Cepat kurus versi akak selim

Azam 2017 Akak Selim

Andainya hari ini ialah 11/12/2017, apa yang akak selim telah capai hari ini? Tahun depan boleh flash back dengan entry ni. 🙂

Ini ialah apa yang akak selim dah capai tahun depan. Kita lihat setahun yang akan datang ya.

1. Akak Selim Dah Benar-Benar Slim!

Cepat kurus versi akak selim
Nak berat lebih 5 kg dari zaman baru kahwin ni. 🙂

Disember 2017 nanti akak selim dah benar-benar slim dah. Bukan sekadar nama sahaja akak selim. 🙂 (dengan syarat jika tidak mengandung… hehehe)

Berat : 55-57 kg

Body fat : 25%

Body fat untuk wanita
Body fat untuk lelaki

 2. Bisnes Shaklee Yang Semakin Berkembang

-Pendapatan 5 angka, RM20 000 sebulan.

-Empayar bisnes yang semakin besar sehingga 5000 orang.

-Leader Shaklee seramai 20 orang yang aktif di bawah empayar Freedom.

3. Khatam Quran Sekurang-kurangnya 4 Kali Setahun

Dengan kiraan akak selim khatam Quran 1 Kali Setiap 2-3 Bulan. Setahun 4 kali khatam InshaAllah.

4. Hadir Kelas Tafsir Quran Seminggu Sekali

Total pembelajaran adalah 48 kali dalam setahun. InshaAllah.

5. 2 Buku Sebulan

 

Wajibkan diri baca 2 buah buku sebulan. Total 24 buah buku setahun. Sikitnya kan? Takpe. Yang penting buat dulu dan istiqamah. Itu yang utama.

Akak selim kongsikan 5 sahaja dulu azam besar akak selim untuk 2017. Yang lain-lain tu akak selim simpan dalam buku nota akak selim. Nanti kita boleh belek-belek setiap hari dan tengok progressnya.

Mohon doa dari kalian semua untuk akak selim juga ya. Di antara kita pasti ada yang doanya Allah makbulkan tanpa hijab. InshaAllah.

======================

Akak Selim

Terima kasih atas doa kalian

======================

Share Button
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge