Bisnes Dropship Dari Rumah Yang Menguntungkan Dengan Modal Kecil

Ekonomi sekarang makin lama makin meruncing. Makin menjerut leher. Paling sedih dan hampir menitis air mata apabila saya dengar cerita anak sulung yang mengatakan kawannya ada yang bawa duit 10 sen sahaja ke sekolah.

10 sen tu nak beli apa? Mana ada makanan di sekolah sekarang yang berharga 10 sen?

Mama : Kawan tu bawa bekal ke tak?
Kakak Damia : Tak mama. Tak makan pun masa rehat.

Sedih mendengarnya. Saya faham. Ibu ayah mereka bukan sengaja tak nak bekalkan makanan atau duit belanja. Mungkin keadaan kewangan yang meruncing dan kesibukan yang melampau sehinggakan ibu ayah mereka tak mampu sediakannya.

Untuk elakkan anak-anak terus menjadi mangsa kesibukan dan kekurangan pendapatan kita, apa kata kita cuba usahakan bisnes dari rumah yang boleh beri keuntungan lumayan.

Ada Ke Bisnes Yang Jana Pendapatan Lumayan Dengan Modal Rendah?

Bisnes dropship dari rumah yang menguntungkan

 

Ada.

Nak mulakan bisnes Shaklee ni modalnya serendah RM75.90 sahaja. Dah ada keahlian Shaklee, secara automatik anda dah layak untuk promosikan bisnes anda. Sistem online sudah tersedia. Tinggal ambil order sahaja. Kan konsep dropship tu.

Bisnes Dropship Dengan Modal Kurang Dari RM100

1. Sistem online disediakan. Pelanggan order dan kita hanya order secara online sahaja. Shaklee yang uruskan pengeposan kepada pelanggan.

bisnes dropship yang menguntungkan

2. Kita tak perlu keluarkan iklan jutaan ringgit untuk buat iklan di Billboard. Shaklee dah cukup terkenal di negara kita mahupun di luar negara.

3. Kita tak perlu buka kedai dan keluarkan modal besar untuk sewa kedai serta pekerja. Semuanya boleh dijalankan secara online sahaja.

Jika guna blog, hanya keluarkan RM100++ sahaja setahun.

Jika mahukan medium yang percuma, kita boleh guna Facebook atau Instagram sahaja.

Kos adalah ZERO dan kita boleh dapat pendapatan yang lumayan jika kita rajin berkongsi.

bisnes onlien yang lumayan

 

4. Kita tak perlu pergi ketuk rumah orang satu-satu untuk buat jualan. Boleh buat secara online sahaja dengan syarat disiplinkan diri dan konsisten. InshaAllah jika kita rajin berusaha dan kerjakan dengan betul, pendapatan adalah lumayan dan boleh cecah 5 angka tau.

Cuba tengok purata pendapatan bulanan mereka yang bisnes Shaklee di sini. Paling minima pun RM1500 tau. Siapa nak bagi pendapatan sampingan kita macam ni kan?

jana pendapatan lumayan dari rumah shaklee

5. Pilih kumpulan yang betul supaya sentiasa dapat sokongan walau apa pun melanda.

6. Dengan memilih kumpulan yang betul juga, anda bakal dapat bantuan marketing yang mantap. Hanya perlu menggerakkan jari jemari sikit je. 🙂 Daftar dengan Group Freedom Family dan akan dapat keistimewaan-keistimewaan ini. Secara automatik, anda akan berada di bawah naungan group iReach yang sangat hebat dan sarat dengan perkongsian ilmu tanpa batasan.

Dalam bisnes ada masa kita jatuh dan bangun. Di saat kita jatuh, kita sangat perlukan sebuah kumpulan yang boleh memberi sokongan yang padu tanpa mengira kita berada di tangga mana sekali pun.

SMS/Whatsapp ke 019-722 8520 untuk mendaftar dengan kumpulan Freedom Family (anak kumpulan iReach).

Atau

Boleh isi form ni untuk saya hubungi anda.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Laila Ismail

 

 

 

Share Button

Teknik Ajar Anak Menabung Dan Bisnes

“Nanti nak pergi jalan-jalan, saya nak beli biskut sedap tu tau!”
*biskut famous amous ler tu…*

“Mama, saya takde kasut laaa nak jalan-jalan ni. Saya nak beli kasut baru”

surirumah bergaji

Ngomelan anak pertama dan anak kedua. Mujur anak ketiga baru pandai cakap NAK, NANAK, AIR, MAMA, PAPA je. Kalau tidak, tambah lagi satu keinginan. Hehe.

Permintaan mereka macam-macam. Sebagai mama, memang rasa nak beri je semuanya apa yang mereka mahukan. Namun, mama kena bijak mendidik anak bidang kewangan dan menjadi usahawan.

Jika barang keperluan, InshaAllah mama dan papa selesaikan tanpa banyak soal.

Jika kemahuan, mereka perlu menyimpan dari duit belanja sekolah mereka. Biasanya kami akan sama-sama survey harga barang tersebut. Dan mereka akan kumpul duit belanja sekolah mereka setiap hari demi mendapatkan barang yang mereka mahukan.

Selain tu mereka bisnes. Haaaa… bisnes apa tu?

1. Bisnes ais krim malaysia. Pastinya aiskrim homemade. Mama tukang cek kualiti ais krim. Hehe. Tiada gula putih dan diperkaya dengan Meal Shakes.

2. Servis dan dapat upah, buat kerja-kerja rumah. Contohnya basuh pinggan dapat rm2. Lipat baju dan jemur baju rm1-rm5, bergantung kepada kuantiti baju. Hehe. Kadang-kadang kena kerja secara percuma. Itu tolong mama namanya. Tolong mama, murah rezeki. Hehe.

3. Sedekah. Saya cuba terapkan kepada mereka makin banyak sedekah makin banyak rezeki. Walaupun mungkin belum faham konsep ni, mereka terima dengan hati yang terbuka.
Alhamdulillah.

Terapkan sedari kecil tentang kewangan dan bisnes. InshaAllah mereka faham tentang kewangan dan bagaimana perlu usaha keras nak dapatkan D.U.I.T.

Jimat
Menyimpan
Tambah pendapatan.

Semoga anak-anak kita berjaya dalam menguruskan kewangan dan menambah pendapatan.

Selamat Mendidik!

Mahukan tip-tip bisnes tanpa perlu online 24 jam sehari? Hubungi akakSelim sekarang.

SMS/Whatsapp ke 019-722 8520

Share Button

Siapa Sebenarnya Bos Kita Dalam Bisnes?

Apabila kita menceburi bidang bisnes, kita adalah BOS kepada bisnes kita, syarikat kita. Tapi benarkah kita adalah bosnya?

 

Adakah KITA adalah bos?

Atau

Allah adalah bos kita?

Sejak terjun dalam bidang bisnes ni, akak selim banyak belajar tentang pergantungan kita dengan kuasa Allah. Bukannya sebelum bisnes ni tak faham pergantungan kepada kuasa Allah. Tapi agak berbeza perasaannya. Dalam bisnes, kita tidak ada siapa yang boleh pantau kerja-kerja kita, yang boleh tengokkan kerja kita selain diri kita sendiri. Pergantungan kita hanya kepada Allah semata-mata.

Segala hajat kita? Kita minta kepada Allah.

Segala impian kita, kita mohon kepada Allah.

Segala kekecewaan kita, kita mengadu kepada Allah.

Segala keperitan kita, kita menangis di hadapan Allah.

Dalam bisnes, hanya Allah BIG BOSS kita. Hanya Allah!! Kerana hanya Allah yang mampu membolak-balikkan hati manusia.

Jadi, mesti PERCAYA dan BERDOA  seterusnya USAHA.

Percaya rezeki hanya dari Allah, tiada sesiapa pun yang mampu menahannya atau menurunkannya kecuali dengan izin Allah.

Seterusnya haruslah berusaha dengan gigih untuk mencapai apa yang kita impikan dan cita-citakan dalam bisnes kita.

InshaAllah, perjalanan bisnes kita dipermudahkan dan diberi keberkatan.

========================

Akak Selim
Pergantungan hanya kepada Allah
La hawla wala quwwatailla billah.

========================

 

 

Share Button

Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baru Yang Sedang Menganggur

Zaman sekarang ni bukan macam zaman akak selim habis belajar 10-15 tahun yang lepas. Zaman sekarang ramai yang menganggur walaupun ambil jurusan perubatan, pergigian dan perguruan yang sepatutnya terus dapat kerja selepas tamat belajar di universiti.

Peluang bisnes untuk graduan menganggur
Graduan perubatan dan pergigian yang cantik manis dan hensem pun terpaksa menganggur menunggu peluang pekerjaan.

Dah habis belajar, nak bayar pinjaman PTPTN lagi kan? Bagaimana nak bayar, kerja pun belum dapat. Kesian adik-adik kita. Kusut memikirkannya.

Ini adalah luahan seorang anak muda yang mengalami nasib yang sama, masih menganggur menantikan pekerjaan. Ikuti luahannya di Facebook beliau. Sumber : Aliff Azrai Zain

Bertabahlah wahai sahabat seusia ku,antara umur 22 ke 26 tahun. zaman kita ini ada Diploma ke, Ijazah ke, Master or Phd belum tentu lg mampu untk masuk sektor kerajaan. simpanlah Sijil kita itu sebagai Kenangan dan tanda Ilmu yg pernah kt pelajari. Gambar konvo yg kita melangkah terima skrol tu simpanlah juga untk tontonan anak cucu kita nanti.

Skrg memang susah nak dpt penempatan kerja dlm sektor kerajaan dan swasta. tmasuklah graduan perubatan, perguruan yg dpt biasiswa kerajaan sekalipun ada yg dah hampir nk masuk 2 tahun mengangur mash x di panggil untk penempatan.

saya tpikir juga mcm manalah agaknya generasi adik adik akan dtg. semakin hari semakin bertambah bilangan anak2 Malaysia ni,bgaimana nasib mereka suatu hari nanti.

kalau di lihat dlm website SPA8, kerajaan sdg membekukan pengambilan pekerja. dan mengoptimunkan bilangan pekerja. maksudnya kalau ada kekosongan brulah akan ambil pekerja baru..nak tunggu kekosongan yg letihnya.krn Tngu pakcik dan makcik nak pencen umur 60 tahun bru ada kekosongan. memang agak sikitlahh yg pencen sb bilangan mereka tak ramai.

so,mulai skrg. anak muda kena letak dlm mindset bhawa kita belajar diploma atau ijazah bukan tiket untk dapat kerja. dan perlu fikir juga mcm mana nk byr blik pinjaman Ptptn dan Mara selepas hbis blajar.

Nak tak nak kita kena fikirkan 10 halatuju yg hendak kt lakukan setelah tamat belajar untk teruskan kehidupan.selepas senaraikan 10 halatuju tersbut kaji dan pilihlah yg terbaik. contohnya seperti berniaga ke, kerja kilangke,buat perkhidmatan ke, kerja dgn orang ke dan sbagainya. asalkan halal dan dpt kita teruskn hdup untk sara kehidupan diri sendiri dahulu tanpa mengharapkan duit mak ayah lagi.

jangan risau sahabat rezeki di bumi Allah ni luas,bukan hanya terhad kpd sektor kerajaan sahaja. yg tak ada ijazah,master pun dah ramai yg bjaya dan kaya raya dlm bidang mreka cuburi. Perjalanan hidup kita masih jauh dan kita tak akan jangka apa akan berlaku pd kehidupan kita 10 tahun akn dtg iaitu ktika umur 32 hg 36 tahun.

dan kpd Yang dapat kerja bagus selepas tamat belajar itu,itu adalah rezeki anda. dan hargailah rezeki itu dgn kerja bersungguh2 krn ramai yg menginginkan apa yg anda nikmati itu.

saya sendiri pun kerja sendri.buat bisnes . kadang2 org kata sy mengangur dan tak ada masa depan. tak per. krn manusia boleh jer ckp apa sahaja. Mereka bukan Tuhan yg aturkan khdupan kita, dan mereka tak tahu apa yg kita rasa dan lalui.

Itu sahaja. terima ksh sudi bca ya. lama dah tak tulis panjang2. ini hanyalah pendapat peribadi saya saja. tak kena mengena yg hidup mahupun yg mati.

Itulah hakikatnya nasib anak-anak muda yang tamat belajar zaman kini. Walau cemerlang mana sekali pun, mereka terpaksa menunggu peluang dan kekosongan jawatan. Memang kesian kan? Akak selim juga mempunyai anak saudara lepasan jurusan perubatan, juga masih menunggu peluang pekerjaan. Itu lepasan jurusan perubatan tau. Bukan calang-calang orangnya. Dan sekarang beliau memulakan bisnes Shaklee sementara masih menganggur dan berjaya mendapat bonus pertamanya bulan Oktober yang lepas.

Bisnes Shaklee adalah pilihan yang sangat sesuai dan tepat untuk graduan baru yang menganggur atas beberapa faktor.

Kenapa Bisnes Shaklee Sangat Sesuai Untuk Para Graduan Baru Yang Menganggur?

1. Modal Kecil Kurang Dari RM100

Bisnes yang menguntungkan
Bisnes Shaklee modal rendah kurang dari RM100

Modal rendah dan mampu dibayar iaitu keahlian Shaklee RM68.90 dan ditambah dengan kos pengeposan member kit RM10.60. Jadi total untuk memulakan perniagaan hanyalah RM75.90 sahaja. Sebaik sahaja adik-adik membayar kos keahlian ini, adik-adik terus memiliki satu ruang perniagaan yang sangat luas dengan menjalankannya secara online.

2. Tidak Perlu Keluar Rumah

Adik-adik kan masih menganggur. Masih tiada kenderaan sendiri untuk keluar ke sana ke mari. Jadi bisnes Shaklee ni memang sesuai sebab adik-adik boleh order Shaklee ni secara online sahaja. Tidak perlu keluar ke pejabat pos untuk mengepos barang. Semuanya boleh dilakukan di atas talian.

3. Tiada Kos Tersembunyi Atau Kos Beli Stok

Continue reading Peluang Pekerjaan Untuk Graduan Baru Yang Sedang Menganggur

Share Button

6 Sebab Kenapa Perlu Bisnes Online Dari Sekarang

Ramai yang dah mula berjinak-jinak dengan bisnes online sekarang ni. Terutamanya yang baru nak mula berniaga. Besar atau kecil bisnes kita, yang paling penting kita mulakan hari ini. Kalau baru nak mula tu, akak selim cadangkan untuk buat bisnes secara online dahulu. Sama ada bisnes dropship atau bisnes sendiri yang tak perlu keluarkan modal beribu-ribu untuk mulakan.

Akak selim kongsikan kenapa bisnes online lebih sesuai untuk mereka yang baru nak mula berniaga.

6 Sebab Kenapa Perlu Pilih Bisnes Online Hari Ini

1. Modal Kecil

Akak selim mulakan bisnes Shaklee secara online dengan modal kurang dari RM100. Modalnya hanya register keahlian Shaklee dan anda terus layak berbisnes. Dengan RM68.90, anda sudah ada kedai online anda. Hanya perlu sediakan platform online untuk pasarkan sahaja.

2. Pasaran Yang Sangat Luas

Bila kita bisnes secara online ni, pasaran kita adalah seluruh dunia. Tidak terhad ke satu-satu tempat sahaja. Kalau kita buka kedai fizikal di Kulai contohnya, kita hanya akan dapat pelanggan dari kawasan-kawasan yang berdekatan sahaja kan? Berlainan pula dengan kedai online ni. Kita boleh sampai ke mana-mana sahaja.

Akak selim sendiri pernah hantar Shaklee ke Jepun, Australia dan Indonesia. Kan pasaran kita meluas tu?

3. Kos Penyelenggaraan Yang Murah

Hampir ZERO. Tapi untuk buat kedai online yang lebih baik, adalah juga modalnya tapi tidaklah semahal kedai fizikal. Banyak yang kita kena fikir jika kita buka kedai ni. Sewa kedai, bil letrik, bil air, gaji pekerja. kan banyak tu. Jika kita baru nak berjinak-jinak dengan bisnes, memang bisnes secara online ni adalah yang paling sesuai untuk anda.

4. Jimat Masa

Dengan bisnes online ni kita tak perlu membazir masa berada di kedai atau memantau pekerja di kedai kita. Kita hanya perlu lakukan secara online sahaja.

Dengan bisnes Shaklee, kita tak perlu ke pejabat pos untuk menghantar pesanan pelanggan. Semuanya Shaklee yang uruskan. Kita hanya perlu order di website Shaklee dan Shaklee hantar kepada pelanggan mengguna Gdex atau City-Link.

Shaklee2u yang disediakan oleh pihak Shaklee untuk pengedar Shaklee membuat tempahan untuk pelanggan. Mudah kan?

5. Lebih Masa Bersama Keluarga

Alhamdulillah, akak selim dah nak masuk tahun ke 3 bisnes secara online ni di rumah. Sebelum ni akak selim bekerja sepenuh masa dan bisnes secara part time sahaja. Sekarang semuanya akak selim lakukan di rumah sambil menjaga anak-anak tercinta. Alhamdulillah. Bila bisnes online ni, anak depan mata pun bisnes tetap berjalan seperti biasa. Nak tips bisnes dari rumah? Boleh klik link di bawah ni ya.

Tips Bisnes Dari Rumah

6. Tak Perlu Simpan Stok

Bab stok ni pula, bergantung kepada bisnes apa yang kita buat. Banyak juga bisnes  online yang lain perlu simpan stok sendiri.

bisnes online mudah dengan shaklee
Hanya order dengan Shaklee dan Shaklee hantarkan kepada pelanggan.

Macam bisnes yang akak selim buat ni, memang tak perlu simpan stok sendiri pun. Semuanya Shaklee yang simpankan. Kita hanya perlu dapatkan customer, customer bayar dan kita order dengan Shaklee. Mudah kan?? Yang paling penting, kita tak risau stok berlambak kat rumah.

Yang baru nak mulakan bisnes atau cuba nak bisnes, akak selim boleh ajarkan satu persatu. Kita bina kerjaya dari rumah bersama-sama. Jika ada keinginan, tiada apa yang boleh menghalang impian dan cita-cita kita. InshaAllah.

Hubungi akak selim hari ini untuk mulakan bisnes anda sendiri. SMS/Whatsapp ke 019-722 8520.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Smartphone Pilihan Untuk Bisnes Online Akak Selim

Zaman sekarang ni ramai yang memilih untuk bisnes menggunakan smartphone kan? Hanya dengan smartphone dan line internet je dah cukup untuk kita ada bisnes secara online. Tak perlu nak ada macam-macam yang lain dah.

Smartphone pilihan akak selim ialah Samsung Note. Sejak mula bisnes Shaklee secara online ni, memang Samsung Note pertama yang menjadi pilihan akak selim. Dan yang terkini dan terakhir buat masa ni Samsung Note 3. Memang minat terhadap Samsung Note tu sangat mendalam. Sebab? Ada pennya tu. Akak selim suka menulis dan suka tulisan sendiri. Opss… :P. Konon tulisan cantik laa kan. Tapi sekarang ni dah ada macam-macam aplikasi untuk buat tulisan cantik-cantik ni. Jadi mungkin akak selim dah boleh beralih arah ke jenis lain pulak kot.

Handphone kesayangan akhirnya mati lemas.

Kisah sedihnya Samsung Note 3 akak selim dah tenggelam air dan dah mati dah. Sedih! Sedih sungguh sebab akak selim ni jenis yang jaga barang betul-betul. Walaupun dah guna lebih 2 tahun, 1 calar pun masih belum ada kat smartphone tu. Tapi dah takdirnya akak selim terpaksa berpisah.

Kisah tu berlaku di Melaka Wonderland. Kisahnya ada di sini. Klik link di bawah.

Berakhirnya Nyawa Samsung Note 3 Akak Selim

Buat masa ni akak selim gunakan Tab Samsung 2014. Punyalah besar!! Tapi sabar dulu buat masa ni. Kita penuhkan tabung untuk smartphone yang lebih baik. InshaAllah.

Smartphone idaman akak selim untuk 2017 ialah

1. Android. Semestinya android sebab akak selim tak punya waktu untuk menggodek iPhone yang pernah menjadi idaman hati jugak. Tapi guna sekejap hari tu, macam kurang sesuai dengan jiwa akak selim ni.

2. Brand Samsung jugak! Hahaha… tak mampu nak berpisah. :P. Samsung di hatiku.

3. Skrin mesti sederhana besar. Bukan kecil macam iPhone semestinya. Maklumlah bisnes guna handphone je kan. Wajiblah yang besar sikit tapi bukan besar gabak macam Tab 10 inci sekarang ni. Huhuhu

4. Gambar mesti cantik. Bukan sebab nak selfie macam Oppo nak cantik macam Nora Danish. Tapi akak selim ni jenis mata yang tak suka tengok gambar kelam-kelam. Suka gambar lawa2. Gambar produk ke, gambar anak-anak ke.. Mesti nak cantik. Tapi nak guna smartphone. Mudah, semua dalam satu gajet je. Tak perlu nak bawa kamera besar kan?

5. Mungkin juga Samsung Note keluaran terbaru. Bukan Note 7 lah kannnnnnnnn… Hihi. Kesian kisah Note 7 ni. Akak selim tunggu Note 8. InshaAllah.

6. Bajet? Kita simpan jelah mengikut harga smartphone impian!

Haaa…… smartphone ni penting untuk peniaga online ni. Sebab kita mungkin tak dapat nak duduk depan PC/laptop sepanjang masa kan.

Macam akak selim ni, selalu hantar-ambil anak sekolah dan juga ada anak berusia setahun lebih. Memang ada kekangan sikit nak duduk diam-diam depan PC. Baby akak selim tu pun nak join menaip sama-sama. Alamatnya memang tak terupdate laaa info-info bisnes akak selim kannnnn…

Jadinya, smartphone memang sangat penting untuk akak selim bisnes. Sebab bisnes Shaklee ni mudah je. Ada smartphone dan ada line internet, terus boleh buat.

Yang nak bisnes mudah dan hanya ada smartphone je pun boleh buat. Hubungi akak selim untuk mulakan bisnes anda hari ini.

Sms/whatsapp ke 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Mampu Belanja Family Walaupun Hanya Surirumah

Hampir 2 tahun dah akak selim berhenti kerja di sebuah syarikat Panaxxx selepas 13 tahun setia berkhidmat. 🙂 Alhamdulillah, akhirnya Allah beri peluang untuk akak selim berkhidmat di rumah pula. Berkhidmat sebagai mak supir, masterchef, manager, tukang sapu, tukang mop, penghibur dan pelbagai ‘kerjaya’ di rumah. Bukan itu sahaja, akak selim adalah ibu yang bekerja di rumah. Alhamdulillah setakat 2 tahun bekerja ni, masih tetap dapat income/bonus 4 angka setiap bulan tanpa gagal.

Bisnes yang menguntungkan

Dari mana income ni? Akak selim buat bisnes Shaklee sepenuh masa. Ya, sepenuh masa! Inilah kerjaya sebenar akak selim dari rumah. Dalam masa yang sama menguruskan rumah bersama 3 orang puteri yang cantik-cantik sedang membesar. Alhamdulillah.

Biasanya bonus Shaklee ni akak selim buat belanja keluarga makan-makan. Selain tu, keluarkan zakat, berikan pada mak, bayar segala hutang yang ada dan belanja keluarga semasa travel. Memang big boss (encik suami) akan belanja semua tapi seboleh-bolehnya akak selim juga ingin menyumbang untuk keluarga.

bonus-shaklee
Kenangan raya 2016, jalan-jalan Zoo Taiping

Kadang-kadang akak selim ambil peluang untuk bayar tol ke, isi minyak atau belanja makan. 🙂 Seronok sebenarnya bila dapat keluarkan duit untuk keluarga ni. Terutamanya bila tengok anak-anak seronok, secara tak langsung kita pun rasa gembira dan bahagia.

Akak selim rasa semua ibu bapa pun macam tu kan? Kalau hanya surirumah sepenuh masa tanpa pendapatan, memang akak selim tak mampulah nak berbelanja untuk keluarga. Sekarang ni Alhamdulillah ada pendapatan sendiri.

Bisnes yang menguntungkan
Bisnes Shaklee modal rendah kurang dari RM100

Anda surirumah? atau pelajar yang ingin jana pendapatan sampingan dari rumah? Akak selim boleh bantu untuk jana pendapatan dari rumah secara online sahaja. Modal pun rendah sahaja kurang dari RM100. Segala urusan pun online. Tidak perlu bersusah payah untuk keluar ke pejabat pos atau ke mana-mana untuk menuntut ilmu mahu pun untuk menghantar barang. Semuanya Shaklee dah sediakan. Kita hanya cari customer sahaja.

Akak selim akan ajar bagaimana menjalankan bisnes ni secara terperinci. InshaAllah kita sama-sama lakukannya ya.

Hubungi akak selim di 019-722 8520

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Perkongsian Ilmu Geng iReach Memang Best

Akak selim ni memang jenis suka menuntut ilmu secara online ni. Mulakan bisnes Shaklee dulu pun tak pernah jumpa mentor ‘face to face’ pun. Berdasarkan kepercayaan dan rasa ukhuwwah, kami bertukar-tukar pendapat dan menimba ilmu dari mentor Shaklee akak selim Lyna Noh secara online. Alhamdulillah akak selim memang suka cara ni.

kali-pertama-master-lyna
Kali pertama bertemu mata dengan mentor bisnes Shaklee akak selim. Yang lain-lain tu anak-anak bisnes kesayangan akak selim. Mereka ialah Geng Freedom!

Cuma bila dah lama kita kenal secara online, teringin juga nak kenal tuannya kan? Tambah-tambah mereka yang sentiasa menjadi inspirasi kita dalam bisnes setiap hari. Dan mereka ajar kita secara PERCUMA, tanpa bayaran walau 1 sen pun.

Kalau kita belajar kat luar topik yang mereka ajar tu, bayarannya boleh mencecah ratusan dan  ribuan ringgit. Ini kan dapat PERCUMA. Pastilah akak selim tak lepaskan peluang untuk sertai.

Salah satunya ialah kelas blog yang dianjurkan oleh Geng ASB iReach. Kelas ni penuh dengan perkongsian ilmu-ilmu penting tentang blog. Akak selim sangat suka kelas ni sebab apa yang diajarkan oleh Master Z adalah perkara teknikal tetapi diajar secara santai dan mudah difahami. Dan paling penting dapat dipraktikkan terus dalam penulisan blog akak selim. 🙂

kelas-blog-kembara-asb
Kelas blog bersama Kembara ASB

Selain daripada tu, akak selim sangat suka kelas Quranic Coaching. Kelas tafsir Al-Quran yang dibawakan oleh Master Z juga. Akak selim memang dah lama nak belajar tentang tafsir ni. Seolah-olah pucuk dicita ulam mendatang! Ada orang nak ajar depan-depan mata kan? Dan ilmu yang disampaikan ni bukan ilmu yang direka-reka sendiri tetapi adalah dari Ustaz Nouman Ali Khan (NAK), yang merupakan ustaz yang menjadi idola akak selim juga secara online. Apabila dengar perkongsian daripada Master Z, seolah-olah terngiang-ngiang suara Ustaz NAK.

mentor-zainulyna
Mentor bisnes akak selim. Master Z dan Master Lyna
kelas-quran
Baby Zara pun join kelas Quranic Coaching ni. 🙂

Kelas-kelas ni diadakan di Cawangan Shaklee JB. Mereka turun dari KL semata-mata untuk menyampaikan ilmu kepada kami geng iReach Selatan. Untung kan? Kalau lepaskan peluang tu, memang RUGI!

kelas-ireach
Kelas kami yang tak sunyi dari anak-anak di sekeliling. Bisnes mesra anak-anak.
master-z
Master Z

Ini adalah antara gambar kelas-kelas perkongsian ilmu yang lain yang akak selim join. Memang seronok dapat ilmu dari mereka yang berpengalaman ni. Alhamdulillah.

kelas-ireach-lyna lyna-irene

Pendapat akak selim, jika kita mahu berjaya berkawan rapatlah dengan mereka yang pernah berjaya. Carilah mentor yang berpengalaman dan telah melalui pelbagai liku-liku pahit manis masam perjuangan dalam bisnes Shaklee. Mereka akan ajar apa yang telah mereka lakukan sehinggalah mereka berjaya mencapai rank tertinggi dalam Shaklee, Master Coordinator.

InshaAllah, akak selim juga bakal Master Coordinator 2017 nanti. InshaAllah. Mohon kawan-kawan doakan sekali ya. 🙂

Ingin sertai keluarga besar kami yang sentiasa mesra kanak-kanak? Sarat dengan ilmu? Hubungi akak selim di 019-722 8520 untuk berada di dalam kumpulan yang positif dan bermotivasi tinggi.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button

Bisnes Dari Rumah Yang Mudah Dan Menguntungkan

Untuk mereka yang baru berjinak-jinak memulakan bisnes, pastilah nak bisnes yang mudah sekaligus menguntungkan bukan?

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang sangat mudah untuk diselenggarakan kerana semuanya kita boleh lakukan secara online.

-Nak order barang?

Kita boleh lakukan secara online. Pihak Shaklee yang tolong poskan tempahan pelanggan kita. Tak perlulah kita bersusah payah beratur berjam-jam di pejabat pos. Kita hanya order dan buat bayaran, Shaklee yang tolong poskan bagi pihak kita.

-Melihat hasil jualan harian?

Kita boleh cek secara online juga. Tak perlulah kita tuliskan senarai tempahan vitamin daripada customer. Semuanya kita boleh rujuk kembali di dalam sistem Shaklee.

-Senarai pelanggan

Sebagai pengedar Shaklee bertauliah, kita akan cuba sedaya upaya untuk follow up pelanggan kita. Jika mereka ada masalah dengan penggunaa vitamin Shaklee, kita cuba berikan konsultasi yang terbaik. Dengan Shaklee, senarai pelanggan yang berdaftar di bawah kita telah disediakan.

Yang belum mendaftar sebagai ahli tu, kita wajiblah buat secara manual ya. Masukkan dalam buku log atau Excel.

Semuanya di atas talian, sangat mudah, semudah A-B-C!

-Kelas atau info

Kebanyakan kelas atau perkongsian ilmu adalah melalui online. Ia lebih mudah terutamanya untuk mereka yang berjauhan dengan mentor/upline seperti akak selim. Mentor akak selim di Kuala Lumpur dan akak selim di Johor. Namun, tiada masalah timbul dalam proses akak selim nak belajar mahu pun mentor akak selim mengajar.

Bagaimana Bisnes Shaklee Menguntungkan?

1. Cash Bonus

Cash bonus ni terbahagi kepada 2. Yang pertama ialah untung runcit yang kita dapat daripada setiap jualan kita.

Yang kedua ialah bonus yang Shaklee berikan setiap bulan berdasarkan jualan kita untuk bulan tersebut.

Cash bonus yang Shaklee berikan adalah sehingga 21% setiap tengah bulan. Ianya bermula dari 5% sehinggalah ke 21% mengikut jualan bulanan kita. Makin banyak kita jual, makin banyak kita dapat bonus.

Bonus paling rendah sebagai leader dalam bisnes Shaklee adalah lebih kurang RM2000.

2. Car Bonus

Bonus yang dibayar setelah kita berjaya menamatkan cabaran Program Car Bonus yang agak mencabar selama 3 bulan atau 4 bulan. Alhamdulillah jika kita berjaya melepasi cabaran ni, kita berhak mendapat car bonus setiap bulan mengikut terma dan syaratnya.

Car bonus Shaklee
Usaha gigih untuk dapatkan car bonus amat berbaloi.

Memang kena kerja keras untuk dapatkan Car Bonus ni, bila dah lepas kriteria untuk dapatkannya memang rasa sangat puas hati dan berbaloi-baloi usaha kita tu. Alhamdulillah.

3. Travel Bersama Shaklee Yang Bertaraf 6 Bintang

Dengan pengumpulan jumlah mata tertentu, Shaklee menyediakan trip bertaraf 6 bintang di dalam dan luar negara. Shaklee bukan sahaja menyediakan penginapan yang mewah-mewah, tetapi layanan dan juga lengkap dengan duit makan.

Yang terkini ialah percutian ke Langkawi bertaraf 6 bintang tajaan Shaklee. Boleh klik link di bawah untuk cerita penuh tentang trip Langkawi.

Trip ke Langkawi tajaan Shaklee

Ternyata bisnes Shaklee ni memang menguntungkan untuk mereka yang rajin berusaha. InshaAllah. Setiap orang ada peluang untuk mencuba.

Jika anda masih ragu-ragu untuk memulakan bisnes Shaklee, sila Whatsapp akak selim untuk akak selim kongsikan pengalaman akak selim sendiri.

Alhamdulillah kini menjalankan bisnes Shaklee hanya dari rumah sahaja sambil menjaga anak-anak syurga kami.

Hubungi akak selim di 019-722 8520 untuk Bisnes Online Bersama Akak Selim (BOBAS)

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

 

Share Button

Impian Akak Selim 20 Tahun Lagi

Di kala ini, mama laila sedang memujuk anak ke 3 yang sedang down kerana di’reject’ customer yang nak beli vivix 13x lebih power dari vivix 20 tahun yang lepas.

Vivix 13 x lebih power
Vivix 13 x lebih power

Mama laila yang sudah bergelar nenek itu memujuk sambil berkata

“Yang pergi itu sebenarnya tidak layak menjadi customer zara, orang lain jauh lebih layak baby.


Jauh akak selim berangan.

Zara, anak ke 3 akak selim waktu itu sudah berusia 21 tahun. Dinie, 26 tahun dan Damia 28 tahun. Wowww! Dah dewasa anak-anak akak selim. Dan akak selim sendiri sudah berusia 58 tahun!! InshaAllah, impian akak selim 20 tahun lagi dikelilingi anak2 dan cucu2 yang comel.

Pada waktu itu akak selim masih lagi meneruskan hidup di bandar. Maklumlah nak berdekatan dengan anak-anak cuculah kan. Kesian pula kalau akak selim di kampung, kalau-kalau diorang ada kekangan masa ke kan nak balik untuk jenguk kami. Kalau tinggal berdekatan tu, mudahlah sikit akak selim nak jumpa anak-anak cucu kan?.  Dan memudahkan mereka juga untuk bertemu ibu bapa mereka ni. 🙂

Dan anak-anak akak selim masih lagi meneruskan legasi bisnes Shaklee yang diwarisi turun temurun. InshaAllah.

dreams-can-come-true

Berimpian dan berangan itu PERCUMA kan? InshaAllah, 20 tahun lagi kita tengok kembali memori ini. 🙂

Jom sama-sama membina empayar bisnes Shaklee bersama akak selim dengan mendaftar sebagai ahli Shaklee hari ini. Whatsapp akak selim di 019-722 8520 untuk mulakan langkah pertama anda dalam bisnes Shaklee.

❤Laila (ID 854299)❤
☎ H/P : 019-722 8520 (SMS/WhatsApp)
✉ lailaisma2207@gmail.com
✿FB : Lailasani Ismail

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...