Cara-cara Memerah Susu Badan Dengan Menggunakan Tangan

Contoh pam yang sangat selesa dan berguna, medela freestyle
Contoh pam yang sangat selesa dan berguna, medela freestyle

Ramai ibu yang suka menggunakan ‘breastpump’ atau pam menyusu untuk memerah susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Tetapi ada juga yang lebih selesa dengan mengepam menggunakan tangan. Ibu-ibu juga dinasihatkan untuk membiasakan diri memerah susu dengan menggunakan tangan kerana kadang-kadang kita mengalami situasi kecemasan seperti terlupa membawa pam atau pam rosak dan sebagainya.

Sebenarnya jika pernah cuba dan dibiasakan, memerah susu menggunakan tangan ini sangat mudah. Saya ada seorang kawan yang memang memilih memerah susu menggunakan tangan. Dan hasilnya adalah sangat ‘lumayan’. Kawan-kawan ofis memang sangat kagum dengan beliau. šŸ™‚

Cara-cara Memerah Susu Badan Dengan Menggunakan Tangan

Cara-cara memerah susu badan dengan tangan
Cara-cara memerah susu badan dengan tangan

1. Basuh tangan dengan sabun.

2. Letakkan ibu jari di atas aerola dan jari yang bertentangan di bahagian bawah aerola.

3. Mulakan memerah dengan menekan jejari ke arah dada dan picit untuk mengeluarkan susu. Ulang proses ini beberapa kali untuk mengeluarkan susu dari semua bahagian payudara.

4. Tadah susu ke dalam bekas yang bersih.

SIAP!!

Haaa…. senangkan? Ibu-ibu yang sedang menyusu atau sedang berpantang, boleh cuba ya. InshaAllah mudah je ni. Orang kata, alah bisa tegal biasa. šŸ™‚

Selamat mencuba!!!

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

    1. aah.. betul tu ida.
      akk dulu pun macam tu… tapi sebab nipple melecet, so memang terpaksa marmet ni. tu yang belajar jugak.

  1. Saya pun kadang2 perah guna tangan, memang sedikit lenguh tapi hasilnya juga lumayan seperti pump. Time sesak2 mcm tertinggal pump ke memang membantu perah guna tangan ni…heheh

    1. aah.. betul tu…
      saya time2 luka teruk memang guna tangan je.. kadang berhari2 guna tangan jee…
      hasilnya boleh supply juga kat baby..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge