Buku Best Yang Anda Mesti Baca : Saya Ada Cerita, Lutfi Lokman

“Apa saja yang ingin dihasilkan dengan baik mesti melalui proses cubaan berulang kali dan mengambil masa. Tak semestinya hari ini kita belajar, esok dah boleh jadi pandai. Teruskan belajar dan belajar.”
-Saya Ada Cerita, Lutfi Lokman

Saya ada cerita
Buku sentap dalam santai. Saya suka!

Ini adalah buku terakhir yang saya baca bersungguh-sungguh. Banyak juga buku lain yang saya baca selepasnya, tapi saya hanya ambil isi pentingnya sahaja. Azam 2016 sepatutnya habiskan 1 buku 1 bulan sekurang-kurangnya tapi nampaknya kena kuatkan usaha lagi ni. Baca biar betul2 habis dari kulit ke kulit.

Ok, tentang buku ni. Saya suka! Sebab motivasi dan pendekatan agamanya cukup santai. Santai tapi sesekali pedas juga. Pandai #mutalis ni menyusun ayat. Supaya kita terasa sentapnya sampai ke jantung hati dan terus rasa insaf.

Kalau korang jenis suka baca yang santai2 tapi bermanfaat, korang patut beli buku ni dengan pakcik gerobok buku. Sazali Samsudin. Harga memang mampu milik.

Untuk tahun 2017, saya nak teruskan lagi azam 1 buku 1 bulan ni. Nak kena betul-betul bersemangat. Sebab yang membezakan kita adalah ilmu yang kita ada dan amal yang kita buat sepanjang kita di dunia ni. Moga kehidupan kita memberi manfaat untuk orang lain dan juga keluarga kita. InshaAllah.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge