cara atasi masalah letih dan lesu badan

Benarkah Kafein Boleh Menghilangkan Mengantuk Dan Letih Yang Paling Selamat?

Masa belajar dulu, saya suka tidur awal dan bangun pukul 4 pagi. Saya memang pengguna tegar Nescafe 3 in 1 untuk menghilangkan mengantuk.

Cara hilangkan penat ibu menyusu

Ya, memang wajib ambil setiap pagi untuk belajar. Alhamdulillah dari segi masalah mengantuk tu, memang selesai. Namun waktu tu tak fikir langsung pun tentang banyaknya kafein masuk dalam badan dan tak tahu pun minuman 3 in 1 tu boleh mengancam nyawa. Mujurlah sekarang ada kesedaran walaupun agak lambat.

Benarkah Pengambilan Kafein Boleh Menghilangkan Mengantuk Dan Letih?

Mengambil minuman atau makanan yang mengandungi kafein memang akan membuatkan badan rasa segar dan boleh menghilangkan mengantuk. Di antara makanan dan minuman yang mengandungi kafein dan boleh membantu menghilangkan mengantuk ialah

-kopi/nescafe
-teh/teh hijau
-coklat gelap (dark chocolate)
-minuman tenaga berkarbonat

Memang kita akan rasa hilang mengantuk dan rasa cergas je, namun tahukah anda bahawa pengambilan kafein yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

Antara kesan-kesan sampingan pengambilan kafein yang berlebihan ialah :-

1. Jika anda ibu mengandung, kafein boleh menyebabkan keguguran jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

2. Rasa berdebar-debar kerana degupan jantung lebih laju.

3. Boleh menyebabkan risiko Osteoporosis kerana kafein menghalang penyerapan kalsium dalam badan.

4. Menyebabkan dehidrasi kerana kafein bersifat diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan membuang air kecil.

5. Meningkat risiko tekanan darah tinggi.

6. Menyebabkan sakit kepala.

7. Susah untuk tidur dan menyebabkan keletihan akibat kurang tidur.

8. Ketagihan kafein yang melampau sehingga membuatkan rasa pening dan gementar. Ini memang berlaku kepada seorang kawan saya. Beliau memang sukakan nescafe sehinggakan jika tak minum membuatkan beliau sakit kepala yang teruk.

9. Menyebabkan sukar hamil kerana pengambilan kafein yang terlalu tinggi boleh menjejaskan pengeluaran hormon estrogen pada wanita.

10. Menyebabkan masalah pencernaan kerana kafein boleh meningkatkan asid perut yang mengakibatkan perut memulas, cirit biritatau sakit perut.

Jadi, benarkah kafein merupakan alternatif terbaik dan selamat untuk menghilangkan mengantuk dan meningkatkan tenaga?

Sudah tentu TIDAK kan? Pengambilan kafein yang berpatutan memang membantu menyelesaikan masalah mengantuk dan letih ni, namun ia juga boleh menyebabkan ketagihan sekaligus memberikan mudarat pula kepada tubuh kita.

Mari saya cadangkan alternatif terbaik untuk meningkatkan tenaga, menghilangkan mengantuk, mengatasi masalah letih dan lesu badan yang lebih selamat.

atasi keletihan

Pengambilan CoQ-Trol Shaklee, iaitu CoQ10 yang digabungkan dengan Polifenol mampu meningkatkan tenaga di dalam sel badan kita. Sekaligus meningkatkan tenaga untuk kita menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Polifenol : Dibuktikan secara klinikal boleh membantu meningkatkan jumlah mitokondria, stesen jana kuasa di dalam sel-sel anda.

CoQ10 : Jumlah CoQ10 yang tinggi di dalam setiap mitokondria boleh meningkatkan tahap tenaga di dalam sel anda.

Bagaimana CoQ10 Mengatasi Masalah Letih Dengan Cara Selamat Dan Berkesan?

Pengambilan CoQ-Trol yang mengandungi 100 mg CoQ10, 2 mg Resveratrol dan 5 mg Tokoferol boleh membantu meningkatkan tenaga dengan cara :-

-Memastikan anda bertenaga sepanjang hari
-Meningkatkan kekuatan otot
-Mempercepatkan pemulihan luka
-Menyokong gaya hidup aktif setiap hari

Baca tentang CoQ10 dan CoQ-Trol di sini. Klik link –> Tambah Tenaga Dengan Cara Paling Selamat

Semoga bermanfaat untuk anda tambahkan tenaga secara sihat tanpa memudaratkan kesihatan.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge