Cabaran 21 Hari Menurunkan Berat Badan Dengan Cara Eat Clean

Apa Eat Clean ni? Kalau belum tahu, boleh baca kat link di bawah ni dulu ya.

Klik link –> Konsep Eat Clean

Sebab paling utama saya nak join cabaran ni ialah untuk turunkan berat badan yang sangat-sangat berat dalam sejarah hidup ni. Selepas keguguran kali pertama pada 2013, keguguran kali ke 2 pada 2014 dan melahirkan anak pada 2015, berat badan naik bagaikan dipam2. Huhuhu… πŸ™

Jadi saya mengambil keputusan untuk turunkan berat untuk memastikan segala jenis lemak yang bersarang di dalam badan dapat disingkirkan dengan cara sihat tanpa membebankan dan menjemukan. Ternyata Eat Clean adalah pilihan yang sangat tepat di samping pengambilan suplemen dan juga senaman.

Seperti yang saya ceritakan dalam entry Konsep Eat Clean, saya join program ni dalam group yang dicoach oleh Cikgu Yun. Siapa Cikgu Yun? Boleh follow IG beliau diΒ @heyitsyunyun dan FB beliau Fatin Ayuni.

Screenshot_2016-03-19-02-09-38-1

Sangat kagum dengan semangat beliau yang dahulunya 120 kg, kini turun berat sebanyak 40 kg dalam masa setahun setengah. Dan beliau masih lagi terus bersemangat menurunkan berat badan beliau sebanyak 20 kg. Hebat!!!

fatin ayuni

#1 Cabaran Eat Clean? Apa Tu?

Baca di entry ni ya. Klik –> Konsep Eat Clean

#2 Cabaran Ni Berapa Lama?

21 hari

#3 Kenapa 21 Hari

Kebiasaannya manusia boleh menukar habit dan meneruskan habit yang sama setelah melakukannya selama 21 hari berturut-turut. Irfan Khairi pun ada cakap macam ni jugak. πŸ™‚

#4 Betul Ke Boleh Turunkan Berat Badan?

Ye, terbukti ramai peserta berjaya menurunkan berat badan termasuk saya. Ada yang dapat turunkan sehingga 7 kg dalam masa 21 hari.

#5 Program Ni FREE Ke?

Ia adalah berbayar. Untuk peserta baru, bayarannya ialah RM150 dan peserta yang pernah join perlu membayar RM120 sahaja. Saya join batch 10.0.

#6 Selain Dari Menu Eat Clean, Apa Lagi Yang Kena Buat?

Exercise adalah WAJIB! Untuk turunkan berat badan dan buang lemak dalam badan, WAJIB melakukan senaman kardio. Untuk mereka yang berat 80 kg ke atas, mulakan dengan berjalan kaki di sekitar rumah/taman atau berenang. Senaman kardio untuk mereka yang sangat berat kadang kala kurang sesuai kerana membebankan lutut. Saya sendiri telah cedera di bahagian lutut kerana tetap mencuba untuk skipping. πŸ˜†

Disebabkan lutut dah sakit, saya hanya teruskan dengan senaman ringan seperti berjalan kaki sekeliling taman sambil menggendong baby berusia 9 bulan.

#7 Selain Tu? Perlu Buat Apa Lagi?

Setiap kali makan, anda WAJIB hantarkan gambar makanan anda ke group. Seboleh-bolehnya JANGAN PONTENG bab ni. Sebab inilah yang memberikan motivasi untuk kita terus berusaha. Mungkin agak kelam kabut sedikit untuk menyediakan makanan ni, tapi kita kan dah berjanji NAK KURUS! 8)

#8 Selain Makan Dengan Menu Yang Ditetapkan, Perlu Ke Suplemen?

Sepanjang cabaran ni, tiada suplemen yang diperlukan. Tetapi saya memang mengambil Set Kurus Shaklee, Set Kolesterol Dan Vivix. Kerana niat asal saya memang untuk turunkan jumlah Visceral Fat (Lemak di bahagian organ yang sangat berbahaya) kan? Di samping itu, semua suplemen ni dapat membantu mempercepatkan lagi pembakaran lemak dan kuruskan badan. πŸ™‚

#9 Paling Minimum Nak Ambil Suplemen Apa?

Set Kurus Shaklee iaitu yang terdiri daripada Lecithin, Herb Lax dan Alfalfa (set paling basic) atau Lecithin dan Vivix. Vivix sangat membantu dalam penurunan berat badan kerana Vivix dapat meningkatkan metabolisme sekaligus boleh membakar lemak secara efektif.

#10 Bagaimana Nak Mula?

Boleh contact Cikgu Yun untuk coaching berbayar atau join group santai bersama saya dan rakan-rakan di Group Telegram.

Klik link –> Join group Telegram Eat Clean

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge