cara diet ibu menyusu

Boleh Ke Ibu Menyusu Nak Diet?

cara diet ibu menyusu
AkakSelim mulakan diet semasa masih menyusu Baby Zara berusia 8 bulan waktu tu dan sekarang pun masih berdiet sambil menyusu anak berusia 11 bulan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan cara diet yang betul.
Pastikan ibu-ibu tak buat diet ekstrim dan rajin-rajinkan diri minum air masak dalam kuantiti yang banyak ya.
AkakSelim kongsikan pendapat dari Encik Khairul Dietitian PPUM ni merangkap cikgu pemakanan dan diet akakSelim. 🙂
cara diet ibu menyusu
Boleh. Tapi ada beberapa syarat penting untuk mengekalkan kualiti susu untuk diberi kepada baby.
1. Mulakan selepas baby berumur 2-3 bulan supaya susu yang dibekalkan telah cukup khasiat sebelum mula berdiet.
2. Makan 1500kcal-1800kcal sehari (bergantung kepada berat badan ibu. Lagi berat, lagi tinggi kalori). Kurangkan makanan yang berminyak. Makan sikit-sikit tapi kerap untuk elakkan kelaparan. Berapa kerap? at least ada gap 2 jam.
3. Elakkan amalkan diet shortcut! – no atkins, no cabbage soup diet, no very low carbs diet. Ia boleh menjejaskan kualiti susu. Amalkan healthy diet yang lengkap semua kumpulan makanan (carbs, protein, fat) pada jumlah yang sederhana.
4. Turun berat perlahan-lahan. Paling bagus dalam 500g seminggu ataupun 2kg sebulan. Sikit tak pe asalkan anak cukup khasiat.
5. Menyusu sekerap mungkin. Anda burn 300-500kcal bila menyusukan bayi. Kalau tambah dengan aktiviti workout lain, akan lagi banyak kalori burn.
6. Kurangkan kalori secara berperingkat.. jangan dari 2500kcal terus ke 1500kcal. Mesti effect kualiti susu.Diet yang extreme semasa menyusu adalah sangat-sangat tidak digalakkan kerana menjejaskan ibu dan anak. Lain-lain bergantung kepada individu.
Selamat memulakan diet yaa ibu-ibu sekalian. 🙂
Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge