Cara-cara Melakukan Senaman Otot Pelvik (Kegel Exercise) Untuk Elak Rahim Jatuh

Senaman otot pelvik atau dikenali juga dengan senaman Kegel ni sangat penting bagi kaum ibu terutamanya ibu yang hamil dan ibu yang sedang berpantang. Sebab apa? Untuk mengelakkan rahim daripada jatuh dan untuk memudahkan proses kelahiran bagi ibu hamil.

Bukan itu saja, ianya juga bagus untuk perhubungan suami isteri tau!

Elak rahim jatuh
Senaman Kegel boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja.

Bagaimana Nak Buat Senaman ni?

1. Lakukan kemutan pada otot pelvik iaitu dengan mengemutkan otot yang anda gunakan untuk memberhentikan air kencing. Dengan kata lain, kemut seperti kita ingin menahan daripada terkencing. 😀

2. Kemut selama 5 saat dan rehat 5 saat.

3. Tambahkan kemutan selama 10 saat sekiranya boleh. Makin lama anda dapat tahan, makin bagus. 🙂

4. Lakukan sebanyak 3x sehari dan setiap kali sebanya 10 kemutan.

5. Anda boleh lakukan senaman ini di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, sama ada sambil memandu, menonton TV atau sambil berehat.

Apa Lagi Faedah Senaman Kegel Ni?

Senaman otot pelvik elak rahim jatuh
Senaman Kegel yang memberikan pelbagai faedah untuk wanita, senang pulak tu kan..

Haaa… banyak kan faedahnya. Rajin-rajinkanlah buat yaa… Senang je pun kan. 🙂

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge