Cara Cepat Kurus : Jaga Masa Makan

Menjaga masa makan adalah antara yang terpenting sepanjang korang nak turunkan berat badan.

Ramai orang suka skip sarapan, salah tu tau. Sarapan ni kategori wajib. Sebab tanpa bersarapan, perut kita terlalu lapar. Dah laaa puasa sepanjang malam. Bangun pagi, tak makan pula.

Cuba kira dari pukul 10 malam kita stop makan, dan kita nak jumpa makanan pukul 12 tengah hari. 14 jam tu!!! Masa tulah otak kita tak mampu dah nak pilih makanan dengan bijak. Apa yang kita nampak semua kita nak makan.

Dalam keadaan tersangat lapar, kita bukan pilih makan dengan rasional lagi dah. Kita memang betul-betul ikut nafsu makan kita. Otak kita letak tepi dah. Kan?

Jadi, sarapan ni paling penting. Bukan sahaja kita boleh kawal nafsu makan tengah hari kita. Tetapi ia boleh berikan pemikiran yang cerdas dan bersemangat di pagi hari. Otak cerdas kan boleh berfikir dengan baik.

Jom kita tengok masa makan yang sesuai dan WAJIB dipatuhi kalau betul-betul nak kurus.

1. Sarapan : Sebelum 9 pagi
2. Makan tengah hari : Sebelum 2 petang
3. Makan malam : Sebelum 8 malam, jika korang tidur pukul 10 malam, elok makan malam lebih awal. Sebaik-baiknya 3-4 jam sebelum tidur.

Jika rasa lapar di antara waktu makan ni, boleh ambil snek-snek seperti buah-buahan atau kekacang/kismis.

Supper (minum malam) boleh ambil yang ringan-ringan seperti segelas susu, kekacang, telur rebus dan biskut 3-5 keping. Bukannya teh tarik atau roti canai untuk minum malam ni ya. Hehehe.

Ingat ya, jaga waktu makan ni akan bantu kita turunkan berat badan dengan cepat. Sebab? Kita boleh jaga SAKA MAKAN kita dengan baik dan metabolisme juga meningkat dengan cara ni.

Nak kurus wajib makan bukan skip makan. Ingat tu ya kata kunci penting. Makin skip makan makin gemuk! (Huraiannya lain kalilah ya)

AkakSelim,
Saka makan dah jinak sikit berbanding 2 tahun lepas. Kikiki

Boleh Follow akakSelim di FB : Laila Ismail atau setkan See First di Facebook untuk dapatkan #tipsKurusAkakSelim setiap hari.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge