5 Cara Mudah Turunkan 5 kg Dalam Masa 3 Minggu

Nak turunkan berat badan bukan ambil masa sehari atau pun seminggu. Nak naikkan berat badan 10 kg pun ambil masa bertahun-tahun jugak kan. Jadi nak turunkan berat pun mesti kena ambil masa. Bagi masa untuk diri kita turunkan berat dengan TENANG. 🙂

cara mudah turunkan berat dengan cepat

Sebelum masuk ke tips turun berat. Ada beberapa persediaan mental dan fizikal yang perlu kita buat. Apa dia?

  • Disiplin
    Kalau nak kurus, WAJIB disiplin tinggi.
  • Konsisten
    WAJIB konsisten dalam setiap tips yang diberikan.
  • Rajin
    WAJIB rajin. Rajin MAKAN, rajin BERSENAM, rajin ambil suplemen.

Ok, itu je persediaan yang kita perlu ada. Semua dalam diri kita NAK atau pun TIDAK.

Tips Turunkan Berat 5 kg Dalam Masa 3 Minggu Cara Mudah Dan Pantas

1. Eat Clean

Turun berat dengan eat clean

Apa itu eat clean? Boleh klik link di bawah untuk mengetahui konsep eat clean.

Konsep Eat Clean

Turun Berat Dengan Cabaran Eat Clean

Ya, saya turunkan berat badan 5.4 kg dengan cara eat clean selama 21 hari/3 minggu. Memang agak terkejar-kejar masa untuk sediakan makanan yang kita tak biasa buat. Mula-mula memang agak kelam kabut juga. Tapi sebab kita MAHU, kita akan cuba buat jugak. Dan lama-lama kita rasa macam MASTER CHEF pulak di dapur. 🙂

Sebab sangat senang nak masak menu-menu eat clean ni. Sangat mudah. Tak perlu tumis lama-lama, tak perlu guna minyak banyak-banyak. Hanya steam, rebus dan grill sahaja. Senang kan

2. Senaman

Turunkan berat badan dengan cepat

Memang ramai yang tiada masa nak bersenam ni. Ingat semula tujuan kita. Nak turun berat kan? Jadi WAJIB bersenam. Tak perlu lama setiap hari. Hanya perlu 30 minit sahaja. Pagi sebelum sarapan, petang atau malam. Ikut kesesuaian jadual kita. Kalau nak turun berat dengan cepat, WAJIB bersenam setiap hari.

Ingat satu je . Nak kurus ke tak? 🙂

3. Minum Air Masak

Makanan perlu dielakkan untuk anemia

Minum air masak pun WAJIB! Setiap 25 kg berat badan perlukan 1 liter air.

Contoh : Berat badan 100 kg

WAJIB minum air 4 liter sehari.

Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa 4 liter tu. Senang saja. Macam ni,

Pagi : 1.5 liter (kalau bersenam pagi memang boleh habis 1.5 liter ni)

Tengah hari : 1 liter

Petang : 1 liter

Malam : 0.5 liter

Senang kan? Kalau bersenam pada waktu petang atau malam, boleh habis 1.5 liter pada waktu tersebut.

4. Detox

Detox untuk kurus cepat

Lakukan detox dengan meninggalkan gula dan garam serta makanan berminyak. Ambil jus detox tanpa gula. Seelok-eloknya sediakan sendiri di rumah.Jika ingin beli di luar, pastikan tanpa gula walau sedikit pun. Ambil setiap hari sepanjang 3 minggu.

Di samping itu boleh ambil makanan tambahan yang berfungsi sebagai vitamin detox seperti Vivix atau Alfalfa, Garlic dan Herblax.

Saya juga mengamalkan Detox Parasit selama 14 hari dalam tempoh menurunkan 5 kg ini. Gabungan detox dan eat clean ni memang best! Cepat kempis!!!

5. Ambil Suplemen

Turun berat dengan cepat
Pengambilan suplemen melengkapkan nutrisi dan memberikan efek lebih cepat dan mudah turunkan berat badan

 

WAJIB ke? Wajib jika nak cepat turunkan berat. Sebab apa? Suplemen ni memang membantu kita bakar lemak lebih cepat. Bantu tinggikan metabolisme kita. Apabila metabolisme meningkat, makin mudah untuk turunkan berat. Sepanjang program turun berat 21 hari tu, saya ambil Set Kurus Shaklee yang asas dan Vivix.

Vivix membantu meningkatkan kadar metabolisme badan dan memberi segala nutrien yang diperlukan oleh badan.

Set Kurus pula membantu saya membakar lemak secara efektif di samping membuang segala toksin yang bersarang dalam badan.

Di samping berat turun, banyak kesihatan dalaman yang saya dapat. Yang paling saya gembira ialah tahap lemak perut (visceral fat) saya menurun dari 24 ke 16. Alhamdulillah.

cara turunkan lemak perut dengan mudah dan pantas
Alhamdulillah, ada perubahan yang baik.

Kalau nak tahu, visceral fat ni sangat bahaya untuk kesihatan dan boleh membawa maut. :(. Menakutkan bila tahu Visceral Fat saya ni sangat tinggi. Boleh kena penyakit kronik tiba2 tau! huhuhu. Oleh sebab itulah saya NEKAD untuk turunkan berat badan ni. Dengan turunnya berat badan, lemak dalam badan kita juga akan berkurangan hasil dari perubahan gaya hidup, cara makan dan senaman yang telah saya lakukan.

Mudah kan semua tips yang saya kongsikan??

5 tips ni mudah sahaja dan saya pasti semua orang boleh lakukannya.

Selamat mencuba ya!!!

Hubungi saya di 019-722 8520 (Laila-ID 854299) untuk bantuan nasihat eat clean atau pesanan Vivix dan Set Kurus Shaklee.

✿✿Jadi Ahli Shaklee Untuk Penjimatan Sehingga 20%✿✿

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail
✿FanPage : Tips Ibu Hamil, Berpantang dan Menyusu

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 19] Ayam Percik Sihat Tapi Sedap!

Ayam Percik Sihat

Ayam percik

Ayam (bakar kosong atau perap dengan sedikit garam dan kunyit)

Resepi Kuah Percik Sihat

Bahan-bahan :

1 cawan low fat milk
2-3 sudu besar plain yogurt
3-5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
3 tangkai cii kering (boleh juga gunakan cili merah segar)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1/4 asam keping/sedikit asam jawa

Cara-cara Membuatnya :

1. Kisar semua bahan kuah dan masakkan dengan api perlahan.
2. Kacau sehingga kuah pekat.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Siap!
Mudah je kan??

**Boleh juga diletakkan separuh daripada kuah ke atas ayam yang sedang dibakar.**

Selamat mencuba!

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 10] Rice Noodle Salad Yang Sangat Sedap Dan ‘Kena’ Dengan Selera

W2D10

Sarapan pagi (0800) :

Energy smoothie + 1 gelas air masak

1 biji pisang
2 sudu besar rolled oat
1 sd teh serbuk cinnamon (saya tak letak sbb memang kurang suka)
150 ml low fat milk/skim milk/almond milk
1 sd besar chia seed
3-4 ketul ais

Cara-cara

Blend kesemuanya dan MINUM! Kenyanggg! Burppp!! 🙂

Snek pagi (1030) :

1 cup Greek yogurt (plain)

Makan tengah hari (1300) :

Rice Noodle Salad (Salad Bihun Perang)

Bahan-bahan

100-150 gram bihun perang
300 gram dada ayam yang direbus
2 biji cili api (boleh tambah jika suka pedas)
Sedikit hirisan serai/bunga kantan
Daun ketumbar
Air perahan limau nipis
1 sd kecil sos ikan

Cara-cara

1. Rendam bihun sehingga lembut.
2. Masukkan sos ikan, serai, air perahan limau, serai/bunga kantan.
3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Carikkan ayam dan masukkan ke dalam sos.
5. Gaul rata bersama-sama bihun yang telah lembut.
6. Tabur bawang goreng dan daun ketumbar sebagai perasa tambahan.
7. Bolehlah NGAP! Sedap!!! Ni menu favourite saya. 😀

Snek petang (1600) :

6-8 biji almond

Makan malam (1900 ) :

Sirloin steak + Salad

Bahan-bahan

200-250g daging lembu
1 sd teh black pepper
1 sd teh serbuk cayenne (cili)

Cara-cara

Perap semua bahan sekurang-kurangnya 30 minit. Bakar dalam oven/kuali non stick.

Supper  (2230) :

2 biji telur rebus + 6 biji almond

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 8] Crispy Bake Chicken Yang Sedap!

Tadaa….

Ini dia menu hari ke 8. Sedap-sedap tau!

Cabaran Eat Clean Hari ke 8
Cabaran Eat Clean Hari ke 8

Saya share resepi untuk setiap menu ya…

Sarapan pagi (0800) :

Banana French Toast 

2 keping roti wholemeal/wholegrain
1 biji telur
2 sd teh serbuk kulit kayu manis
1/2 biji pisang

Cara-cara :

-Pukul telur dan serbuk kulit kayu manis.
-Celur roti ke dalam telur.
-Bakar roti di atas kuali non stick.
-Makan bersama-sama pisang.

Snek pagi (1030) :

1 biji epal hijau

Makan tengah hari (1300) :

Ikan Stim Limau

300-350 gram ikan tenggiri/tilapia/salmon
Hirisan lemon
Air perahan limau
1 sd kecil sos ikan
Hirisan serai dan halia

Cara-cara :

-Masukkan semua bahan ke atas ikan,
-Kukus ikan selama 15-20 minit.

Snek petang (1600) :

2 keping biskut oat.

Makan malam (1900 ) :

Crispy Bake Chicken

300-350 gram dada ayam
2 weetbix
1 sd kecil serbuk paprika
1 sd kecik serbuk cayenne
1 sd kecil garam
1 biji telur

Cara-cara :

-Hancurkan weetbix dan gaulkan bersama serbuk perasa yang telah ditetapkan.
-Celupkan dada ayam ke dalam telur.
-Salut dada ayam dengan serbuk weetbix.
-Bakar dalam oven selama 12-14 minit pada suhu 180 C atau bakar di atas kuali non stick.

Supper  (2230) :

1 cup Greek yogurt. Sedappppp!!!!!!!!!!!!!!!! 😀

Selamat mencuba ya.

Jika ada sebarang pertanyaan tentang resepi atau Eat Clean, boleh SMS/Whatsapp saya di 019-722 8520

Love,
MamaDDZ

 

Share Button

[Clean Eating Challenge : Day 1] Demi Menurunkan Lemak Di Sekitar Organ Penting

Sebenarnya saya dah mulakan diet sendiri dari Nov tahun lepas. Apa sebabnya? Sebabnya ialah saya telah ke Health & Wellness Fair di Shaklee JB. Di sana, ada pemeriksaan kesihatan yang dibuat oleh Pakar Nutrisi dengan menggunakan mesin KARADA. Melalui mesin ni kita dapat tahu berat, peratusan lemak, lemak yang terdapat di sekitar organ2 penting dan bermacam2 lagi yang kita boleh tahu tentang kesihatan badan kita. InshaAllah tahun ni saya akan dapatkan 1 mesin Karada untuk kegunaan sendiri dan keluarga serta pelanggan2 saya.

Kurus dengan shaklee

Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 'nombor' tentang dalam kita.
Ni dia gambar mesin Karada Scan tu. Kita dapat tahu macam2 ‘nombor’ tentang dalam kita.

Setelah diet sendiri, memang turun berat dalam 3.4 kg. Tapi mungkin diet yang saya buat sendiri agak strict, so menjejaskan penghasilan susu ibu dan membuatkan Baby Zara (anak saya yang ke 3 yang berusia 6-7 bulan pada waktu itu) marah-marah semasa menyusu. Mungkin pengeluaran susu sangat perlahan atau sedikit. Jadi saya stop sebentar diet cara saya dan mencari-cari diet yang sesuai untuk ibu menyusu.

Alhamdulillah, dipertemukan dengan kawan baik saya dan dia mengesyorkan saya Makan Cara Sihat atau lebih popular dipanggil Eat Clean.

Maka bermulalah journey Eat Clean saya pada 13.02.2016. Nama program ni ialah 21 Days Clean Eating Challenge bersama Cikgu Yun.

13.02.2016 (Sabtu) :

#1 Timbang berat sebelum mulakan program. Buat target berapa berat yang nak diturunkan sepanjang program dan denda apa yang kita nak buat jika tak capai target tersebut. Mesti update dalam group whatsapp. 🙂

#2 Belajar membeli makanan di luar tanpa merosakkan diet.

#3 Mengenal bahan-bahan yang lebih sesuai untuk proses diet.

#4 Keperluan minum air masak yang banyak setiap hari. Ada geng-geng dalam group boleh minum air sehingga 8 liter tau!!!

14.02.2016 (Ahad) :

Menu belum ditentukan lagi, jadi makan macam biasa. Atau nak makan makanan yang agak-agak mengidam pun boleh laaa, sehari sebelum mula. Tapi saya dah berjaga2 waktu ni. Kurangkan karbohidrat. Kebetulan Encik Suami ajak makan Kenny Rogers, so bolehlah layan tekak dan tidak mengganggu diet selagi tidak mengambil gravy yang berlebihan.

15.02.2016 (Isnin)

Dengan debaran dupdapdupdap, challenge bermula!!!! Mana tak berdebar sebab makan 6x sehari dan semuanya saya plan nak masak sendiri di rumah. Minggu pertama ni Cikgu Yun bagi kelonggaran untuk makan di luar dengan cara yang betul. Sebab realiti hari ini kadang-kadang kita tak sempat nak masak kan?

Jika masak di rumah, tidak dibenarkan ambil garam atau gula langsung dalam minggu pertama ni.

Jom tengok menu hari pertama :

Sarapan pagi : 2 keping telur, 3 biji telur putih dan 1 cawan kopi/teh (tanpa gula)

Day 1 (2)

Snek pagi : 1 biji epal hijau dan 1 gelas green tea (saya takde green tea masa hari pertama ni, minum chinese tea jee)

Day 1 (3)

Makan tengah hari : 1/2 cup nasi, kari ayam (tanpa kuah) dan sayur (rebus/grill)

Day 1 (5)

Snek petang : 1 biji karipap dan 1 gelas green tea

Masa ni dugaan hebat tak terkata sebab pergi membeli kat gerai pisang goreng favourite. Tapi sabar.. sabar jelah… Makan karipap sebiji je tau!

Day 1 (6)

Makan malam : 1 keping dada ayam bakar dan sayur (steam/grill)

Day 1 (7)

Supper : 1 cup yogurt (greek yogurt adalah pilihan terbaik) dan 1 gelas air masak

Day 1 (1)

Selesai hari pertama dengan makan 6x sehari! Pelik juga kan? Nak turunkan berat badan tapi makan sampai 6x tu! Tapi itulah cara yang sebenar supaya metabolisme kita meningkat dan senang untuk turun berat badan. Paling penting jaga ‘portion’ makanan.

Selamat mencuba makan sihat ni. Boleh hubungi saya di 019-722 8520 jika memerlukan bantuan atau nasihat tentang eat clean. 🙂

Share Button

Cabaran 21 Hari Menurunkan Berat Badan Dengan Cara Eat Clean

Apa Eat Clean ni? Kalau belum tahu, boleh baca kat link di bawah ni dulu ya.

Klik link –> Konsep Eat Clean

Sebab paling utama saya nak join cabaran ni ialah untuk turunkan berat badan yang sangat-sangat berat dalam sejarah hidup ni. Selepas keguguran kali pertama pada 2013, keguguran kali ke 2 pada 2014 dan melahirkan anak pada 2015, berat badan naik bagaikan dipam2. Huhuhu… 🙁

Jadi saya mengambil keputusan untuk turunkan berat untuk memastikan segala jenis lemak yang bersarang di dalam badan dapat disingkirkan dengan cara sihat tanpa membebankan dan menjemukan. Ternyata Eat Clean adalah pilihan yang sangat tepat di samping pengambilan suplemen dan juga senaman.

Seperti yang saya ceritakan dalam entry Konsep Eat Clean, saya join program ni dalam group yang dicoach oleh Cikgu Yun. Siapa Cikgu Yun? Boleh follow IG beliau di @heyitsyunyun dan FB beliau Fatin Ayuni.

Screenshot_2016-03-19-02-09-38-1

Sangat kagum dengan semangat beliau yang dahulunya 120 kg, kini turun berat sebanyak 40 kg dalam masa setahun setengah. Dan beliau masih lagi terus bersemangat menurunkan berat badan beliau sebanyak 20 kg. Hebat!!!

fatin ayuni

#1 Cabaran Eat Clean? Apa Tu?

Baca di entry ni ya. Klik –> Konsep Eat Clean

#2 Cabaran Ni Berapa Lama?

21 hari

#3 Kenapa 21 Hari

Kebiasaannya manusia boleh menukar habit dan meneruskan habit yang sama setelah melakukannya selama 21 hari berturut-turut. Irfan Khairi pun ada cakap macam ni jugak. 🙂

#4 Betul Ke Boleh Turunkan Berat Badan?

Ye, terbukti ramai peserta berjaya menurunkan berat badan termasuk saya. Ada yang dapat turunkan sehingga 7 kg dalam masa 21 hari.

#5 Program Ni FREE Ke?

Ia adalah berbayar. Untuk peserta baru, bayarannya ialah RM150 dan peserta yang pernah join perlu membayar RM120 sahaja. Saya join batch 10.0.

#6 Selain Dari Menu Eat Clean, Apa Lagi Yang Kena Buat?

Exercise adalah WAJIB! Untuk turunkan berat badan dan buang lemak dalam badan, WAJIB melakukan senaman kardio. Untuk mereka yang berat 80 kg ke atas, mulakan dengan berjalan kaki di sekitar rumah/taman atau berenang. Senaman kardio untuk mereka yang sangat berat kadang kala kurang sesuai kerana membebankan lutut. Saya sendiri telah cedera di bahagian lutut kerana tetap mencuba untuk skipping. 😆

Disebabkan lutut dah sakit, saya hanya teruskan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki sekeliling taman sambil menggendong baby berusia 9 bulan.

#7 Selain Tu? Perlu Buat Apa Lagi?

Setiap kali makan, anda WAJIB hantarkan gambar makanan anda ke group. Seboleh-bolehnya JANGAN PONTENG bab ni. Sebab inilah yang memberikan motivasi untuk kita terus berusaha. Mungkin agak kelam kabut sedikit untuk menyediakan makanan ni, tapi kita kan dah berjanji NAK KURUS! 8)

#8 Selain Makan Dengan Menu Yang Ditetapkan, Perlu Ke Suplemen?

Sepanjang cabaran ni, tiada suplemen yang diperlukan. Tetapi saya memang mengambil Set Kurus Shaklee, Set Kolesterol Dan Vivix. Kerana niat asal saya memang untuk turunkan jumlah Visceral Fat (Lemak di bahagian organ yang sangat berbahaya) kan? Di samping itu, semua suplemen ni dapat membantu mempercepatkan lagi pembakaran lemak dan kuruskan badan. 🙂

#9 Paling Minimum Nak Ambil Suplemen Apa?

Set Kurus Shaklee iaitu yang terdiri daripada Lecithin, Herb Lax dan Alfalfa (set paling basic) atau Lecithin dan Vivix. Vivix sangat membantu dalam penurunan berat badan kerana Vivix dapat meningkatkan metabolisme sekaligus boleh membakar lemak secara efektif.

#10 Bagaimana Nak Mula?

Boleh contact Cikgu Yun untuk coaching berbayar atau join group santai bersama saya dan rakan-rakan di Group Telegram.

Klik link –> Join group Telegram Eat Clean

Share Button

Konsep Eat Clean Yang Memang Terbukti Berkesan Untuk Menurunkan Berat Badan Tanpa Perlu Berlapar

Trending paling popular sekarang! Eat Clean! Nak kurus dengan eat clean pun boleh dan nak sihat dengan eat clean ni pun boleh.

Dan saya juga sama-sama terjebak!

Sejak November 2015 lagi saya memang bercita-cita nak diet. Sebab? Sebab bacaan Visceral Fat (Lemak di bahagian organ) sangat tinggi! Bacaannya 24 (kategori VERY HIGH!) Memang rasa sangat takut sebab boleh membawa MAUT! Mintak dijauhkanlah. Jadi saya berazam untuk turunkan berat badan. Saya mulakan dengan cara diet saya sendiri sambil berbasikal di sekeliling taman. Alhamdulillah turun juga dalam 3 kg macam tu. Dan alkisahnya terbaca di FB tentang eat clean ni. Memang terus berminat nak join. Memang ada group yang buat eat clean secara berkumpulan dan di coach oleh seorang cikgu. Saya join dengan Cikgu Fatin Ayuni yang glamour dengan panggilan Cikgu Yun/Ticer Yun. Boleh hubungi beliau untuk join kelas online dengan beliau yaa… 🙂

Ok, kembali kepada topik kita. Apa bendanya Eat Clean ni?

Konsep Eat Clean Yang Memudahkan Semua Orang Untuk Turunkan Berat Badan

#1 Makan pada waktu yang tepat dan tetap setiap hari.

Waktu Paling Baik Untuk Makan

 

#2 Makan dengan portion yang betul. Iaitu 1/2 pinggan sayur, 1/4 pinggan protein dan 1/4 pinggan karbohidrat.

portion pinggan eat clean
Sumber : Google

#3 Mesti makan 6X sehari dalam portion yang kecil.

#4 Minum air masak 2 – 3 liter sehari mengikut berat badan. Setiap 25 kg = 1 liter air.

Makanan perlu dielakkan untuk anemia

#5 Ambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar setiap hari.

Vibrant Produce

#6 Sediakan sendiri makanan di rumah kerana kita boleh pastikan bahan-bahan yang kita gunakan adalah ‘clean’ (tiada garam, gula dan perisa yang berlebihan)

masak sendiri di rumah

 

#7 Makan lemak sihat seperti kekacang, avocado dan telur.

mixed-nuts-kernels

#8 Pilihlah makanan organik.

organic-food

Secara ringkasnya, anda boleh gunakan gambar di bawah sebagai panduan untuk Eat Clean.

PhotoGrid_1458324938446

Apa Yang Perlu Dielakkan Untuk Eat Clean?

#1 Elakkan makanan yang diproses seperti nugget, ayam goreng frozen, burger dan yang seumpama dengannya.

#2 Elakkan gula putih, roti putih. Gantikan dengan madu dan roti gandum penuh.

#3 Elakkan fast food seperti KFC, Pizza dan yang seumpama dengannya.

#4 Elakkan makan di luar. Jika keadaan memaksa untuk makan di luar, makan secara ‘clean’ iaitu portion yang betul dan tanpa kuah kerana di dalam kuah terselindung pelbagai perisa dan garam.

#5 Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak.

#6 Elakkan menggunakan minyak yang banyak atau minyak tidak sihat. Seeloknya gunakan minyak zaitun dalam kuantiti yang sedikit.

Ok, nanti kita sambung pula tentang cabaran yang saya lalui dengan Cikgu Yun selama 21 hari secara berjemaah.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...