kenapa bisnes guna blog

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Shaklee Secara Online?

Anda sedang mencari-cari bisnes yang sesuai dengan anda? Dan salah satunya ialah bisnes Shaklee? Memang tepat sekali pencarian anda tu. Bisnes Shaklee ni mudah sangat dikerjakan kalau kena caranya. Saya kongsikan cara nak mulakan bisnes Shaklee secara online hanya dari rumah sahaja.

Saya menjalankan bisnes Shaklee ni bermula tahun 2012 secara part time dan masih lagi meneruskannya sehingga hari ini. Kini, hampir 3 tahun saya mengerjakan bisnes Shaklee ni secara full time setelah berhenti kerja pada tahun 2015. Alhamdulillah, tak pernah tak dapat pendapatan yang memuaskan setiap bulan.

cara mudah mulakan bisnes shaklee

Semasa masih bekerja dahulu, macam-macam benda saya jual. Apa sahaja yang saya suka, saya jual. Apa sahaja yang saya guna, saya jual. Sebutlah apa saja. Cloth diaper? Keropok lekor? Quran? Tudung? Telekung? Macam-macamlah. Saya suka berkongsi apa sahaja yang saya suka dan saya guna untuk beri manfaat kepada orang lain juga. Termasuklah juga Shaklee ni. Lepas cuba je Shaklee ni, saya berkongsi kebaikan Shaklee ni untuk ibu-ibu menyusu di tempat kerja saya. Alhamdulillah memang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Dari situlah bermulanya kecintaan saya terhadap produk Shaklee dan akhirnya menjadikan perniagaan Shaklee sebagai sumber pendapatan utama saya sekarang. Alhamdulillah.

Apabila dah terjebak dengan bisnes Shaklee ni, memang tak pandang bisnes lain dah. Ada juga cuba-cuba bisnes lain namun bisnes Shaklee ni melekat di hati. Jika kita nak bina empayar bisnes kita, memang kita kena fokus. Kena fokus sungguh-sungguh terhadap bisnes yang kita bina.

Cara Mulakan Bisnes Shaklee Hanya Dari Rumah

Sebelum mendaftar untuk buat bisnes Shaklee ni, kita perlu cek dulu. Bukan hentam keromo je untuk daftar dengan sesiapa sahaja.

Sebagai contoh :

Mungkin kita ada kawan sekerja yang buat bisnes Shaklee, kita pun daftar je dengan dia. Sedangkan dia tak serius pun buat bisnes ni. Akhirnya kita terkapai-kapai tiada mentor yang boleh guide.

Mungkin kita ada saudara mara sepupu sepapat yang ahli Shaklee, kita pun daftar dengan dia. Sedangkan dia tak minat pun nak bisnes. Hanya ahli makan sendiri sahaja.

Jadi, untuk mulakan bisnes Shaklee dengan betul, perlu buat kajian sikit dan cek perkara-perkara ni.

1. Mentor Yang Pakar

Pilih mentor yang betul untuk bantu anda bina empayar bisnes anda sendiri. Bukan hentam keromo seperti contoh di atas ya. Dengan pengalaman berbisnes Shaklee ni, saya memang konfiden boleh beri tunjuk ajar kepada anda dari segi

-ilmu produk
-ilmu marketing guna blog, Facebook dan Instagram
-ilmu close sale
-ilmu menghadapi rejection
-ilmu amalan rohani
Dan pelbagai lagi ilmu yang saya kutip sepanjang saya menjalankan bisnes Shaklee ni. InshaAllah saya tidak pernah kedekut ilmu untuk berkongsi kerana itulah juga akan menjadi saham akhirat saya nanti. InshaAllah.

2. Kumpulan Yang Betul

Daftar dengan kumpulan yang betul. Maksudnya cari kumpulan yang boleh beri sokongan kepada anda di saat anda berada di atas atau di saat anda berduka.

Di Freedom Family, kami boleh berkongsi pelbagai topik bukan sahaja topik bisnes atau topik kesihatan sahaja. Apa sahaja topik kita boleh berdiskusi dan berkongsi cerita.

bisnes online modal rendah

Begitu juga dengan material dan segala info yang diperlukan oleh pengedar-pengedar baru. Semuanya dikongsikan di dalam group.

Jika ada sebarang persoalan pun, boleh terus bertanya di dalam kumpulan Freedom Family. InshaAllah pasti ada yang akan tolong menjawabnya.

3. Ilmu Marketing Yang Tak Perlu Online 24 Jam

Memang bisnes Shaklee ni kita boleh buat secara online dan hanya boleh dilakukan di rumah sahaja. Namun begitu, kita juga ada kerja-kerja lain di rumah. Begitu juga mereka yang buat bisnes Shaklee secara part time ni. Bila balik rumah pasti sibuk dengan kerja-kerja rumah, anak-anak dan nak layan keluarga kan?

Jadi, saya boleh kongsikan dengan anda ilmu bisnes online tapi tak perlu pun online 24 jam. Haaa… nak belajar? Daftar kelas dengan saya di sini. Klik sahaja gambar di bawah.

4. Rajin Gali Ilmu

Shaklee menyediakan kelas-kelas nutrisi secara offline mahupun online. Memang khas disediakan untuk pengedar-pengedar Shaklee menimba ilmu terus daripada pakar-pakar nutrisi. Dan mereka juga sangat bekerjasama dalam menjawab segala persoalan kita sebagai pengedar untuk memberi konsultasi yang terbaik kepada pelanggan.

cara mula bisnes shaklee online
Contoh jadual kelas nutrisi untuk setiap bulan

Jadi anda tidak perlu bimbang macam mana nak tahu tentang produk atau macam mana nak consult pelanggan. Semuanya disediakan.

Bagaimana Nak Mula Sekarang?

Hubungi saya di 019-722 8520 atau klik sahaja gambar di bawah untuk whatsapp secara direct tanpa simpan no handphone saya terlebih dahulu.

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge