Cara Mudah Mengecilkan Liang Pori Terbuka

“Alaaaa… cikgu tu. Cikgu yang muka dia lubang-lubang tu…….”

Terkejut saya mendengarnya. Anak-anak kecil sekarang pun dah pandai tilik muka orang dewasa. Sambil-sambil tu saya pesan juga kat anak, jangan sebut orang begitu dan begini. Silap haribulan, orang terasa hati dan boleh menaikkan kemarahan orang.

Saya sendiri pun ada masalah liang pori terbuka ni. Dulu saya ingat memang jenis kulit muka dan tak boleh nak buat apa dah. Sebab tengok kakak saya memang kulit mukanya licin je tanpa liang pori terbuka. Rupanya banyak faktor yang menyebabkan liang pori kita ni jadi besar dan terbuka.

Antaranya ialah

-Kulit terlalu berminyak : Apabila penghasilan minyak di muka berlebihan, ia boleh menyebabkan masalah jerawat dan juga liang pori terbuka.

-Kebersihan/Cara mencuci muka : Penggunaan make up setiap hari jika tidak dicuci dengan baik akan menyebabkan liang pori tersumbat. Akhirnya akan menyebabkan liang pori membesar dan terbuka.

-Keturunan : Ibu bapa yang mempunyai liang pori besar boleh mewariskan ciri-ciri yang sama kepada anak-anaknya.

-Cahaya matahari : Cuaca yang panas di negara kita ni membuatkan kita sering terdedah kepada cahaya matahari. Jika tidak menggunakan pelindung UV yang baik, memang akan mudah membuatkan masalah kulit kendur, berkedut dan berjeragat. Struktur liang roma yang kendur dan lemah akan membuatkan liang pori mudah terbuka dan membesar.

5 Petua Mengecilkan Liang Pori Secara Semulajadi

1. Pencuci Muka Berkualiti

Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan pencuci muka berkualiti yang boleh membersih jauh ke dalam. Amalkan juga penggunaan skrub untuk menyingkirkan kulit mati dan juga menghapuskan minyak berlebihan di muka.

2. Telur Putih

Asingkan telur kuning dan telur putih. Ambil telur putih dan sapukan ke seluruh kulit muka. Biarkan selama 30 minit atau sehingga kering. Bilas dengan air bersih.

Boleh juga campurkan telur putih dengan tepung beras atau oat untuk dijadikan masker. Sapu pada muka dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Anda akan dapat rasakan kulit semakin halus dan liang pori makin mengecil dan tertutup.

Lakukannya sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

3. Ais

Guna ais ni kaedah paling senang. Hanya ambil kiub ais dan masukkan ke dalam sapu tangan. Kemudian gosokkan ke seluruh wajah. Lakukan setiap malam sebelum tidur dan anda akan dapati liang pori makin mengecil.

4. Lidah Buaya/Aloevera

Ambil air atau isi lidah buaya dan sapukan ke seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air sejuk. Khasiat lidah buaya ni memang sangat bagus untuk kulit. Selain dapat mengecilkan liang pori, ia juga dapat menghaluskan kulit muka dan menghilangkan kotoran pada wajah.

5. Timun

Blend timun dan campurkan dengan tepung jagung untuk dijadikan masker. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air bersih. Masker timun ini boleh membantu mengecilkan liang pori terbuka dan besar sekaligus dapat mencantikkan tekstur wajah.

Sumber : Jelita

Rajin-rajinkan mencuba ya. Semoga dapat membantu mengatasi masalah liang pori yang terbuka dan besar tu ya.

Salam Sayang,
aHkak Laila

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge