cara turunkan berat badan paling cepat dan berkesan

Cara Turunkan Berat Badan Sehingga 40 kg

Semalam saya dihubungi oleh seorang prospek yang ingin menurunkan berat badan sebanyak 40 kg. Katanya mahukan 1 produk sahaja. Setelah berbincang dan berdiskusi melalui sms, beliau ambil keputusan NANTI DULU. Mungkin bajet belum mencukupi agaknya. Saya ok sahaja. Positif.

Jika rezeki saya, InshaAllah Allah akan mempertemukan kami semula.

Jadi, saya berikan teknik-teknik untuk turunkan berat badan yang sebegitu banyak kepada beliau. Anda juga boleh buat teknik-teknik ni sebab semua orang pun mampu dengan keazaman yang tinggi.

Cara cepat kurus
Turunkan berat badan dengan cara sihat.

Petua Turunkan Berat Badan Sehingga 40 kg

1. Nak turunkan 40 kg sekaligus tu BANYAK, SERIUS BANYAK (yang ni saya tak mention laaa kan. Hehe, kena jaga hati prospek). Pecahkan 40 kg tu kepada 10-20 kg.

2. Buat target berapa lama nak ambil masa untuk turunkan 10-20 kg tu. Contohnya 3-6 bulan ke, 6-12 bulan ke. Anggaran 1-2 kg sebulan tu dah cukup baik dah.

3. Jaga makan
Jaga makan
Jaga makan

Kenapa perlu ulang 3 kali? Kerana bab inilah yang biasanya kita mudah tewas. Sayang nak kurangkan makan.

4. Bersenam, yang ringan-ringan pun ok. Cuma kalau nak cepat kurus dan tak nak menggeleber sana sini, buatlah senaman bodyweight. Tak perlu guna alatan pun tak apa. Yang penting istiqamah 3-4 kali seminggu.

5. Ambil suplemen sebagai bantuan, bantuan naikkan metabolisme. Bantuan bakar lemak lebih cepat. Bantuan beri tenaga. Bantuan menutup lopong-lopong nutrisi.

6. Minum air masak banyak. 2-3 liter sehari.

Haaa… rasa-rasa boleh buat tak?

Yaa, memang tiada jalan mudah nak turunkan berat badan ni. Kecuali anda ambil jalan singkat, pergi minum racun rumput atau racun tikus. (Opss.. lain yang dapat, MATI KATAK nanti. Nauzubillah)

Selamat berusaha. Chaiyok!!

Salam Sayang,
Akak Selim

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge