Bye Bye Adik Baby, Moga Kita Bertemu Di Syurga Allah, InshaAllah.

Persoalan demi persoalan tentang adik baby berakhir sudah hari Isnin yang lepas (28.11.2016). Adik baby pergi tinggalkan mama. Sedih tapi mama tabah. Alhamdulillah, lebih tabah dari pengalaman-pengalaman sebelum ni.

Benarlah kata orang, pengalaman itu mendewasakan kita. Alhamdulillah. Mama ok, lebih cool, lebih tenang, lebih tabah kali ni.

Ini kali ke 3 mama kehilangan baby dalam kandungan. Mama redha dengan ketentuan Allah. Siapa kita untuk mempersoalkannya kan?

Mama coretkan di sini tentang adik baby.

Seawal 5 minggu, mama dah tahu kehadiran adik baby. Disebabkan mama pernah alami 2x keguguran sebelum ni, mama tak sabar nak tunggu 6 minggu untuk tengok ‘heart beat’. Seminggu menanti tu mama rasa lamaaa sangat. Tapi mama sabar.

6 minggu :

Mama pergi scan di klinik berhampiran rumah. belum nampak kelibat adik baby. Kantung kosong!! Hati mama rasa tak sedap, tapi doktor kata tunggu lagi 2 minggu. Mama sabar-sabar-sabar menanti minggu ke 8 pula.

adik-baby-8w
Kantung KOSONG!!!

8 minggu :

Mama pergi scan lagi. Masih tiada perubahan. Yang kelihatan hanya kantung kosong. :(. Doktor suruh tunggu 2 minggu lagi. Masa ni mama dah mula ambil ‘Duphaston’, ubat untuk kuatkan rahim. Hmm.. mahal boleh tahan ubat ni, tapi demi adik baby mama ambil juga. Dan bermulalah satu episod baru yang misteri bagi mama, KANTUNG KOSONG??. Rupa-rupanya kes kantung kosong ini memang wujud dan banyak berlaku yang dinamakan ‘Blighted Ovum’. Mama baca sana sini untuk tahu lebih lanjut.  Boleh baca di sini untuk tahu lebih lanjut.

Blighted Ovum atau di sini, Dr Zubaidi : Blighted Ovum

adik-baby-10w
Alhamdulillah, bukan masalah Blighted Ovum pun, adik baby ada je dalam kantung tu cuma tiada heart beat. 🙁

9 minggu 6 hari :

Mama dah tak sabar rasanya menanti tapi tunggulah juga 10 hari selepas 8 minggu ++ tu. Mama pergi cek di Klinik Pakar Wanita, Klinik Hong yang berdekatan dengan Bank Islam Kulai. Alhamdulillah, dah nampak adik baby. Bukan kantung kosong rupanya. Adik baby ada je kat dalam. Cuma… cuma… Adik baby dah tiada heart beat. 🙁

Sedih memang sedih. Tapi mama kena kuat. Tambahan pula mama ke klinik bersama kakak-kakak adik baby. Kesian pula mereka kalau tengok mama bersedih. Bergenang juga air mata mama walaupun mama dah janji tak akan menangis walau apa pun yang berlaku. Tak mampu juga menahan air mata, mama menangis senyap-senyap kat toilet klinik. Huhuhu. Mama kuatkan hati demi anak-anak mama yang lain.

Mama bincang dengan doktor, apakah cara terbaik untuk keluarkan adik baby. Kali ni mama cuba untuk tidak D & C. Nak cuba dengan ambil ubat kerana tiada tanda-tanda adik baby akan keluar sendiri.

Mama bertanya juga sana-sini dengan kawan-kawan mama yang pakar, katanya akan berlaku contraction macam nak bersalin selepas ambil ubat tu. Ngeri juga mama, tapi lepas berbincang dengan papa, mama buat keputusan untuk ambik ubat untuk keluarkan adik baby. Moga-moga berjayalah usaha mama ni.

Hari ini : 30.11.2016 : Mama ke klinik sekali lagi untuk ambil ubat. Pukul 5.30, doktor memasukkan ubat untuk keluarkan adik baby. Doktor kata mungkin dalam masa 2-3 jam akan berlaku contraction. Balik rumah, mama sempat mandikan Baby Zara, masak untuk makan malam dan sempat lagi layan pelanggan Shaklee mama. Alhamdulillah, masih gagah.

Dalam pukul 9:30 macam tu, pinggang mama dah mula rasa sakit. Berdebar-debar juga menanti contraction. Huhu. Baby Zara pula seolah-olah tahu apa yang sedang berlaku. Asyik meragam dari pagi. Biasanya Baby Zara ni jarang meragam kecuali kalau kurang sihat. Sambil-sambil pujuk Baby Zara, sambil menyusu, sambil closing. Alhamdulillah rezeki Shaklee di saat akhir. Ada beberapa order yang perlu mama selesaikan sambil menahan sakit contraction. Huhuhu. Tapi tidaklah sesakit nak bersalin tu. Mild contraction. Boleh layan contraction di depan PC.

Hari ni kan CLOSING! 🙂

Dan sehingga saat ini, 12.22 pagi, mama masih menanti adik baby keluar. Berharap sangat semuanya akan selesai pada malam ni. Moga tiada sebarang masalah sehingga esok. InshaAllah.

Alhamdulillah, mama dapat kawal perasaan sedih mama atas kehilangan kamu. Mama bersyukur kerana mama kuat! Terima kasih Allah kerana kurniakan kekuatan ini. Alhamdulillah.

Nasihat mama untuk mereka yang hadapi masalah keguguran  berulang kali seperti mama,

Bertabah dan bersabarlah kerana Allah Maha Tahu dan Lebih Tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Redha dengan ujian Allah. Siapalah kita untuk mempersoalkan segala kententuan Ilahi.

Pada hari yang sama, 28.11.2016 yang lepas mama kehilangan seorang sahabat satu sekolah menengah arwah Faizal Mohd Zahari, arwah adalah seorang yang sangat kuat melawan kanser usus.

Status terakhir arwah
Status terakhir arwah : 12.11.2016

Ini adalah status FB arwah yang terakhir. Mama pasti pemergiannya dalam keadaan yang sangat-sangat bersedia menghadapi kematian. Mama doakan moga arwah kawan mama ni ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah. InshaAllah.

Mama jadi lebih tabah dan kuat apabila memikirkan ujian hebat untuk keluarga arwah terutamanya isteri dan anak2 arwah. Jika dibandingkan dengan ujian yang menimpa mama, ujian untuk mama adalah jauh lebih kecil. Mama mohon doa moga mama terus kuat dan ambil pengajaran dari pemergian seorang sahabat ini.

Betapa kematian itu terlalu dekat tanpa terlewat walau sesaat. Moga Allah kurniakan pengakhiran yang baik untuk arwah. InshaAllah.

========================

Mama Laila aka Akak Selim
Jiwa dan hati mesti kental!

========================

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments

    1. tq hernee… bab2 ni memang sangat teringat kat u! mama yang kuat.

      InshaAllah. mesti kuat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge