Cara Mudah Elak Anak Sakit Tanpa Melibatkan Kos Yang Tinggi

Ibu-ibu pernah tertanya-tanya tak kenapalah semua orang suruh dan sokong sangat susukan anak termasuklah mat saleh, minah saleh, minah jepun dan sesiapa sahajalah kan.

Ya, orang bukan Islam pun menyokong penuh penyusuan susu ibu ni. Kalau nak cerita zaman 10 tahun lepas, tak banyak website di Malaysia yang kongsikan secara terperinci tentang penyusuan ni. Memang kena refer website mat saleh juga.

Walhal, kalau kita lihat dan renung kembali, penyusuan susu ibu ni disebut dalam Al-Quran. Itulah rujukan terbaik untuk kita yang Muslim. Seboleh mungkin kita ikut sebab apa yang ada di dalam Al-Quran itulah yang terbaik untuk kita.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”

– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Jika kita baca dan renung ayat-ayat Allah ini, tiada apa yang kita boleh sangkal lagi. Ibu baru, ibu yang baru nak cuba menyusu, usahakanlah yang terbaik untuk menyusukan anak kita.

Selain itu, tahukah ibu-ibu?

Ada banyak risiko yang mungkin berlaku kepada anak kita jika kita tidak menyusukan dengan susu ibu?Antaranya ialah :-

  1. Jangkitan dan alahan seperti cirit birit dan asthma.
  2. Kekurangan zat makanan.
  3. Kencing manis di kalangan kanak-kanak.
  4. Masalah obesiti.
  5. Pembentukan tulang dan gigi yang tidak sempurna.

Pastinya kita tak nak anak-anak kita ada risiko-risiko ni kan?

Saya menyeru diri saya dan semua ibu, marilah kita sebarkan bersama kebaikan susu ibu dan usahakan yang terbaik untuk menyusukan.

Memang tak semua orang diberikan perjalanan yang mudah. Namun percayalah, segala usaha dan pengorbanan kalian untuk memberikan titisan emas untuk anak-anak pasti berbaloi-baloi. InshaAllah.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Salam Sayang,
Laila Ismail
Mak Anak Empat

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge