Cara Nak Set Target Untuk Capai Impian Dalam Hidup

Dalam hidup mesti ada target. Paling utama, target nak masuk syurga Allah (memang tak ada orang yang target nak masuk neraka kan, Nauzubillah). Dah ada target masuk syurga, pastilah kita tahu apa nak buat kan? Memang masuk syurga itu dengan rahmat Allah. Betul.

Namun, nak dapat rahmat Allah tu macam mana? Pastinya buat yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Takkan itu sahaja kita nak meraih cinta dan kasih sayang Allah kan? Pastinya buat segala apa yang Allah suka dan tinggalkan apa Allah tak suka.

Semudah itu bukan? Cuma nak laksanakannya tu perlukan hati yang kental dan sabar.

Begitu juga dalam bisnes yang kita bina. Mesti ada target, mesti ada tujuan, mesti ada matlamat.

Untuk 2018, target utama saya dalam bisnes Shaklee yang saya buat ni :-

1. Mengajak seluruh rakyat Malaysia jaga kesihatan demi penuaan yang sihat.
Bukan sekadar mengamalkan suplemen sahaja tetapi jaga pemakanan harian, amalkan kehidupan sihat, rohani yang sentiasa terisi dan pemikiran positif.

Tugas ini memang sangat besar namun saya pasti akan berkongsi yang baik-baik dan bermanfaat di semua media sosial yang saya gunakan.

2. Menyeru rakyat Malaysia menggunakan suplemen yang betul-betul selamat. Ada ujian klinikal, ada bukti yang mengatakan ianya berkesan. Bukannya yang acah-acah suplemen tapi pengasasnya pun tak sanggup nak amalkan.
Ini bukan nak sarcastic atau apa, memang ada pengasas produk yang tak sanggup makan atau minum suplemen yang diorang hasilkan sendiri tetapi memilih produk yang lebih selamat, terbukti dan berkesan serta lengkap dengan ujian klinikal.

3. Membantu mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa dengan bisnes Shaklee.
Sehingga kini ramai yang mendapat manfaat daripada bisnes Shaklee dan sememangnya terbukti dapat membantu menjana pendapatan tanpa had.

4. Melahirkan 10 orang leader di bawah empayar Freedom Family.
Pastinya leader-leader ini adalah orang yang sentiasa bersemangat dan juga bercita-cita untuk membantu orang di sekeliling untuk jana pendapatan dengan bisnes Shaklee bersama-sama.

5. Menjadi cikgu blog yang aktif. Pastinya untuk bantu mereka yang nak buat duit dengan blog supaya tidaklah asyik kecewa je guna medium yang tak kekal dan bakal pelanggan susah nak jumpa. Dengan blog, InshaAllah setiap hari ada je whatsapp/SMS atau call dari pelanggan. Mereka ini kebiasaannya memang sudah bersedia untuk beli dan kebarangkalian untuk mereka beli tu sangat tinggi.
Best kan macam tu?


Berminat? Boleh daftar kelas blog bila-bila masa je ya. Klik je gambar di bawah ni.

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge