Cara Mudah Buat Bisnes Online 2018 Dengan Modal Rendah

2017 dikatakan tahun yang mencabar dari segi ekonomi. 2018 pula dikatakan lebih mencabar daripada tahun 2017. Harga minyak di negara kita ni setiap minggu pun asyik naik je. Harga barang sudah tentulah naik kan?

Kita memang tiada cara lain selain daripada tambah pendapatan keluarga kita. Nak jimat tu dah habis jimat dah kan.

Perdana Menteri kita pun ada sarankan.

Guna laman sosial untuk aktiviti perniagaan online.

Haaaa, marilah kita sahut seruan PM kita ni. Mudah-mudahan lebih mudah dan beri manfaat besar untuk ekonomi keluarga kita. InshaAllah.

Nak berhenti kerja dan nak buka kedai untuk bisnes besar-besaran, tak cukup modal. Nak sewa kedai lagi, nak upah pekerja lagi kan? Jadi apa yang terbaik dan cara paling mudah nak memulakan bisnes di tahun 2018 dengan modal rendah?

Ciri-ciri Bisnes Yang Mudah Dilakukan Pada Tahun 2018

Saya cadangkan anda mulakan bisnes yang bercirikan berikut.

1. Bisnes Online

kenapa bisnes guna blog

Anda boleh lakukan secara online sahaja. Tak perlu keluar pergi kedai atau sewa kedai. Gaji pekerja pun tak perlu nak bayar.

cara bisnes guna blog

Anda boleh gunakan platform PERCUMA seperti Blog, Instagram, Facebook atau Twitter.

2. Bisnes Dari Rumah

Bisnes hanya dari rumah. Anda tak perlu nak fikirkan tentang trafik atau kat mana nak tinggalkan anak-anak untuk keluar bekerja.

3. Bisnes Dropship

Bisnes dropship ni bermaksud anda tak perlu keluarkan modal sendiri dahulu. Pelanggan bayar dan anda tukang order sahaja. Anda dapat ‘upah’ sebagai tukang order dan pelanggan dapat barang yang mereka perlukan.

Mudah kan?

Inilah bisnes yang sesuai untuk anda yang sedang cari bisnes online yang mudah dengan modal rendah.

4. Bisnes Yang Ada Sistem Online

Anda kan masih bekerja atau surirumah yang sibuk dengan anak-anak bersekolah kan? Jadi memang kurang masa untuk selalu ke stokis atau cawangan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Bisnes yang ada sistem order secara online adalah paling sesuai untuk anda.

5. Bisnes Produk Yang Kukuh Di Pasaran

Cari bisnes yang produknya sudah bertapak kukuh di pasaran. Paling-paling kurang pun dah 20 tahun di pasaran dengan reputasi yang bagus dan memberansangkan. Bukannya produk yang baru tumbuh, acah-acah laku keras dan akhirnya tutup sebab buat bisnes tak fikirkan keselamatan dan keberkesanan kepada pengguna.

Hanya mementingkan periuk nasi sendiri sahaja namun kerana tamak, akhirnya tutup kedai.

6. Bisnes Produk Yang Sentiasa Dicari Orang Ramai

Bisnes produk yang menjadi solusi orang ramai adalah antara pilihan terbaik. Bisnes yang produknya sentiasa dicari orang seperti produk kesihatan dan kecantikan.

7. Bisnes Modal Rendah

Ini paling penting kan? Hehe. Yaaa.. dari awal pencarian anda tadi memang nak bisnes yang tak perlu keluar belanja besar-besar sehingga ribuan ringgit. Zaman sekarang ni banyak je pilihan nak buat bisnes modal rendah, kita je kena rajin mencari dan mengkaji. Ada je bisnes yang best menepati semua kriteria di atas termasuk modalnya kurang dari RM100.

Ada ke bisnes yang menepati citarasa seperti 7 kriteria di atas? Anda boleh baca tentang bisnes ni. Memang sesuai sangat dengan jiwa anda yang masih sibuk bekerja namun perlu tambah pendapatan demi kelangsungan hidup.

Bisnes Yang Sesuai Dengan Jiwa Anda

Anda dah bersedia untuk mulakan bisnes anda sendiri? Anda boleh dapatkan nasihat saya sebagai mentor anda bermula hari ini.

Whatsapp saya di 019-722 8520 atau hanya klik gambar di bawah.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge