Bisnes Paling Mudah Dan Sesuai Walaupun Ekonomi Negara Makin Gawat

Zaman sekarang ni ramai yang dah mula buat bisnes atau mula memikirkan untuk buat bisnes dari rumah. Sama ada mereka yang dah ada pekerjaan atau surirumah sepenuh masa.

buat duit dari rumah

Yang dah ada pekerjaan tetap pun nak tambah pendapatan. Yang dah selesa sebagai surirumah sepenuh masa pun mula mencari-cari bisnes apa paling sesuai untuk mulakan di rumah sambil menjaga anak-anak. Semua ni adalah pengaruh ekonomi negara kita yang semakin lama semakin teruk dan memerlukan pendapatan yang lebih untuk sesebuah keluarga hidup lebih selesa dan paling tidak pun, cukup untuk menampung kehidupan seharian.

Saya sendiri pun memang terkesan dengan keadaan ini. Contoh yang paling ketara, harga minyak asyik naik je sekarang ni kan. Kalau sebelum ni, RM20 tu masih cukup untuk 3 hari ulang alik hantar anak sekolah. Sekarang ni, tak sampai 2 hari pun lampu penanda minyak dah menyala dah. ­čÖü
Mujurlah saya dah mulakan bisnes Shaklee ni dah lama, sebelum saya berhenti kerja lagi. Jadi, dapatlah juga saya bantu mana yang patut perbelanjaan keluarga tanpa mengharapkan sepenuhnya kepada gaji suami.

7 Sebab Kenapa Bisnes Shaklee Sangat Mudah Dan Sesuai Untuk Anda

1. Bisnes Modal Rendah

Modalnya rendah, kurang dari RM100. Murah je kan? Tak perlu nak buat loan atau nak beli stok. Hanya perlu daftar sebagai ahli Shaklee dan anda terus layak untuk memulakan bisnes anda sendiri.

Daftar Ahli Shaklee Untuk Bisnes

2. Sistem Order Yang Sudah Tersedia

Sejurus sahaja anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda terus dapat akses ke website Shaklee untuk order barang yang ditempah pelanggan. Anda tak perlu bersusah payah untuk ke cawangan Shaklee ambil stok sendiri dan pos sendiri. Semuanya dah tersedia di dalam sistem order Shaklee.

Bisnes online dari rumah

3. Boleh Dilakukan Secara Online

Anda hanya perlukan line internet untuk memasarkan produk Shaklee. Tidak perlu berjalan dari rumah ke rumah untuk mengembangkan bisnes anda. Namun jika anda berminat untuk mengerjakan secara offline, itu pun bagus juga. Sangat bagus untuk dapatkan sepenuh kepercayaan daripada orang yang anda jumpa.

Belajar Buat Duit Guna Blog

4. Hanya Bisnes Dari Rumah

Jika anda seorang yang bekerja sepenuh masa, pastilah anda balik kerja dalam keletihan kan? Anda tak perlu susah-susahkan diri untuk keluar rumah lagi untuk bisnes, hanya boleh dilakukan di ruma sahaja. Dengan syarat anda ada talian internet dan sekurang-kurangnya 1 smartphone. Bukan sahaja dari rumah, anda boleh lakukan di mana-mana sahaja yang anda suka.

Untuk surirumah pula, mungkin sibuk dengan anak-anak yang masih kecil atau yang bersekolah. Jadi anda tak perlu membuang masa untuk keluar ke kedai anda kerana anda boleh lakukannya di rumah sahaja. Sambil tengok anak bermain di halaman rumah pun boleh dapat order tau.

5. Untung Besar Walapun Modal Kecil

Dengan modal yang rendah iaitu kurang dari RM100, anda layak meraih pendapatan sehingga 4-5 angka. Anda boleh tentukan sendiri bonus yang anda inginkan.

Boleh lihat carta di bawah. Bonus/komisyen yang dibayar oleh Shaklee adalah 5% sehingga 21%. 21% tu anda telah bergelar leader di dalam empayar bisnes Shaklee anda dan anda akan dibayar lagi jika anda bantu anak-anak buah (downline) anda menjual produk dengan baik.

Jana pendapatan 4 angka dari rumah

6. Produk Yang Sentiasa Orang Cari

Bisnes Shaklee adalah memasarkan produk kesihatan yang 100% semulajadi. Maksudnya tiada langsung bahan-bahan kimia berbahaya. Bukan calang-calang syarikat yang dapat declare 100% semulajadi ni. Kalau ada sedikit pun bahan kimia berbahaya, memang langsung tak boleh guna tagline ni.

bisnes dropship glamour

Kesihatan adalah perkara paling penting dalam kehidupan dan masalah kesihatan jugalah yang sering melanda seluruh dunia dan rakyat Malaysia khasnya. Semua orang perlukan kesihatan yang baik.

Bisnes yang baik adalah bisnes yang dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain. Jadi, bisnes Shaklee ni memang paling tepatlah dengan keadaan rakyat Malaysia sekarang ni. Kita bantu untuk orang lain lebih sihat melalui bisnes Shaklee ni.

7. Bisnes Bantu Orang Lain Jana Pendapatan

Selain kita bantu orang lain lebih sihat, dengan bisnes Shaklee ni juga dapat bantu orang lain jana pendapatan.  Sekarang ni ramai yang cari bisnes paling mudah dan sesuai walaupun ekonomi negara makin gawat. Harga barang pun makin naik, ramai di antara kita yang bukan sahaja ada 1 kerja sahaja. Buat 2 kerja adalah minimum untuk orang zaman sekarang kan?

Bisnes produk kesihatan

 

Dengan mendaftar di dalam group yang betul dengan mentor yang tepat adalah kunci kejayaan bisnes kita InshaAllah. Mentor sentiasa beri inspirasi dan ingin lihat anak buahnya berjaya.

Daftar Ahli Shaklee untuk bisnes di sini. Isi form kat bawah ni ya.

Daftar Ahli Shaklee

Jika ada sebarang persoalan boleh terus whatsapp saya ya. InshaAllah saya reply secepat mungkin dan tidak sabar untuk sama-sama membantu anda membina empayar bisnes Shaklee.

Daftar ahli Shaklee

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge