Berbaloi Ke Pergi Pameran Belon Dinasour 3D di Komtar JBCC?

2 hari lepas saya bawa anak-anak ke Pameran Belon Dinasour 3D di Komtar JBCC. Encik suami bekerja, jadi saya jelah yang bawa anak-anak ke sana. Banyak juga hal yang perlu diselesaikan dahulu sebelum ke sana, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dengan kuasa doa dan izinNya. Syukur sangat.

Saya kongsikan review kami anak beranak. Hehe. Ini adalah review jujur kami ya.

Anak no 1 : 9 tahun

Beliau tak banyak komen, mungkin sebab diterapkan, jangan banyak komplen, sentiasa bersyukur. Lagipun beliau dah besar sikit. Terima seadanya.

Anak no 2 : 7 tahun

-Laaaa… belon je ke? Ingatkan dinasour betul-betul? Tak boleh naiklah macam ni. (mana nak cari nak oiiiiiii dinasour yang betul sekarang ni. Hahaha)

-Ada seekor je dinasour boleh gerak, itu pun orang kat dalam tu. 😛

-Kecik ni je tempatnya?

Inilah dinasour BERGERAK tu. Hehe. Dinie, anak no 2 tak puas hati sebab bukan dinasour betul. Kikiki

Anak no 3 : 2.5 tahun

-Sengih-sengih dan lompat-lompat main belon. Melalak kuat masa jumpa ‘dinasour bergerak’ tu.

Review Mama : review dari sayalah ni.

1. Dengan yuran masuk RM5 seorang, saya berpendapat sepatutnya disediakan sedikit cenderahati yang menarik untuk anak-anak. Contohnya belon yang dibentuk jadi bunga ke, pedang ke kan? Yang diberikan hanyalah belon simple yang ada tangkai tu je haaa. Barulah berbaloi dengan RM5 yang dilaburkan. Kalau anak 5 dah kena bayar RM30 dah. Hmmmmmm…. bab ni rasa nak kena fikir panjang juga. Hehe. Nak keluarkan duit pasti nak yang berbaloi kan?

2. Tempatnya kecil je. Boleh selesaikan ambil gambar bersama anak-anak dalam masa 5-10 minit je sambil mengagumi kehebatan idea belon-belon disusun atur yang begitu cantik dan menarik, warna warni.

3. Saya rasa untuk anak-anak yang dah besar macam tak berapa sesuai. Ia lebih sesuai kepada kanak-kanak tadika 4-5 tahun ke bawah kot. Anak-anak saya dah besar, jadi mereka tak enjoy sangat. Yang no 3 tu jelah seronok-seronok nak main belon.

4. ‘Dinasour bergerak’ pun takde masa kami masuk dalam tempat tu. Ia sedang rehat kot. Masa kami sampai tu ia dah keluar. Hehe.

Keseluruhannya bolehlah kami bagi 2 bintang daripada 5. Hehe. Dari segi berbaloi tu, kuranglah rasanya.

Ini hanyalah pendapat kami tau. Setiap orang mungkin ada pendapat yang berbeza. Jadi harap ‘jangan kecam’ yaaa. :mrgreen:

Haaa.. boleh dapatkan hadiah ya. Ikut cara-caranya kat sini.

Walaupun program ke JBCC ni tak berapa memuaskan, namun sepanjang perjalanan kami tu banyak perkara yang boleh dikutip dan dijadikan pengalaman berharga untuk kami. Terutamanya mengagumi kuasa Allah dalam merancang segala kehidupan kita di dunia ini. Anak-anak makin faham dan mama gembira dapat ‘relate’kan dengan kejadian sepanjang hari tersebut.

Cerita penuh tentang perjalanan kami 2 hari lepas tu di sini ya.

Hebatnya Kuasa Doa

Ini memang review jujur dari kami. Kami hanya nak berikan gambaran sahaja. Terpulanglah kepada anda semua untuk menilai sendiri ya.

Selamat memanfaatkan cuti sekolah bersama keluarga dan anak-anak ya.

Salam Sayang,
Mama Laila
Mama Deneso

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge