produk tambah susu

Cara Menyusu Bayi Lelaki Yang Minum Susu Banyak

“Kak, baby saya 2 minggu tapi minum 5oz tau”

Itulah aduan ibu muda atau ibu-ibu yang baru nak cuba menyusukan anak selepas gagal menyusukan anak sebelumnya.

Biasanya saya akan nasihatkan mereka, beri susu sikit-sikit je kat baby. Perut baby baru lahir tu kecil je. Tak perlulah nak bagi sampai 3-4oz di minggu pertama usia baby.

Sekarang baru saya tersedar dan tahu, penangan baby boy memang hebat. Namun takdelah sampai saya terus bagi 3-4oz di minggu pertama.

Ramai ibu beranggapan baby menangis tu mesti diberikan susu. Baby menangis je disangka lapar. Banyak sebab baby menangis ni. Kadang-kadang tak selesa dengan panas atau sejuk. Kadang-kadang nak bermanja dan dipeluk-peluk.

Tahu tak ibu-ibu, perut baby baru lahir tu hanya perlukan beberapa sudu besar susu sahaja di hari pertama untuk sekali minum.

Hari pertama hingga ke hari ke 3, lebih kurang 0.5oz-1oz sahaja.
Selepas hari ke 3 tu, baby perlukan 1.5oz hingga ke 2oz sahaja.

Bila umurnya mencapai sebulan, perut baby semakin besar dan perlukan dalam 2oz-5oz.

Dulu anak-anak saya semua perempuan kan. Jadi kurang faham sikit bila orang kata baby boy kuat menyusu.

Sekarang dah faham dah. Tapi…. Tapi…

Saya tak amalkan bagi susu sehingga 4-5oz terus.

Biasanya pagi saya akan berikan susu perahan untuk baby Harris.

Masa 30 hari tu memang nampak baby makin kuat menyusu. Umur dia sekarang 45 hari. Biasanya saya buat macam ni.

Sebelum mandi pagi, saya berikan 2oz. Dah siap-siap pakai baju tu, mata baby mula layu nak tidur. Kadang-kadang dia boleh tidur terus je. Kadang-kadang perlu tambah 2oz lagi selepas mandi. Alhamdulillah baby ok je. Takdelah menangis nak susu je memanjang.

Cuma yang saya perasan baby Harris memang kerap menyusu berbanding dengan kakak-kakaknya.

“Alaaa… Setiap baby kan tak sama”

Ya, betul. Memang setiap baby berbeza. Saya faham tu. Kitalah yang mencorakkan tabiat pemakanannya. Kalau kita rasa kita sempat sediakan 5oz tu memang tiada masalah.

Namun, rata-rata yang mengadu tu tak mampu nak sediakan sebegitu banyak susu perahan setiap hari.

Maka, ibu-ibu kena adjustlah ye mengikut keperluan baby masing-masing.

Yang paling penting, di awal kelahiran tu tak perlulah risau kalau susu sikit je sebab keperluan baby pun memang sikit.

Saya doakan moga ibu-ibu berjaya menyusukan dengan susu ibu sepenuhnya selama 2 tahun. InshaAllah.

Salam Sayang,
Laila Ismail
Mak Anak 4

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge