cara nak hamil cepat

Persediaan Sebelum Mengandung Yang Bakal Ibu Perlu Ambil Tahu

Ada pepatah mengatakan,

Ibu yang sihat melahirkan bayi yang sihat

Pemakanan adalah merupakan satu faktor paling besar dan penting dalam menentukan kesuburan pasangan di Malaysia. Sekaligus mempengaruhi kesihatan ibu dan bayi sepanjang proses kehamilan dan kelahiran.

cara cepat subur

Menurut pendapat Ahli Sains Penyelidikan Kanan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Shaklee Corporation (AS) Dr Sonhee Park, kekurangan nutrien seperti B9 (folat) sering berlaku kepada ibu hamil dan ibu menyusu. Kekurangan B9 semasa hamil boleh menyebabkan peningkatan risiko kecacatan semasa kelahiran seperti spina bifida dan kecacatan serius lain pada otak, saraf tunjang dan jantung.

Kekurangan B12, iodin dan zat besi boleh menyebabkan komplikasi kepada ibu dan bayi.

Nak Hamil? Inilah Persediaan Yang Perlu Dilakukan Semasa Merancang Untuk Hamil

Semasa merancang untuk hamil, ibu haruslah mengambil berat tentang pemakanan sebelum dan semasa hamil untuk memastikan ibu hamil secara sihat dan bakal melahirkan anak yang sihat.

1. B9 atau asid folik : Sangat penting dan diperlukan seawal 3 bulan sebelum hamil untuk mengelakkan risiko kecacatan bayi yang dikandung.

Menurut KKM, ibu hamil memerlukan asid folik sebanyak 600 mcg sehari, B12 sebanyak 4.5 mcg dan iodin sebanyak 200 mcg.

Baca sini : Suami juga perlukan asid folik untuk lebih subur

2. B12, iodin, vitamin dan mineral : Untuk mengelakkan sebarang komplikasi kepada ibu dan bayi yang dikandung.

3. DHA : Untuk pembentukan dan pertumbuhan otak, mata dan sistem saraf.

Pentingnya Omega 3 Untuk Ibu Hamil

4. Kalsium : Sangat penting untuk kesihatan tulang ibu serta kekuatan tulang dan gigi bayi.

Menurut Perunding Penyusuan Susu Ibu Bertauliah Dr Nurzarina Abdul Rahman, pemakanan dan pengambilan nutrisi ibu yang menyusu adalah sama seperti semasa hamil. Cuma bezanya ibu menyusu perlu tambahkan 500 kalori dalam pemakanan harian.

Rujukan : HarianMetro

Semoga jadi panduan yang berguna untuk mereka yang baru melangsungkan perkahwinan dan inginkan cahaya mata. Usah pandang enteng dengan persediaan yang harus dilakukan sebelum merancang untuk cepat hamil. Bukan sahaja perlukan persediaan mental dan fizikal, haruslah juga ambil tahu tentang pemakanan dan nutrisi sebelum dan semasa hamil.

Semoga dikurniakan anak-anak yang sihat dan bijak. InshaAllah.

Salam Sayang,
Mama Laila

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge