Bahaya Anemia Kepada Ibu Hamil Dan Bayi Di Dalam Kandungan

kekurangan zat besi

Ramai ibu yang mengalami masalah anemia  ketika mengandung. Dan ramai juga para ibu yang memandang enteng dengan masalah ini walhal ia sebenarnya perlu diambil serius dan diatasi dengan segera. Tambahan lagi semasa hamil kerana ia boleh mendatangkan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Apakah yang dimaksudkan dengan ANEMIA ini? Jom kita tengok dulu apa sebenarnya ANEMIA.

Anemia ketika mengandung
Perbezaan bilangan darah merah yang normal dan anemia

Anemia adalah :-

keadaan di mana seseorang itu kekurangan sel darah merah yang berpunca daripada kekurangan zat besi di dalam badan. Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.

Bagaimana Mengetahui Bacaan Normal atau Anemia?

Kepekatan darah ini boleh diketahui dengan penentuan tahap hemoglobin dalam darah melalui ujian darah. Bacaan-bacaan berikut menentukan anda mengalami anemia atau pun tidak.

NORMAL : bacaan lebih 11g/dl
ANEMIA RINGAN : bacaan 9 hingga 11g/dl
ANEMIA SEDERHANA : bacaan 7 hingga 8.9g/dl
ANEMIA TERUK : bacaan kurang daripada 7.0

Tanda-Tanda Anemia :

Masalah anemia ketika mengandung
Anemia amat membimbangkan ibu hamil

 

1. Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah mengah
6. Degupan jantung cepat

Kesan Anemia Kepada Ibu :

1. Mudah mendapat jangkitan
2. Mudah mendapat penyakit lemah jantung
3. Meningkat risiko kematian ibu semasa bersalin

Kesan Anemia Kepada Bayi Di Dalam Kandungan :

1. Keguguran
2. Pembesaran fizikal dan mental janin terbantut
3. Bayi mati dalam perut
4. Bayi lahir tidak cukup bulan
5. Bayi lahir kurang berat badan.

 

Cara Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Melalui Makanan

1. Ambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, hati ayam, hati lembu, daging dan ikan bilis sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.

2. Ambil sama buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti jambu batu, limau, mangga, betik dan tembikai untuk menggalakkan penyerapan zat besi.

makanan yang mengandungi zat besi untuk mengatasi masalah anemia
Makanan yang mengandungi zat besi untuk mengatasi masalah anemia

3. Pilih sayur yang tinggi zat besi dan asid folik seperti pegaga, daun pudina, ulam raja, pucuk gajus, bayam merah, kangkung, cekur manis, pucuk paku, pucuk keledek, daun remunggai dan peria.

4. Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti ikan bilis, udang, sotong, kerang, hati, ayam, daging, telur, bebola ikan atau kek ikan untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

5. Perah air limau ke atas pencecah makanan seperti sambal belacan, sambal asam, cencalok dan budu serta potongan buah-buahan segar.

6. Elak meminum teh, kopi dan susu bersama hidangan utama. Asid tanik di dalam teh dan kopi boleh menghalang penyerapan zat besi daripada makanan.

7. Sebaliknya, ambil jus buah-buahan yang tinggi vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

8. Ambil makanan yang kaya asid folik seperti kacang pis, kacang tanah, kacang parang, jagung dan emping jagung.

Meningkatkan Pengambilan Zat Besi Menggunakan Vitamin/Suplemen

1. Ambil semua pil yang dibekalkan oleh doktor atau jururawat bersama air kosong atau air buah.

2. Pil yang dibekalkan pil zat besi, pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.

3. Elakkan mengambil pil-pil ini bersama teh atau kopi kerana ia boleh menghalang penyerapan vitamin.

4. Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan sampingan seperti mual-mual, sembelit, sakit perut dan najis hitam. Kesan-kesan ini adalah sementara dan tidak merbahaya.

5. Pil-pil tersebut adalah selamat dan tidak akan menyukarkan kelahiran.

Sumber : Risalah Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Kluang

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge