cara atasi masalah letih dan lesu badan

Cara Untuk Mengatasi Masalah Penat, Letih, Lesu Dan Kurang Tenaga

Masalah penat, kurang tenaga, letih, lesu dan tak bermaya ni memang satu masalah besar dah dalam kehidupan kita hari ini. Tak kiralah ibu yang berkerjaya atau pun yang jadi surirumah. Semuanya ada tugasan masing-masing yang perlu diselesaikan dan kadang-kadang boleh menyebabkan rasa penat melampau.

Kita perlu cari solusinya sebab anak-anak perlu dijaga dan dididik dengan penuh kasih sayang, nak kemas rumah lagi, nak masak lagi, nak beri perhatian untuk suami/isteri juga kan? Kalau penat yang berpanjangan tanpa diselesaikan tu boleh menyebabkan stres, kemurungan, pergaduhan suami isteri dan boleh membuatkan anak-anak pun terkena tempias kepenatan kita sebagai ibu bapa ni.

Cara Untuk Mengatasi Masalah Kepenatan, Keletihan Dan Kurang Tenaga

1. Bercuti

cara atasi masalah letih dan lesu badan

Bercuti dan berehat bersama keluarga dapat membantu kita untuk mengurangkan rasa stres dan juga mengatasi masalah penat-penat badan. Mungkin kita terlalu kuat bekerja tanpa rehat, dan balik ke rumah pun masih kena teruskan buat kerja-kerja rumah kan. Jadi, sekali sekala boleh rancang percutian dan berehat santai bersama keluarga. Anak-anak pun gembira, ibu bapa hilang stres dan hilang penat.

Bila dah kembali ke rutin harian, badan lebih segar dan minda lebih tenang.

2. Ambil Makanan Atau Minuman Berkafein

Memang tidak dinafikan, minuman dan makanan berkafein ni dapat membantu mengurangkan rasa mengantuk dan letih. Namun ada kesan sampingannya.

Boleh baca di sini untuk mengurangkan rasa letih lesu dengan makanan dan minuman berkafein. Klik link –> Benarkah Kafein Dapat Hilangkan Rasa Mengantuk Dan Letih?

3. Amalkan Zikir Fatimah

Ini adalah amalan yang disarankan oleh Rasulullah kepada anaknya Fatimah. Amalkan zikir ini sebelum tidur. InshaAllah rasa letih dan lesu tu dapat diatasi.

tasbih, Subhanallah 33 kali
tahmid, Alhamdulillah 33 kali
takbir, Allahu akbar 33 kali

Rujukan : MySuperKids

4. Waktu Tidur Yang Cukup

Jika kurang tidur, memang akan beri kesan kepada badan kita. Amalkan waktu tidur yang tetap dan mencukupi. Untuk orang dewasa, sebaiknya tidur 5-6 jam sehari.

Namun, bila dah jadi ibu bapa ni memang tidur akan terganggu jika mempunyai anak kecil. Anak kecil kan sentiasa bangun malam nak susu, nak buang air, meragam dan macam-macam lagi. Jadi kena usaha juga cara lain untuk beri kita tenaga lebih walaupun kurang tidur atau pun tidur yang sering terganggu.

5. Ambil Suplemen Yang Berkesan

cara hilangkan letih dan lesu badan
Ambil suplemen yang selamat dan berkesan untuk hilangkan rasa penat dan letih.

Salah satu punca masalah keletihan ni ialah kerana kurangnya nutrisi dalam badan. Jadi cubalah cek dan renung-renungkan diri kita ni. Pemakanan harian dah jaga, bersenam pun dah bersenam, nutrisi tu dah jadi satu keperluan dah untuk kita kekal bertenaga sepanjang hari.

Cadangan suplemen terbaik untuk mengatasi masalah keletihan dan tambahkan tenaga ni ialah suplemen yang tinggi antioksidannya. Sila klik link di bawah ni untuk cadangan suplemen terbaik tambahkan tenaga dengan cepat.

Tambah tenaga dengan CoQ-Trol Shaklee

Kekal bertenaga sepanjang hari dengan Vivix Shaklee

Pengambilan suplemen dan cara-cara menghilangkan keletihan dari no 1 hingga 4 di atas tu semuanya sama penting untuk kita di zaman sekarang ni. Jika kita mampu lakukan kesemuanya, itulah yang terbaik.

Kami kini sedang menggiatkan usaha untuk berkongsi dengan orang ramai kempen kesihatan dan tambahkan tenaga yang dijalankan bersama-sama dengan Oliess.com.

Jemput hubungi saya untuk mengetahui cara terbaik untuk mengambil suplemen tambah tenaga selepas pembelian.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

  1. Kalau bercutila lagi2 disponsor memang confirm masalah kepenatan, keletihan dan kurang tenaga tu hilang. Dia punya energy tu maksimum terus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge