Hilangkan sakit pinggang ibu hamil

Cara Atasi Sakit Pinggang Semasa Mengandung

Tahniah Ibu! Ibu kini telah masuk ke trimester ketiga kehamilan kan? Alhamdulillah

Semoga ibu sihat walafiat. Memang agak mencabar bila perut makin membesar ni kan? Antara cabaran utama ialah sakit pinggang yang agak teruk. Kadang-kadang sampai tak boleh nak berjalan. 😥

Hilangkan sakit pinggang ibu hamil

Punca utama ibu hamil sakit pinggang atau sakit belakang ialah kerana baby dan rahim (uterus) kita semakin membesar. Perubahan ini akan menyebabkan perubahan pusat graviti kerana perut kita semakin membesar.

Untuk mengimbangkan pusat graviti ini, kita akan menukar postur badan dan menyebabkan sakit belakang dan sakit pinggang yang kuat.

Antara punca lain yang menyebabkan sakit pinggang dan sakit belakang ialah kerana perubahan hormon semasa mengandung. Perubahan hormon ini akan melonggarkan sendi dan ligamen pada tulang pelvis.

Sumber : DrZubaidi

Cara Atasi Masalah Sakit Pinggang Dan Sakit Belakang Ketika Hamil

1. Urutan

Cari tukang urut yang pandai mengurut ibu hamil. Perlu dinyatakan dulu kepada tukang urut yang anda sedang hamil sebab tak semua tukang urut pandai mengurut ibu mengandung ni. Silap haribulan boleh bawa komplikasi atau keguguran pula juga tukang urut tu tak tahu cara urutan untuk ibu hamil.

Dengan cara berurut, dapat melegakan sakit pinggang dan sakit belakang yang anda hadapi.

2. Jaga Postur

Jaga postur semasa mengangkat barang atau bangun dari tidur.

Hilangkan sakit pinggang ibu hamil

Semasa bangun tidur, pastikan duduk dahulu dan bangun perlahan-lahan. Jika tidur di atas katil, bangun, hulurkan kaki ke bawah dan berdiri perlahan-lahan. Jangan bangun terlalu drastik kerana ia boleh menyebabkan sakit belakang dan sakit pinggang yang lebih kronik.

Semasa mengangkat barang, duduk dahulu ke paras yang sama dengan barang yang ingin diangkat. Barulah angkat barang tersebut. Jangan membongkokkan badan kerana ini akan menyebabkan sakit pinggang yang lebih teruk.

Hilangkan sakit pinggang ibu hamil

3. Tali Pinggang Sokongan

Guna tali pinggang sokongan khas untuk ibu mengandung yang banyak dijual di kedai-kedai ibu mengandung.

Hilangkan sakit pinggang ibu hamil

Kadang-kadang di pasar tani pun ada dijual juga tau tali pinggang sokongan ibu mengandung ni. harganya pasti lebih murah. Hehe. Saya pernah jumpa. 🙂

4. Bantal Materniti/Bantal Sokongan

Gunakan bantal materniti atau bantal sokongan semasa tidur. Tidur dalam postur mengiring dan letakkan beberapa biji bantal di bahagian depan dan belakang badan.

Bantal materniti ni memang selesa kerana ia menyokong badan anda di hadapan dan belakang badan. Anda boleh beli kat sini.

Hilangkan sakit pinggang ibu hamil

5. Ambil Suplemen

Ambil suplemen Kalsium dan Omega untuk membantu melegakan sakit belakang dan sakit pinggang semasa mengandung.

Selain untuk menghilangkan sakit pinggang dan sakit belakang ketika hamil, Kalsium membantu ibu untuk elak sembelit dan kejang kaki semasa mengandung. Omega pula sangat diperlukan dalam proses pembentukan otak bayi anda.

Hilangkan sakit pinggang ibu hamilKlik gambar di bawah untuk membuat pembelian.

Beli Shaklee Online

Anda juga boleh dapatkan Set Hamil untuk membantu memberikan nutrisi lengkap kepada ibu dan bayi di dalam kandungan.

Ini adalah perkongsian Puan Ida yang mengalami masalah sakit belakang, sakit punggung, lenguh-lenguh badan dan sakit tangan semasa berpantang.

Ostematrix yang terkandung di dalam Set Hamil Shaklee ni bukan sahaja boleh diambil semasa mengandung sahaja, tetapi boleh diteruskan hingga berpantang dan menyusukan.

Whatsapp saya dengan satu klik tanpa perlu simpan nombor handphone saya.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge