tentang diet dan eat clean. 😛

Nama pakej ni ORDER ALL YOU WANT, EAT ALL YOU CAN. RM36 untuk dewasa.

 

Gambar makanan tak sempat ambil sangat sebab masing-masing dah kelaparan. Lama juga masa menunggu. Tapi lepas dah dapat tu, memang makan sungguh-sungguhlah sebab dah lapar sangat dah waktu tu. Dah dekat pukul 10 malam kot. Gambar ni jelah yang sempat kami ambil. Haha.

Semangat budak kecik ni makan sayur. Hehehe. Favourite dia tu.
Sayur ni sangat sedap. Dan boleh juga dihasilkan di rumah. Hehehe.

Maaf ya. Overall, makanan memang sedap! Tahap 5 bintang. Udang fresh, daging sedap, sayur pun sedap juga. Semua sedaplah yang kami pilih tu.

Saya teringin nak makan sup ketam tu tapi sebab semangkuk tu sangat banyak, tak mampu nak habiskan sorang-sorang. Jadi tak orderlah. Sebab restoran ni ada syarat tau.

Kalau makanan yang diorder tak habis makan, kena bayar. Saya dah lupa dah berapa gram perlu bayar berapa ringgit. Jadi kami pastikan kami order apa yang kami benar-benar boleh makan dan habiskan. Hehehe. Dah laaa guna voucher dapat makan free, takkan nak habiskan duit untuk pembaziran pulak kan? Rugi namanya kalau tak berhati-hati. Lagipun membazir kan amalan syaitan!

Yang mencari-cari tempat makan best dan menarik di Johor Bahru, silalah ke restoran ni ya. Kami bagi 5 bintang untuk makanannya. Waktu menunggu, 3 bintang. Hehe. 🙂

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...