Benarkah Pengambilan Suplemen Bertahun-tahun Boleh Menyebabkan Kanser?

“Ambil suplemen lama sangat pun tak elok tau, boleh menyebabkan kanser!”

“Ambil suplemen dalam jangka masa panjang, nanti kanser keluar!”

Saya pernah diberitahu oleh seseorang tentang perkara ini. Saya hanya senyum sahaja. Bukan apa, tak nak berdebat dengan orang yang tidak tahu. Diam itu lebih baik waktu itu. Mungkin insan yang berkata-kata sedemikian ada pengalaman yang buruk dengan suplemen yang kawan-kawan atau saudara mara ambil ke kan. Mungkin juga hanya dengar-dengar cakap orang.

Namun saya ambil peluang ini untuk menerangkan dengan lebih baik supaya boleh baca dan hadam satu persatu.

Perkara PALING PENTING semasa kita nak mula ambil suplemen ialah kaji dan selidik suplemen yang ingin kita ambil.

#1 Ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia? (KKM)?

#2 Ada sijil halal? Atau sijil halal yang disahkan JAKIM?

#3 Adakah ia vitamin sintetik atau vitamin semulajadi? Boleh tengok ciri-ciri vitamin sintetik, organik dan semulajadi.

Vitamin sintetik adalah vitamin yang dibuat menggunakan campuran bahan kimia. Ia boleh membahayakan badan kita dan jika diambil dalam tempoh yang lama, boleh menyebabkan masalah kesihatan yang kronik.

Vitamin semulajadi ialah vitamin yang dihasilkan dengan proses yang seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajdi.

Rujukan :
How to understand Food Suplement Labels by Dr Bruce B Miller
A consumer Report by Editors of Research Institute for preventive health care

 

#4 Ada ujian klinikal dan penyelidikan oleh para doktor dan saintis?

#5 Ada landmark study? Apa landmark study ni? Landmark study ni ialah kajian yang dilakukan kepada pengguna yang telah mengambil suplemen tersebut lebih dari 10-20 tahun.

Bagaimana Dengan Suplemen Shaklee?

Adakah suplemen Shaklee menepati 5 kriteria yang disebutkan di atas?

1. Kelulusan KKM.

Ya, Shaklee memang ada kelulusan KKM. Boleh tengok di botol Shaklee tu sendiri ada nombor pendaftaran kelulusan KKM yang bermula dengan MALxxxx tu.

Boleh cek sendiri kelulusan KKM ni dengan cara ni ya.

-Buka website Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau NPRA. Klik link NPRA.
-Pilih TAB [QUEST3+] —> [Products Search] —> [Products Search]
(Sila rujuk gambar)


-Search By : Product Name
-Masukkan SHAKLEE (Boleh rujuk gambar di bawah)

Semua produk Shaklee dipaparkan. Anda boleh cek semua produk Shaklee mendapat kelulusan KKM. Sebagai contoh :

Vitamin E

No kelulusan KKM di botol : MAL #12075024NC
No kelulusan KKM di website NPRA : MAL 12075024NC

Nombornya adalah sama di botol dan di website.

2. Sijil Halal

Sijil HALAL Shaklee adalah daripada badan halal antarabangsa iaitu ISA yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh tengok gambar di bawah untuk pengesahan.

Shaklee ada sijil halal ke?

Shaklee ada sijil halal ke?Dan boleh juga cek sendiri di website Halal JAKIM.

3. Vitamin Semulajadi (natural)

Vitamin Shaklee dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan di dalam produk Shaklee dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi dari sumber tumbuhan dan mineral asli.

Sesetengah vitamin pula dihasilkan daripada proses penyulingan daripada bukan bahan utama di dalam pembuatan vitamin. Contohnya Vitamin C yang dihasilkan daripada proses penapaian karbohidrat dari bijirin.

Vitamin semulajadi ini lebih mudah diserap oleh badan kita kerana ciri-cirinya yang lebih mudah untuk berinteraksi dengan badan kita. Ia jauh berbeza dengan vitamin sintetik yang dihasilkan daripada arang batu, tar dan bahan-bahan kimia lain yang boleh memudaratkan badan kita.

Nak kenal vitamin semulajadi tu macam mana? Cek silica gel di dalam botol vitamin. Kalau ada tu, vitamin sintetiklah tu. Mudah kan nak kenal?

4. Ada Ujian Klinikal dan Penyelidikan Oleh Saintis/Doktor

Shaklee adalah peneraju syarikat nutirisi No #1 di Amerika Syarikat. Produk Shaklee disokong oleh 100 pembentangan dan jurnal yang menunjukkan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Kebanyakkannya diterbitkan di dalam jurnal santifik oleh pakar-pakar di dalam bidang berkaitan untuk kemajuan sains, kesihatan dan planet kita.

Anda boleh lihat sendiri lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee di HealthResource.com.

Klik link –> HealthResourceShaklee

-Lebih $300 juta dilaburkan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk Shaklee.

-Lebih 100,000 ujian KUALITI setiap tahun untuk memastikan ketulenan dan keberkesanan produk.

-Kualiti produk Shaklee adalah melangkaui organik. Ini dijelaskan sendiri oleh saintis Shaklee, Dr Bruce Daggy.

5. Landmark Study

Landmark Study ni apa?

perbandingan mereka yang ambil Shaklee, yang tak ambil apa-apa vitamin dan mereka yang ambil vitamin jenama lain. Kajian ini dilakukan ke atas mereka yang konsisten mengambil suplemen Shaklee sehingga 20 tahun lamanya. Bukannya yang baru setahun jagung amalkan Shaklee.

Landmark Study ni sebenarnya tidak diwajibkan pun ke atas syarikat-syarikat suplemen. Namun demi membuktikan Shaklee ini benar-benar berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan untuk jangka masa panjang, CEO Shaklee Mr Roger Barnett mengambil keputusan untuk menyerahkan produk Shaklee untuk dikaji oleh pihak ketiga. Iaitu pihak yang langsung tiada kepentingan di dalam Shaklee.

Kajian ini adalah kajian bebas yang dilakukan oleh pakar epidemiologi nutirisi yang terkenal iaitu Dr Gladys Block, Ph.D dari University of California, Berkeley (Fakulti Bahagian Kesihatan Awam) ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna untuk jangka masa panjang pelbagai suplemen.

Data sebanyak 602 orang dari gabungan bukan pengguna dan 176 orang pengguna satu jenis suplemen telah diambil daripada Kajian Pemeriksaan Nutrisi dan Kesihatan Kebangsaan (NHANES)

NHANES mempunyai data terperinci daripada kajian yang telah dijalankan sebelumnya ke atas para pengguna yang tidak mengambil suplemen dan mereka yang mengambil satu jenis suplemen sahaja. Mr Roger Barnet mahukan kajian ketiga bagi NHANES, jadi terdapat 3 kumpulan yang dibandingkan di dalam kajian Landmark Study ini.

-GOLONGAN PERTAMA : Pengguna yang tidak mengambil suplemen
-GOLONGAN KEDUA : Pengguna yang mengambil satu jenis suplemen sahaja
-GOLONGAN KETIGA : Pengguna pelbagai suplemen Shaklee dalam jangka masa panjang sehingga 20 tahun.

Maklumat berkenaan diet dan pengambilan suplemen, senaman, status kesihatan telah diperolehi melalui borang kajiselidik secara atas talian dan pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap 278 orang yang berumur lebih 20 tahun (24-84 tahun) yang mengambil pelbagai suplemen Shaklee (17 jenis suplemen setiap hari) dalam jangka masa panjang.

Universiti California Berkeley (UC Berkeley) menyemak semua statistik, menganalisa semua darah yang diambil, menulis kajian dan mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan yang dihasilkan.

Apabila kajian selesai, UC Berkeley telah menghubungi penerbit Shaklee supaya ianya disemak oleh pakar-pakar lain di bidang berkaitan untuk semua ujikaji klinikal di mana panel para pakar saintifik bebas mengakses data, bagi memastikan ketepatan datan yang dihasilkan.

Kajian ini telah diterbitkan di dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik secara online pada 24 Oktober 2007.

Klik sini —> Journal Landmark Study

Hasil kajian ini membuktikan bahawa tahap kesihatan pengguna Shaklee adalah jauh lebih baik daripada 2 golongan lagi. Sila tengok hasil kajian di dalam gambar rajah di bawah.

Kembali kepada topik asal yang diutarakan kepada saya iaitu,

… terjawab dengan apa yang saya terangkan dan cuba sampaikan ini.

Pengambilan suplemen yang tepat dan betul bukan sahaja tidak memudaratkan malah menjadikan tahap kesihatan lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen atau mereka yang mengambil suplemen jenama lain.

Jadi, apa tunggu lagi kan? Sudah terang lagi bersuluh anda perlu memilih suplemen Shaklee untuk memastikan tahap kesihatan masa depan lebih baik. InshaAllah.

Boleh hubungi saya untuk teruskan mengambil Shaklee atau menukar jenama suplemen anda hari ini. Anda sememangnya bijak dalam membuat keputusan untuk kesihatan masa depan.

 

 

 

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge