Bahan Kimia Berbahaya Yang Perlu Dijauhi Semasa Membeli Barangan Bayi

Sebelum menjadi ibu, saya memang menganggap semua barangan bayi adalah benar-benar selamat dan sesuai untuk anak-anak. Secara logiknya, barangan bayi yang dijual sepatutnya SELAMATlah kan untuk anak-anak. Rupa-rupanya tanggapan saya tu memang salah sama sekali. 🙁

bahaya bahan kimia untuk bayi

Kebiasaannya barangan yang mengandungi bahan kimia berlebihan ni akan memberi kesan yang CEPAT. Sudah tentu ibu-ibu berpuas hati kan? Tapi cuba ibu-ibu fikirkan dan renungkan sejenak, kesan yang CEPAT tapi bakal memudaratkan anak-anak kita di masa hadapan.. Mahukah begitu? Sudah tentu TAK NAK kan?

The newborn has eczema on his face

Haa… kalau taknak, jom kita cek setiap kali nak beli barang-barang baby, contohnya losyen, mandian, syampu dan lain-lain. Bukan setakat barang-barang untuk anak kita je tau, barang-barang kita sendiri pun kita boleh cek sama ada mengandungi bahan-bahan merbahaya atau tak.

Cek Dulu Bahan-Bahan Kimia Ni Tersenarai Tak

1. Paraben

bahaya-paraben

Bahan kimia yang digunakan secara meluas sebagai bahan pengawet dalam pembuatan kosmetik dan farmaseutikal. Ia sering dikaitkan dengan karsinogen yang meningkatkan risiko barah jika terdedah secara berterusan.

2. Pewangi Sintetik

Pewangi sintetik atau tiruan ini diperbuat daripada petroleum atau arang batu yang boleh menyebabkan kegatalan kulit. Biasanya bahan kimia sintetik ini lebih kerana ia hanya dibuat dengan meniru aroma semulajadi. Ia banyak digunakan di dalam penghasilan produk-produk penjagaan kulit kerana kos lebih murah berbanding pewangi semulajadi.

3. Diazolidinyl Urea/Iodopropynyl Butylcarbamate

Ia adalah bahan kimia yang berkaitan dengan Imidazolidinyl urea yang merangsang semula pengeluaran semula jadi Formaldehid yang digunakan sebagai pengawet. Formaldehid diklasifikasikan sebagai karsinogen yang akan menyebabkan kanser. Oleh kerana kesannya yang sangat berbahaya, ia telah diharamkan di Eropah.

4. Petrokimia

Boleh dikatakan semua produk penjagaan kulit mengandungi bahan-bahan sintetik yang berasaskan petroleum (kimia). Kajian menunjukkan petrokimia ini boleh menyebabkan anemia, masalah buah pinggang dan kerosakan saraf ke otak serta saraf tunjang.

5. Sodium Lauryl/Laureth Sulfat

Ia juga dikenali sebagai Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Sodium Laureth Sulfate (SLES yang digunakan secara meluas dalam penghasilan syampu). Setiap kali ingin membeli syampu atau pembersih, sila cek labelnya. Sekiranya SLS/SLES berada di tempat kedua atau ketiga, maka ia adalah merbahaya. Ia boleh melarutkan minyak pada kulit anda dan menyebabkan kekeringan.

6. Phthalates

Dibutylphthalate (DBP, DEP dan butil ester) membantu produk penjagaan kulit menyerap ke dalam kulit. Ia juga diklasifikasikan sebagai karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.

Karsinogen : agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Ini disebabkan oleh gangguan dan ketidakstabilan pertumbuhan sel yang tidak terkawal.

Sumber : Wiki

Pastikan apa yang kita gunakan tu tidak membahayakan kesihatan anak-anak serta keluarga kita ya. Kita ibu-ibu ni pasti mampu mengubahnya.. InshaAllah. 🙂

Sama-sama kita usaha untuk menukar barangan rumah kita dengan barangan tanpa bahan kimia dan hanya menggunakan bahan semulajadi sahaja ya.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge